Rabu, 28 Oktober 2015

Keistimewaan Syilling 10 sen 1971


A Malaysian Coin of 10 sen 1971, from Parlimen Series minted at Kilang Wang Shah Alam Malaysia and the mintage only 32,236 piece
Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 10 sen. (1971)
Jumlah Tempaan: 32,236
Diameter: 19.4 mm.
Berat: 2.82 gm.
Komposisi: Copper-Nickel
Sisi: Milled Edge.
Mint: Kilang Wang Shah Alam.


    Syilling Malaysia 10 sen keluaran tahun 1971 adalah dari syilling Malaysia siri pertama yang kita gelarkan sebagai syilling siri Parlimen. Syilling ini menjadi buruan para numist dan kolektor syilling Malaysia kerana ianya adalah syilling paling sukar dijumpai dalam edaran melainkan berada ditangan-tangan numist dan kolektor. Jika anda baru berkecimpung dalam hobi ini adalah penting anda mengetahui latar belakang syilling key date yang paling hot dalam dunia numismatik Malaysia. Harga Syilling 10 sen 1971 jika diperolehi sekitar tahun 2000 ke 2011 penjual biasanya meletakkan harga antara RM200 ke RM300 sahaja, namun jika anda membuat keputusan untuk memilikinya pada tahun ini 2015 harganya telah bergerak sehingga RM600 dan boleh mencecah harga RM1000 bergantung pada kondisi dan grade nya.

    Jadi apa keistimewaan syilling ini sehingga ianya menjadi Buruan? Ianya adalah syilling keydate yang “rare” dimana Bank Negara Malaysia menempa syilling ini dengan bilangan yang terlalu sedikit sehingga menjadi misteri kepada para numist. Syilling 10 Sen 1971 mengikut perangkaan rasmi Bank Negara hanya ditempa sebanyak 32,236 keping, sebagai perbandingan 10 sen 1968 telah ditempa sebanyak 128,292,000 keping (tiada tempaan syilling 10 sen pada 1969 dan 1970). Oleh itu adalah menjadi tanda tanya apa rasionalnya tempaan syilling 10 sen 1971 dibuat hanya sebanyak 32,236 keping? Pelbagai teori dibuat, seperti pengeluaran terhenti kerana Banjir di Kilang wang Royal Mint Shah Alam, dan ada juga teori menyatakan syilling ini ditempa sebagai syilling cenderahati “limited edition” sempena pembukaan Kilang wang Royal Mint Shah Alam, Namun Bank Negara tidak pernah memberi kenyataan rasmi mengenainya dan akhirnya Syilling 10 sen 1971 ini dilepaskan ke dalam edaran tanpa dijual sebagai syilling cendera hati.

Malaysia coin 10 sen 1971 V1, V2 and V3
Perbezaan antara Variety 1, Variety 2, dan Variety 3, Syilling 10 sen 1971
Syilling V1 Biasanya berkeadaan lusuh kesan dari edaran dan penggunaan
Manakala V2, berkeadaan baik, dan mempunyai dot kecil di hadapan huruf L, Dalam
Perkataan "Malaysia" , Dan V3 pula boleh dikenali dari kesan lekuk dalam bulatan dalam nombor "0"

   Walau apapun cerita disebalik syilling ini disebabkan oleh kerana faktor Rarity Syilling 10 sen 1971 ianya menjadi item buruan para numist tempatan mahupun para numist dari seberang, harganya pula telah meningkat jauh dari nilai muka syilling ini, para kolektor sanggup membayar harga yang tinggi untuk memperoleh syilling ini dan melengkapkan variety koleksi mereka kerana minat dan ada juga yang menyimpan dengan harapan harganya akan terus meningkat, sehingga hari ini Syilling 10 sen 1971 akan terus menjadi buruan para kolektor dan para numist tempatan dan para numist asia khususnya warga singapura.

Penulis: AshRizal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan