Isnin, 2 November 2015

Syilling Malaysia “Key Date” dan “Semi key Date”



The Malaysian Key date Coin 1 sen 1970
Syilling 1 Sen 1970 Siri 1 mempunyai jumlah Mintage Sebanyak 2,535,000 sahaja

    Apakah yang dimaksudkan Syilling Key Date? atau lebih tepat apakah yang dimaksudkan sebagai “Key Date” sebenarnya?, Key date amat berkait rapat dengan jumlah tempaan iaitu mintage sesuatu syilling, seperti yang kita tahu setiap tahun Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan syilling-syilling untuk kegunaan tempatan, dan jumlah pengeluaran yang diluluskan adalah berbeza pada setiap tahun bergantung pada unjuran atau anggaran keperluan wang fizikal yang diperlukan pada tahun semasa dan tahun berikutnya sebelum menentukan jumlah yang diluluskan untuk tempaan, dan apabila Jumlah syilling pada tahun tersebut ditempa dalam jumlah yang sedikit berbanding jumlah purata biasa pengeluaran Bank Negara Malaysia, maka syilling ini dianggap sebagai syiling key-date yang dikatakan sebagai rare oleh para kolector.

The Malaysia Keydate Coin 10 sen 1971 V2
 Syilling Keydate Paling Hot Malaysia 10 sen 1971

    Oleh itu dapat kita simpulkan Syilling “Key date” adalah syilling yang jumlah pengeluaranya sedikit dari jumlah kebiasaan pengeluaran Syilling Malaysia. Manakala bagi definisi syilling “semi Key Date” adalah syilling yang mempunyai jumlah tempaan agak tinggi tetapi masih sedikit jika dibandingkan jumlah biasa pengeluaran tahunan. Syilling “Key date” dan “Semi Keydate” dihargai oleh para kolector dan numist lebih-lebih lagi jika mempunyai kondisi grade yang tinggi iaitu EF, UNC atau BU. Adakah anda tahu Syilling Keydate Malaysia yang paling terkenal? Sudah tentu Syilling Malaysia 10 Sen tahun 1971 yang hanya dikeluarkan sebanyak 32,236 keping sahaja. Berikut merupakan senarai mintage dan Anggaran Harga Syilling2 “Key date” dan “Semi Key Date” Malaysia.

Syilling Key Date Malaysia Siri 1(Siri Parlimen)


Denominasi
Tahun
Mintage
VF
(RM)
EF 
(RM)
UNC
(RM)
1970
2,535,000
80
120
200
1971
32,236
600
1000
1200
1970
1,054,000
30
60
120
1969
2,000,000
40
120
900
Note:
*1 sen 1970 Rare 1 Sen “Copper Clad Steel”
* 10 Sen 1971 mempunyai 3 variety. 
* 50 Sen 1969, Rare “Milled Edge”

Syilling Semi Key Date Malaysia Siri 1(Siri Parlimen)

Denominasi
Tahun
Mintage
VF
(RM)
EF
(RM
UNC
(RM)
1968
10,500,000
30
60
80
1979
15,713,562
6
12
25
1980
16,150,902
6
12
25
1977
10,609,162
5
8
15
1985
15,553,101
3
6
10
1987
16,723,327
3
6
10
1988
17,852,262
3
6
10
1969
15,000,000 
2
5
10
1971
9,958,419
6
12
25
1978
6,847,062
10
18
30
1979
17,345,888
2
5
10
1967
15,000,000
3
12
30
1968
12,000,000
3
12
30
1971
8,403,563
6
12
25
1977
17,719,888
3
12
25
1978
11,033,439
4
15
30
1979
5,361,146
8
20
35
1980
15,911,367
2
5
10
1983
11,560,300
6
12
25
1984
10,193,478
6
12
25
1985
7,115,162
8
20
35
1986
8,193,478
8
20
35
1987
7,696,117
8
20
35
Note:
*Rare 50 sen 1967 dan 1968 Milled Edge (ME) tanpa parit.

The Malaysian Coin Key date 20 sen 1994
Syilling Malaysia "Key Date" 20 Sen  1994

Bagi Syilling Malaysia Siri 2 iaitu siri Bunga Raya, hanya syilling denominasi 20 sen tahun 1994 dan 50 sen 1995 sahaja boleh dikategorikan sebagai key date dengan jumlah cetakan di bawah 3 juta keping manakala lain lain tempaan yang di senaraikan hanyalah dikategorikan sebagai “Semi Key Date” sahaja.

Syilling “Key Date” Malaysia Siri 2 (Siri Bunga Raya)
Denominasi
Tahun
Mintage
VF
(RM)
EF 
(RM)
UNC
(RM)
20 Sen
1994
2,680,339
15
30
60
50 Sen
1995
1,650,423
15
30
60
 


Syilling “Semi Key Date” Malaysia Siri 2 (Siri Bunga Raya)

Denominasi
Tahun
Mintage
VF
(RM)
EF 
(RM)
UNC
(RM)
1989
28,429,082
8
15
30
1997
7,703,850
3
10
15
2004
11,520,000
3
10
15
10 Sen
1994
7,122,222
5
15
20
2003
8,640,000
5
15
20
50 Sen
1989
6,639,057
10
18
35
1992
15,134,992
3
12
25
1993
7,657,991
8
18
30
1994
6,565,914
10
20
30
1996
7,475,790
8
18
30
1997
16,143,327
3
12
25
1999
12,085,000
3
12
25
2006
19,480,000?
-
-
-


Nota
* Syilling 50 sen 2006 walaupun dicatatkan mempunyai mintage sebanyak 19,480,000 berdasarkan dari Buku sifu Steven Tan "Standard Catalogue Of Malaysia,Singapore,Brunei Coin & Paper Money 19 th Edition 2012-2012" namun sehingga ke hari ini tiada siapa pun yang berani tampil menyatakan mereka memiliki syilling 50 sen 2006 yang tulin.


** Anggaran harga hanyalah sekadar untuk panduan sahaja (Guideline Only) transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk syilling lama, LOL.

Penulis: AshRizal 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan