Ahad, 18 Februari 2018

Tiga Langkah Untuk Kekayaan dan Kebebasan Kewangan

Pernahkah anda terfikir semakin hari nilai wang kita semakin terhakis kesan daripada Inflasi yang tiada hentinya. Suatu masa dahulu cukup sekadar seorang suami yang bekerja sudah mampu menyara kehidupan Seorang isteri dan anak yang ramai. Pada hari ini kita sering melihat ramai pasangan muda berkahwin mempunyai anak dalam bilangan kecil antara satu, dua, tiga atau sekadar empat orang anak sahaja. Walaupun kedua-dua pasangan suami isteri bekerja tapi masih sukar mengimbangi keperluan perbelanjaan yang semakin hari semakin meningkat. Perkara ini berlaku adalah kerana kita sering gagal mengenali trend dan cara kita berbelanja dan membezakan antara keperluan, kehendak, liability dan asset, dan akhirnya ramai pasangan muda terjebak dalam perangkap kehidupan terjebak dengan masalah kewangan malah banyak yang berakhir dengan perceraian. Bukankah itu satu pengakhiran yang menyedihkan bagi sebuah keluarga yang bermula dengan kasih sayang tetapi berakhir dengan perpisahan semata-mata kerana masalah kewangan.

Post ini saya karang dengan niat cuba menerangkan tips dan prinsip kewangan (Money Game) seringkas yang boleh, walaupun tidak dapat dinafikan tiada cara mudah untuk menerangkanya. Penulisan ini diharap dapat memberi sedikit gambaran mengenai pengurusan kewangan walaupun ditulis dengan padat. Pengetahuan ini amat penting tetapi menghairankan ianya tidak diajarkan dengan serius di mana-mana sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Kebanyakan kita cuma diajarkan dengan pengetahuan untuk menjadi pekerja yang mampu melaksanakan tugas dan pekerjaan yang diberikan dan kemudian menerima gaji dari pekerjaan yang kita lakukan. Adakah anda melihat dunia hari ini kita melihat golongan kaya semakin kaya dan golongan miskin semakin susah dan jurang pendapatan antara golongan kaya dan golongan pertengahan semakin lebar. Perbezaan jurang pendapatan ini akan terus berlaku dan suatu masa dahulu saya sendiri menganggap ianya adalah ketidakadilan yang tidak sepatutnya berlaku namun kini saya mula faham ianya berlaku bukan kerana ketidak adilan tetapi kegagalan diri kita sendiri untuk memahami dan mengawal cara hidup menyebabkan ramai yang akan terperangkap dalam perlumbaan kehidupan, perlumbaan ini digelar sebagai “Rat Race” dalam nama enggerisnya. Ini adalah perlumbaan yang tidak berpenghujung bagi mereka yang tidak memahami konsep “Money Game”.

“Rat Race” Reality kehidupan modern bagi golongan pertengahan dan berpendapatan rendah.
“Rat Race” Reality kehidupan modern bagi golongan pertengahan dan berpendapatan rendah.

Ramai orang berlumba-lumba untuk menayangkan kejayaan masing-masing memakai pakaian terbaik, memandu kereta termahal yang mereka mampu, semuanya sekadar untuk menunjukkan kejayaan yang dicapai hakikatnya tangan dan kaki mereka masih terikat dengan perlumbaan kehidupan dimana setiap orang cuba mengejar perkara-perkara materialistik. Ramai yang membeli barangan yang mereka tidak perlu dengan wang yang mereka tidak ada (Berhutang) semata-mata untuk membuatkan orang yang mereka tidak kenal kagum. Itulah ironi kehidupan yang kita gelarkan sebagai kehidupan modern. Setiap orang berkejar-kejar dengan kehendak yang tiada kesudahan dan menyangka mereka mahukanya kerana menyangka akan bahagia apabila memilikinya namun mereka semua silap.

Telah banyak buku yang saya baca seperti Think and Grow Rich sebuah buku yang ditulis oleh Napoleon Hill sebuah buku yang baik dan saya amat mengesyorkan anda membacanya, begitu juga sebuah buku yang bertajuk Rich Dad Poor Dad yang ditulis oleh seorang jutawan Amerika Robert Kiyosaki kedua-dua buku ini amat baik dan amat disyorkan untuk anda membacanya. Namun demikian walaupun saya dapat memahami prinsip yang diajarkan melalui buku-buku tersebut dengan baik, namun pemahaman dan keupayaan untuk mempraktikan apa yang kita faham dalam kehidupan sebenar adalah dua perkara berbeza. Pada peringkat awal saya gagal mempraktikan pengajaran ini dan saya terjatuh dalam perangkap Kad Kredit (Hutang) dan masih tidak terlepas dari keinginan untuk memenangi perlumbaan kehidupan dengan cara yang salah. Namun kini saya bersyukur kerana dapat memperbetulkan semula perancangan kewangan saya dan kembali ke landasan menuju kebebasan kewangan. Walaupun belum mencapai kebebasan kewangan sepenuhnya saya telah membebaskan minda dari pemikiran materialistik dan fokus untuk meningkatkan pendapatan melalui sumber pendapatan Pasif (Passive Income)..


Langkah Pertama Fahami Kedudukan Kewangan Anda

Satu soalan penting yang harus anda tanyakan pada diri sendiri adalah, jika saya berhenti bekerja pada hari ini berapa lama anda boleh bertahan sebelum semua wang simpanan habis digunakan. Hakikatnya sesetengah dari kita cuma mampu bertahan untuk masa yang singkat ini kerana ramai yang hidup sekadar dari gaji ke gaji yang seterusnya dengan kata lain masih didalam Rat Race. Bagi mereka yang telah mencapai kebebasan kewangan mereka boleh tersenyum dengan soalan ini dan menjawap saya tidak lagi bekerja untuk wang tetapi wang bekerja untuk saya. Kebanyakan dari kita pada hari ini masih jauh untuk dapat memberikan jawapan sebegitu namun dengan prinsip yang betul semua orang boleh mencapainya.


Corak perbelanjaan golongan berpendapatan rendah, pertengahan dan golongan kaya




















Corak perbelanjaan golongan berpendapatan rendah, pertengahan dan golongan kaya

Jika anda melihat rajah diatas anda dapat melihat golongan berpendapatan rendah memperoleh pendapatan melalui gaji dan banyak menghabiskan pendapatan mereka kearah perbelanjaan biasa seperti makanan, pakaian, hiburan, pengangkutan dan tidak terkecuali cukai. Seperti yang kita tahu negara Malaysia telah menerapkan GST sebagai kaedah kutipan cukai dan impaknya amat ketara dimana hampir semua kita tidak terlepas dari membayar cukai. Kemudian kita lihat pula golongan pertengahan walaupun mempunyai pendapatan atau gaji yang tinggi mereka mempunyai corak perbelanjaan yang hampir sama dengan golongan berpendapatan rendah tetapi mereka mempunyai perbelanjaan kearah liabiliti yang tinggi dan inilah yang menghalang golongan pertengahan dari mencapai tahap kebebasan kewangan kerana memilih untuk berbelanja kearah liability. Golongan kaya pada peringkat “wealthy” dapat dilihat memiliki Asset yang kemudian menjana pendapatan dalam bentuk Dividend, Faedah (Nota Interest @ Riba Haram dalam Islam), Sewaan dan Royalti. Jelas disini golongan kaya memiliki pendapatan kebanyakanya daripada sumber pendapatan pasif, yang tidak memerlukan mereka bekerja keras malah pendapatan seperty Dividend dan sewaan dibayar mengikut tempoh tetap mengikut bulan dan tahun dengan kata lain golongan kaya akan memperoleh pendapatan walaupun semasa tidur, dan golongan kaya yang bijak biasanya mengawal perbelanjaan mereka dan akan terus meningkatkan pelaburan mereka ke dalam Asset yang kemudian akan menjadikan pendapatan mereka meningkat saban tahun.

Sekarang anda boleh menilai kedudukan kewangan anda, tidak ada rumusan mudah untuk menerangkan cara anda mengawal perbelanjaan dan ianya subjektif namun ayat “Live below you means” dan pepatah Melayu ukur baju di badan sendiri juga boleh menerangkan maksud yang hampir serupa. Hidup dibawah kadar kemampuan adalah amat penting malah golongan kaya sekalipun perlu mengamalkan konsep hidup dibawah kadar kemampuan mereka dengan cara itu mereka akan kekal kaya dan semakin kaya di masa hadapan. Sebagai contoh seorang kaya yang mampu memandu Ferari tidak akan membeli Ferari kerana mereka sedar ianya akan menjadi liabiliti tidak perlu seperti kos penyelengaraan yang tinggi, insyuran yang mahal yang mana akan mengurangkan kemampuan mereka untuk membeli aset aset yang menghasilkan pendapatan. Oleh itu golongan kaya yang mampu membeli ferari biasannya akan merasa cukup sekadar memandu Mercedes Atau Porsche kecuali golongan kaya yang berada di sudut yang lain seperti seorang yang mempunyai aset Ratusan juta atau seorang billionaire jika golongan ini memiliki Ferari sekalipun liabiliti mereka masih sangat kecil berbanding pendapatan dan Asset yang mereka miliki. Sifat Mereka amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan golongan pertengahan yang suka menunjuk-nunjuk dan mempunyai keinginan tinggi untuk kelihatan segak bergaya kerana mereka merasakan itulah simbol kejayaan mereka. Golongan pertengahan seperti ini mengamalkan pepatah “biar papa asal bergaya” pendapatan hanya mampu memandu kereta proton atau produa tapi sanggup tutup mata bayar lebih sikit asal dapat memandu Honda, atau kereta import yang nampak bergaya, tapi akhirnya hanya akan menjadi liabiliti dan nilainya semakin susut dari tahun ke tahun.

Untuk mencapai kebebasan kewangan memerlukan dedikasi, kesabaran dan juga masa. Sifat tamak dan ingin cepat kaya adalah sangat merbahaya dan banyak menyebabkan ramai orang terperangkap dengan skim pelaburan yang tidak munasabah seperti pelbagai Skim Piramid, MLM, dan Ponzi yang diadakan untuk memerangkap mana-mana orang yang tamak dan mencari jalan pintas untuk keuntungan yang tidak masuk akal. Kita perlu mengubah cara hidup dan mengamalkan prinsip hidup dibawah kadar kemampuan anda, jika mampu membeli Mercedes, beli Honda, jika mampu beli Honda belilah Proton atau Perodua sahaja atau beli kenderaan terpakai, lebihan belanja yang anda dapat jimatkan seharusnya pergi kearah pembelian asset asset bernilai yang akan menjana pendapatan pasive kepada anda di masa hadapan.


Langkah Kedua Kenali Perbezaan Asset dan Liabiliti

Gambaran mengenai Asset dan Liabiliti
Gambaran mengenai Asset dan Liabiliti

Apakah yang dimaksudkan sebagai asset, asset sebenarnya terdiri dari apa sahaja asalkan ianya mempunyai nilai, meningkat dari segi nilai, mempunyai pasaran yang sedia untuk membelinya, dan secara ringkas apa sahaja yang memasukan wang kedalam poket pemiliknya ianya adalah asset. Contoh mudah adalah Saham, Bond, dan Hartanah. Kemudian apakah pula yang dimaksudkan Liabiliti, liabiliti ialah apa sahaja yang menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan wang pendapatan anda untuk membayarnya ianya adalah liabiliti. Terdapat beberapa liabiliti tetap pada zaman modern ini sebagai contoh Bil elektrik rumah anda, dan bil air, disamping liabiliti tetap ini terdapat beberapa lagi liabiliti yang wujud kerana kita inginkan satu standard gaya hidup dan keselesaan mengikut ekpektasi masing-masing, Contohnya bayaran belian rumah, kereta, perkhidmatan internet, malah ada banyak lagi liabiliti lain dan sesetengahnya adalah kerana keinginan untuk bermewah kita sanggup berhutang untuk membeli perabot dan peralatan elektrik yang mahal sehingga perlu berhutang.

Oleh itu Anda perlu mula mengawal perbelanjaan anda hidup dibawah kadar kemampuan anda dan mula memperuntukkan sedikit pendapatan anda kearah pembelian asset yang boleh menjana pendapatan pasif di masa hadapan.Setelah anda berjaya mengawal perbelanjaan anda dan hidup dibawah kadar kemampuan anda, maka anda akan mempunyai lebihan pendapatan yang boleh digunakan untuk mula melabur dengan membeli asset yang akan menjana pendapatan pasif di masa hadapan. Satu perkara yang gagal difahami ramai adalah memahami perbezaan antara asset dan liabiliti, dimana sesetengah kita menyangka memiliki asset sedangkan sebenarnya hanya mengumpul liabiliti. Sebagai contoh ramai yang menyangka membeli rumah adalah membeli asset tetapi rumah adalah asset yang boleh menjadi liabiliti jika tidak diurus dengan baik. Sebagai contoh membeli rumah di tempat kurang strategik tetapi diharap boleh disewakan namun apabila anda gagal mendapatkan penyewa pada harga yang anda kehendaki, bayaran Ccm bulanan adalah satu liability bagi anda apa lagi insuran dan percukaian yang perlu anda jelaskan maka itu semua menjadi liabiliti kepada anda malah ianya bersifat jangka panjang. Begitu juga pembelian kereta ianya sama sekali bukan asset malah satu liabiliti yang memerlukan komitmen jangka panjang dari pendapatan anda setiap bulan.



Langkah Ketiga Mengawal Perbelanjaan, Mengurangkan Liabiliti, dan Membeli Asset


Amanah Saham yang diuruskan Permodalan Nasional Berhad
Amanah Saham yang diuruskan Permodalan Nasional Berhad

Asset yang berstatus risiko rendah di Malaysia adalah Skim Amanah Saham Nasional (ASN), dan Amanah Saham Bumiputra (ASB). ASB tidak turun naik dari segi harga seunit saham dan telah terbukti memberikan kadar keuntungan melalui dividend setiap tahun pada kadar lebih 6% dan kecairan ASB adalah tinggi dimana anda boleh menjualnya pada bila-bila masa menjadikan ASB satu pilihan menarik bagi golongan yang ingin melabur dalam kategori pelaburan berisiko rendah, bukan itu sahaja PNB sebagai pengurus pelaburan bagi Asb dan ASN sebenarnya mempunyai pelbagai skim Amanah Saham yang diuruskan dengan baik dan memberikan pulangan dividend pada kadar yang kompetitif. Selain itu terdapat banyak lagi Asset risiko sederhana seperti pelaburan saham hartanah Real Estate Investment Trust (Reit) Unit Amanah (Unit Trust) yang ditawarkan pelbagai Bank yang mana apabila anda menyerahkan wang pelaburan anda ianya kemudia akan diuruskan oleh Pengurus pelaburan profesional yang bisanya mampu memberikan pulangan keuntungan pada kadar yang berpatutan, dan jika anda risau mengenai status halal haram pelaburan ini , terdapat juga Unit Amanah yang patuh Syariah dimana wang pelaburan anda hanya akan dilaburkan ke aktiviti perniagaan yang Patuh Syariah. Pelaburan Emas dan Perak secara fizikal juga merupakan pembelian aset tetapi pelaburan dalam bentuk ini merupakan pelaburan yang paling perlahan memberikan pulangan namun demikian banyak golongan yang mempunyai kesedaran kewangan seringkali akan menyimpan aset seperti emas dalam kadar 5% dari jumlah keselurahan nilai Aset mereka.

Contoh platform transaksi jual beli saham melalui Maybank2u Online Stock
Contoh platform transaksi jual beli saham melalui Maybank2u Online Stock

Bagi mereka yang mahu kadar pulangan yang lebih tinggi dan mampu mengambil risiko yang lebih tinggi, terdapat lain-lain asset yang boleh dibeli sebagai pelaburan sebagai contoh pasaran saham. Bagi sesetengah orang pasaran saham mungkin tempat terbaik untuk memaksimumkan perolehan dari pelaburan yang dibuat, namun pasaran saham adalah tempat dimana orang yang tidak bersedia dan kurang ilmu pengetahuan boleh mengalami kerugian besar. Namun sebenarnya anda boleh mepersiapkan diri untuk menghadapi dunia pasaran saham dengan menuntut ilmu pengetahuan, Saya syorkan bacalah buku Common Stock Uncommon Profit yang ditulis Phil Fisher dan juga The Inteligent Investor yang ditulis Benjamin Graham. Anda perlu mengenali apakah yang dimaksudkan dengan Fundamental Analisis (FA). Dan apabila anda berjaya menguasai pengetahuan FA maka anda lebih bersedia untuk masuk ke dunia pasaran saham. Saya akan cuba menulis topik khusus mengenai saham dalam blog ini jika berkesempatan di masa hadapan. Jika anda telah mengenali dunia saham mungkin anda telah biasa dengan terminologi FA dan Technical Analisis (TA) kedua-dua kaedah ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing, kekuatan dan kelemahan masing masing. Namun bagi saya sendiri saya lebih selesa dengan pendekatan FA berbanding TA namun ini adalah pandangan peribadi saya sendiri.

Dapat disimpulkan disini tanpa mengira apa tahap pendapatan anda, apa pekerjaan anda untuk mencapai kebebasan kewangan kita perlu bermula dengan diri sendiri, dengan mengubah gaya hidup, merancang perbelanjaan, mengurangkan perbelanjaan liabiliti dan mula melabur dan membeli aset-aset dan menjana pendapatan pasif, dan diperingatkan juga disini dalam keghairahan melabur dan menjana pendapatan pasif jangan mudah terjerumus dalam skim-skim penipuan pelaburan seperti skim piramid, MLM dan pelbagai bentuk skim penipuan yang berleluasa dalam negara kita Malaysia. Oleh itu dapatkanlah ilmu pengetahuan mengenai pelaburan, bezakan antara Asset dan Liabiliti, bezakan antara keperluan dan kehendak, yang penting dan tidak. Apabila anda mula menikmati pulangan dari pendapatan pasif yang dijana daripada asset yang anda miliki jangan cepat gelojoh anda perlu terus membajai pelaburan anda dengan pulangan tersebut, sebagai contoh jika anda berjaya menyimpan dalam pelaburan ASB sehingga maximum RM250,000 dividend setiap tahun boleh mencecah RM15,000 (Contoh kadar 6% setahun) dengan jumlah ini anda seharusnya perlu melabur semula ke skim yang lain sama ada skim pelaburan di bawah PNB ataupun Unit Trust mana-mana Bank yang anda pilih. Dan jika pendapatan tahunan anda telah mencapai satu tahap yang anda rasakan telah membolehkan anda berhenti bekerja dan asset anda telah menjana pendapatan yang lebih dari keperluan anda maka itulah yang dikatakan Kebebasan Kewangan (Financial Freedom) dimana kita tidak lagi perlu bekerja untuk wang tetapi wang akan bekerja untuk kita.

Tahap Kebebasan Kewangan mungkin berbeza bagi individu berbeza, seperti saya sendiri saya cuba untuk menjana RM5000 pendapatan pasif sebulan dan matlamat ini saya tetapkan untuk dicapai dalam tempoh 20 tahun. Untuk mencapai matlamat ini saya akan kekal dengan Motosikal kesayangan yang telah habis hutang, memandu kereta terpakai, Mengunakan telefon smartphone sederhana seperti Lenovo sahaja, dan meminimumkan liabiliti. Kemudian setelah menolak perbelanjaan perlu sedikit wang untuk ibu/bapa, perbelanjaan dan keperluan, kesemua baki akan digunakan untuk pelaburan. Dengan cara ini matlamat ini adalah boleh dicapai ( Achievable) dengan disiplin yang tinggi. Akhir kata kita hanya merancang tuhan Menentukan, oleh itu jangan lupa 3B Berdoa, Berusaha, dan Bertawakal Sekian.

Sabtu, 16 Januari 2016

Syilling 5 sen Siri Dua (Siri Bunga Raya)



Obverse Syiling Malaysia coin 5 sen 1989, dengan motif Gasing Uri dengan lopok dan talinyaReverse Syiling Malaysia coin 5 sen 1989
Spesifikasi Teknikal

Nilai muka: 5 sen.
Diameter: 16.25 mm.
Berat: 1.41 gm.
Ketebalan: 1.04 mm.
Bahan LogamCupronickel
Sisi Syiling: Milled (Bergerigi)
Mint: Kilang Wang, Shah Alam


     Syilling Malaysia Siri kedua iaitu Syiling siri bunga raya yang dikeluarkan bermula dari 1989 sehingga 2011, Syilling siri kedua dikeluarkan dengan denominasi 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, dan $1(RM1). syilling Malaysia siri kedua secara keseluruhanya ditempa di Kilang Wang Shah Alam, keunikan syilling siri kedua terletak pada bahagian obverse syilling yang ditempa dengan corak motif yang berbeza bagi setiap denominasi yang berbeza. Berbanding dengan syiling Malaysia siri satu kesemua denominasi syilling mempunyai rekabentuk obverse yang sama iaitu motif bangunan Parlimen yang melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. 


Gasing Uri satu permainan tradisional yang digemari masyarakat pantai timur
Permainan Tradisional Gasing Uri


Set gasing uri, terdiri daripada Gasing, Cokok, Lopok dan Tali Gasing.
Set Gasing Uri dan nama alat yang digunakan dalam permainan Gasing Uri


    Seperti yang kita lihat pada foto diatas Obverse syiling 5 sen siri kedua memaparkan corak bermotifkan permainan tradisional Gasing Uri yang juga turut dikenali Gasing Piring di sesetengah tempat. Permainan Gasing Uri amat terkenal dimainkan terutamanya dinegeri-negeri pantai timur di Semenanjung Malaysia khususnya di negeri Kelantan. Permainan ini akan dimainkan oleh 2 orang pemain dimana seorang akan melempar Gasing manakala seorang akan mengangkat gasing yang dilempar menggunakan alat yang dinamakan cokok sebelum dipindahkan keatas Lopok iaitu tempat gasing dibiarkan berputar, pemain Gasing Uri yang handal mampu membuat gasing berputar sehingga lebih satu jam jika dimainkan dengan teknik yang betul. 

    Berbalik kepada bidang Numismatik 5 sen siri 2 masih banyak beredar di pasaran namun dengan pengenalan syiling siri ketiga bermula dari tahun 2012 syiling siri kedua telah ditamatkan pengeluaranya dan ditempa buat kali terakhir pada tahun 2011. Oleh itu dari tahun ke tahun syilling siri kedua akan semakin berkurangan dari masa ke semasa, menjadikan peminat baru hobi numismatik agak sukar memperolehi syiling ini dari edaran lebih-lebih lagi syilling key date dan semi key date, melainkan dengan membelinya dari kolektor lain. Namun jangan bimbang nilai syilling ini tidaklah tinggi kerana terdapat ramai penjual online yang bersaing untuk mendapatkan pembeli. Walaupun bernilai rendah namun jika terdapat error yang menarik nilainya boleh meningkat berkali ganda, contohnya coin error seperti DDO syilling tahun 2009 yang terkenal dengan gelaran Twin Tower amat diminati serta mendapat permintaan tinggi dari kolektor tempatan. Berikut merupakan maklumat Mintage dan anggaran nilai bagi syilling 5 sen siri 2:


Senarai Pengeluaran Dan Anggaran Nilai Syilling 5 Sen Malaysia Siri 2 (Siri Bunga Raya) 

Tahun
Mintage
VF
(RM)
EF 
(RM)
UNC
(RM)
Nota
1989
20,484,310
FV
0.50
2
-
1990
58,909,374
FV
FV
0.50
-
1991
46,091,897
FV
FV
0.50
-
1992
67,843,674
FV
FV
0.50
-
1993
70,703,173
FV
FV
0.50
-
1994
83,026,018
FV
FV
FV
-
1995
53,069,018
FV
FV
FV
-
1996
51,812,529
FV
FV
FV
-
1997
7,703,850
3
6
10
Key Date
1998
1,293,910,233
FV
FV
FV
-
1999
79,224,000
FV
FV
FV
-
2000
61,198,528
FV
FV
FV
-
2001
94,617,472
FV
FV
FV
-
2002
85,316,000
FV
FV
FV
-
2003
75,690,000
FV
FV
FV
-
2004
11,520,000
2
4
8
Semi Key Date
2005
119,520,000
FV
FV
FV
-
2006
87,120,000
FV
FV
FV
-
2007
97,200,338
FV
FV
FV
-
2008
91,440,000
FV
FV
FV
-
2009
125,172,842
FV
FV
FV
-
2010
Tiada Data
FV
FV
FV
-
2011
Tiada Data
FV
FV
FV
-

Nota
* Syilling 5 sen siri 2 masih bernilai rendah kerana masih banyak berada dalam edaran, namun nilai syilling boleh meningkat jika terdapat error-error yang menarik dan diminati para kolektor seperti Die Chip, Die Gouge, DDO, DDR atau Rotated.
*Link Syiling 5 sen Siri 1

** Anggaran harga hanyalah sekadar untuk panduan sahaja (Guideline Only) transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk syilling lama :-)