Pernahkah anda terfikir semakin hari
nilai wang kita semakin terhakis kesan daripada Inflasi yang tiada
hentinya. Suatu masa dahulu cukup sekadar seorang suami yang bekerja
sudah mampu menyara kehidupan Seorang isteri dan anak yang ramai.
Pada hari ini kita sering melihat ramai pasangan muda berkahwin
mempunyai anak dalam bilangan kecil antara satu, dua, tiga atau
sekadar empat orang anak sahaja. Walaupun kedua-dua pasangan suami
isteri bekerja tapi masih sukar mengimbangi keperluan perbelanjaan
yang semakin hari semakin meningkat. Perkara ini berlaku adalah
kerana kita sering gagal mengenali trend dan cara kita berbelanja
dan membezakan antara keperluan, kehendak, liability dan asset, dan
akhirnya ramai pasangan muda terjebak dalam perangkap kehidupan
terjebak dengan masalah kewangan malah banyak yang berakhir dengan
perceraian. Bukankah itu satu pengakhiran yang menyedihkan bagi
sebuah keluarga yang bermula dengan kasih sayang tetapi berakhir dengan
perpisahan semata-mata kerana masalah kewangan.
Post ini saya karang dengan niat cuba
menerangkan tips dan prinsip kewangan (Money Game) seringkas yang boleh,
walaupun tidak dapat dinafikan tiada cara mudah untuk menerangkanya.
Penulisan ini diharap dapat memberi sedikit gambaran mengenai
pengurusan kewangan walaupun ditulis dengan padat. Pengetahuan ini
amat penting tetapi menghairankan ianya tidak diajarkan dengan
serius di mana-mana sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.
Kebanyakan kita cuma diajarkan dengan pengetahuan untuk menjadi
pekerja yang mampu melaksanakan tugas dan pekerjaan yang diberikan
dan kemudian menerima gaji dari pekerjaan yang kita lakukan. Adakah
anda melihat dunia hari ini kita melihat golongan kaya semakin kaya
dan golongan miskin semakin susah dan jurang pendapatan antara
golongan kaya dan golongan pertengahan semakin lebar. Perbezaan
jurang pendapatan ini akan terus berlaku dan suatu masa dahulu saya
sendiri menganggap ianya adalah ketidakadilan yang tidak sepatutnya
berlaku namun kini saya mula faham ianya berlaku bukan kerana ketidak
adilan tetapi kegagalan diri kita sendiri untuk memahami dan mengawal
cara hidup menyebabkan ramai yang akan terperangkap dalam perlumbaan
kehidupan, perlumbaan ini digelar sebagai “Rat Race” dalam
nama enggerisnya. Ini adalah perlumbaan yang tidak
berpenghujung bagi mereka yang tidak memahami konsep “Money
Game”.
“Rat Race” Reality
kehidupan modern bagi golongan pertengahan dan berpendapatan rendah.
Ramai orang berlumba-lumba untuk
menayangkan kejayaan masing-masing memakai pakaian terbaik, memandu
kereta termahal yang mereka mampu, semuanya sekadar untuk menunjukkan
kejayaan yang dicapai hakikatnya tangan dan kaki mereka masih terikat
dengan perlumbaan kehidupan dimana setiap orang cuba mengejar
perkara-perkara materialistik. Ramai yang membeli barangan yang
mereka tidak perlu dengan wang yang mereka tidak ada (Berhutang)
semata-mata untuk membuatkan orang yang mereka tidak kenal kagum.
Itulah ironi kehidupan yang kita gelarkan sebagai kehidupan modern.
Setiap orang berkejar-kejar dengan kehendak yang tiada kesudahan dan
menyangka mereka mahukanya kerana menyangka akan bahagia apabila
memilikinya namun mereka semua silap.
Telah banyak buku yang saya baca seperti Think and
Grow Rich sebuah buku yang
ditulis oleh Napoleon Hill sebuah buku yang baik dan saya amat
mengesyorkan anda membacanya, begitu juga sebuah buku yang
bertajuk Rich Dad Poor Dad yang ditulis oleh seorang jutawan
Amerika Robert Kiyosaki kedua-dua buku ini amat baik dan amat
disyorkan untuk anda membacanya. Namun demikian walaupun saya dapat
memahami prinsip yang diajarkan melalui buku-buku tersebut dengan
baik, namun pemahaman dan keupayaan untuk mempraktikan apa yang kita
faham dalam kehidupan sebenar adalah dua perkara berbeza. Pada
peringkat awal saya gagal mempraktikan pengajaran ini dan saya
terjatuh dalam perangkap Kad Kredit (Hutang) dan masih tidak terlepas
dari keinginan untuk memenangi perlumbaan kehidupan dengan cara yang
salah. Namun kini saya bersyukur kerana dapat memperbetulkan semula
perancangan kewangan saya dan kembali ke landasan menuju kebebasan
kewangan. Walaupun belum mencapai kebebasan kewangan sepenuhnya saya
telah membebaskan minda dari pemikiran materialistik dan fokus untuk
meningkatkan pendapatan melalui sumber pendapatan Pasif (Passive
Income)..
Langkah Pertama Fahami Kedudukan
Kewangan Anda
Satu soalan penting yang harus anda
tanyakan pada diri sendiri adalah, jika saya berhenti bekerja pada
hari ini berapa lama anda boleh bertahan sebelum semua wang simpanan
habis digunakan. Hakikatnya sesetengah dari kita cuma mampu bertahan
untuk masa yang singkat ini kerana ramai yang hidup sekadar dari gaji
ke gaji yang seterusnya dengan kata lain masih didalam Rat Race.
Bagi mereka yang telah mencapai kebebasan kewangan mereka boleh
tersenyum dengan soalan ini dan menjawap saya tidak lagi bekerja
untuk wang tetapi wang bekerja untuk saya. Kebanyakan dari kita pada
hari ini masih jauh untuk dapat memberikan jawapan sebegitu namun
dengan prinsip yang betul semua orang boleh mencapainya.
Corak perbelanjaan golongan berpendapatan rendah, pertengahan dan golongan kaya
Jika anda melihat rajah diatas anda dapat melihat golongan berpendapatan rendah memperoleh pendapatan melalui gaji dan banyak menghabiskan pendapatan mereka kearah perbelanjaan biasa seperti makanan, pakaian, hiburan, pengangkutan dan tidak terkecuali cukai. Seperti yang kita tahu negara Malaysia telah menerapkan GST sebagai kaedah kutipan cukai dan impaknya amat ketara dimana hampir semua kita tidak terlepas dari membayar cukai. Kemudian kita lihat pula golongan pertengahan walaupun mempunyai pendapatan atau gaji yang tinggi mereka mempunyai corak perbelanjaan yang hampir sama dengan golongan berpendapatan rendah tetapi mereka mempunyai perbelanjaan kearah liabiliti yang tinggi dan inilah yang menghalang golongan pertengahan dari mencapai tahap kebebasan kewangan kerana memilih untuk berbelanja kearah liability. Golongan kaya pada peringkat “wealthy” dapat dilihat memiliki Asset yang kemudian menjana pendapatan dalam bentuk Dividend, Faedah (Nota Interest @ Riba Haram dalam Islam), Sewaan dan Royalti. Jelas disini golongan kaya memiliki pendapatan kebanyakanya daripada sumber pendapatan pasif, yang tidak memerlukan mereka bekerja keras malah pendapatan seperty Dividend dan sewaan dibayar mengikut tempoh tetap mengikut bulan dan tahun dengan kata lain golongan kaya akan memperoleh pendapatan walaupun semasa tidur, dan golongan kaya yang bijak biasanya mengawal perbelanjaan mereka dan akan terus meningkatkan pelaburan mereka ke dalam Asset yang kemudian akan menjadikan pendapatan mereka meningkat saban tahun.
Sekarang anda boleh menilai kedudukan
kewangan anda, tidak ada rumusan mudah untuk menerangkan cara anda
mengawal perbelanjaan dan ianya subjektif namun ayat “Live below
you means” dan pepatah Melayu ukur baju di badan sendiri juga
boleh menerangkan maksud yang hampir serupa. Hidup dibawah kadar
kemampuan adalah amat penting malah golongan kaya sekalipun perlu
mengamalkan konsep hidup dibawah kadar kemampuan mereka dengan cara
itu mereka akan kekal kaya dan semakin kaya di masa hadapan. Sebagai
contoh seorang kaya yang mampu memandu Ferari tidak akan membeli
Ferari kerana mereka sedar ianya akan menjadi liabiliti tidak perlu
seperti kos penyelengaraan yang tinggi, insyuran yang mahal yang mana
akan mengurangkan kemampuan mereka untuk membeli aset aset yang
menghasilkan pendapatan. Oleh itu golongan kaya yang mampu membeli
ferari biasannya akan merasa cukup sekadar memandu Mercedes Atau
Porsche kecuali golongan kaya yang berada di sudut yang lain seperti
seorang yang mempunyai aset Ratusan juta atau seorang billionaire
jika golongan ini memiliki Ferari sekalipun liabiliti mereka masih
sangat kecil berbanding pendapatan dan Asset yang mereka miliki.
Sifat Mereka amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan golongan
pertengahan yang suka menunjuk-nunjuk dan mempunyai keinginan tinggi
untuk kelihatan segak bergaya kerana mereka merasakan itulah simbol
kejayaan mereka. Golongan pertengahan seperti ini mengamalkan pepatah
“biar papa asal bergaya” pendapatan hanya mampu memandu kereta
proton atau produa tapi sanggup tutup mata bayar lebih sikit asal
dapat memandu Honda, atau kereta import yang nampak bergaya, tapi
akhirnya hanya akan menjadi liabiliti dan nilainya semakin susut dari
tahun ke tahun.
Untuk mencapai kebebasan kewangan
memerlukan dedikasi, kesabaran dan juga masa. Sifat tamak dan ingin
cepat kaya adalah sangat merbahaya dan banyak menyebabkan ramai orang
terperangkap dengan skim pelaburan yang tidak munasabah seperti
pelbagai Skim Piramid, MLM, dan Ponzi yang diadakan untuk memerangkap
mana-mana orang yang tamak dan mencari jalan pintas untuk keuntungan
yang tidak masuk akal. Kita perlu mengubah cara hidup dan mengamalkan
prinsip hidup dibawah kadar kemampuan anda, jika mampu membeli
Mercedes, beli Honda, jika mampu beli Honda belilah Proton atau
Perodua sahaja atau beli kenderaan terpakai, lebihan belanja yang
anda dapat jimatkan seharusnya pergi kearah pembelian asset asset
bernilai yang akan menjana pendapatan pasive kepada anda di masa
hadapan.
Langkah Kedua Kenali Perbezaan Asset
dan Liabiliti
Gambaran mengenai Asset dan Liabiliti
Apakah yang dimaksudkan sebagai asset, asset sebenarnya terdiri dari apa sahaja asalkan ianya mempunyai nilai, meningkat dari segi nilai, mempunyai pasaran yang sedia untuk membelinya, dan secara ringkas apa sahaja yang memasukan wang kedalam poket pemiliknya ianya adalah asset. Contoh mudah adalah Saham, Bond, dan Hartanah. Kemudian apakah pula yang dimaksudkan Liabiliti, liabiliti ialah apa sahaja yang menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan wang pendapatan anda untuk membayarnya ianya adalah liabiliti. Terdapat beberapa liabiliti tetap pada zaman modern ini sebagai contoh Bil elektrik rumah anda, dan bil air, disamping liabiliti tetap ini terdapat beberapa lagi liabiliti yang wujud kerana kita inginkan satu standard gaya hidup dan keselesaan mengikut ekpektasi masing-masing, Contohnya bayaran belian rumah, kereta, perkhidmatan internet, malah ada banyak lagi liabiliti lain dan sesetengahnya adalah kerana keinginan untuk bermewah kita sanggup berhutang untuk membeli perabot dan peralatan elektrik yang mahal sehingga perlu berhutang.
Oleh itu Anda perlu mula mengawal
perbelanjaan anda hidup dibawah kadar kemampuan anda dan mula
memperuntukkan sedikit pendapatan anda kearah pembelian asset yang
boleh menjana pendapatan pasif di masa hadapan.Setelah anda berjaya
mengawal perbelanjaan anda dan hidup dibawah kadar kemampuan anda,
maka anda akan mempunyai lebihan pendapatan yang boleh digunakan
untuk mula melabur dengan membeli asset yang akan menjana pendapatan
pasif di masa hadapan. Satu perkara yang gagal difahami ramai adalah
memahami perbezaan antara asset dan liabiliti, dimana sesetengah kita
menyangka memiliki asset sedangkan sebenarnya hanya mengumpul
liabiliti. Sebagai contoh ramai yang menyangka membeli rumah adalah
membeli asset tetapi rumah adalah asset yang boleh menjadi liabiliti
jika tidak diurus dengan baik. Sebagai contoh membeli rumah di tempat
kurang strategik tetapi diharap boleh disewakan namun apabila anda
gagal mendapatkan penyewa pada harga yang anda kehendaki, bayaran Ccm
bulanan adalah satu liability bagi anda apa lagi insuran dan
percukaian yang perlu anda jelaskan maka itu semua menjadi liabiliti
kepada anda malah ianya bersifat jangka panjang. Begitu juga
pembelian kereta ianya sama sekali bukan asset malah satu liabiliti
yang memerlukan komitmen jangka panjang dari pendapatan anda setiap
bulan.
Langkah Ketiga Mengawal
Perbelanjaan, Mengurangkan Liabiliti, dan Membeli Asset
Amanah Saham yang
diuruskan Permodalan Nasional Berhad
Asset yang berstatus risiko rendah di
Malaysia adalah Skim Amanah Saham Nasional (ASN), dan Amanah Saham
Bumiputra (ASB). ASB tidak turun naik dari segi harga seunit saham
dan telah terbukti memberikan kadar keuntungan melalui dividend
setiap tahun pada kadar lebih 6% dan kecairan ASB adalah tinggi
dimana anda boleh menjualnya pada bila-bila masa menjadikan ASB satu
pilihan menarik bagi golongan yang ingin melabur dalam kategori
pelaburan berisiko rendah, bukan itu sahaja PNB sebagai pengurus
pelaburan bagi Asb dan ASN sebenarnya mempunyai pelbagai skim Amanah
Saham yang diuruskan dengan baik dan memberikan pulangan dividend
pada kadar yang kompetitif. Selain itu terdapat banyak lagi Asset
risiko sederhana seperti pelaburan saham hartanah Real Estate Investment Trust (Reit) Unit Amanah (Unit Trust) yang ditawarkan
pelbagai Bank yang mana apabila anda menyerahkan wang pelaburan anda
ianya kemudia akan diuruskan oleh Pengurus pelaburan profesional yang
bisanya mampu memberikan pulangan keuntungan pada kadar yang
berpatutan, dan jika anda risau mengenai status halal haram pelaburan
ini , terdapat juga Unit Amanah yang patuh Syariah dimana wang
pelaburan anda hanya akan dilaburkan ke aktiviti perniagaan yang
Patuh Syariah. Pelaburan Emas dan Perak secara fizikal juga merupakan pembelian aset tetapi pelaburan dalam bentuk ini merupakan pelaburan yang paling perlahan memberikan pulangan namun demikian banyak golongan yang mempunyai kesedaran kewangan seringkali akan menyimpan aset seperti emas dalam kadar 5% dari jumlah keselurahan nilai Aset mereka.
Contoh platform transaksi jual beli saham melalui Maybank2u Online Stock
Bagi mereka yang mahu kadar pulangan
yang lebih tinggi dan mampu mengambil risiko yang lebih tinggi,
terdapat lain-lain asset yang boleh dibeli sebagai pelaburan sebagai
contoh pasaran saham. Bagi sesetengah orang pasaran saham mungkin
tempat terbaik untuk memaksimumkan perolehan dari pelaburan yang
dibuat, namun pasaran saham adalah tempat dimana orang yang tidak
bersedia dan kurang ilmu pengetahuan boleh mengalami kerugian besar.
Namun sebenarnya anda boleh mepersiapkan diri untuk menghadapi dunia
pasaran saham dengan menuntut ilmu pengetahuan, Saya syorkan bacalah
buku Common Stock Uncommon Profit yang ditulis Phil Fisher dan
juga The Inteligent Investor yang ditulis Benjamin Graham.
Anda perlu mengenali apakah yang dimaksudkan dengan Fundamental
Analisis (FA). Dan apabila anda berjaya menguasai pengetahuan FA
maka anda lebih bersedia untuk masuk ke dunia pasaran saham. Saya
akan cuba menulis topik khusus mengenai saham dalam blog ini jika
berkesempatan di masa hadapan. Jika anda telah mengenali dunia saham
mungkin anda telah biasa dengan terminologi FA dan Technical
Analisis (TA) kedua-dua kaedah ini mempunyai kelebihan dan
kelemahan masing-masing, kekuatan dan kelemahan masing masing. Namun
bagi saya sendiri saya lebih selesa dengan pendekatan FA berbanding
TA namun ini adalah pandangan peribadi saya sendiri.
Dapat disimpulkan disini tanpa mengira
apa tahap pendapatan anda, apa pekerjaan anda untuk mencapai
kebebasan kewangan kita perlu bermula dengan diri sendiri, dengan
mengubah gaya hidup, merancang perbelanjaan, mengurangkan
perbelanjaan liabiliti dan mula melabur dan membeli aset-aset dan
menjana pendapatan pasif, dan diperingatkan juga disini dalam
keghairahan melabur dan menjana pendapatan pasif jangan mudah
terjerumus dalam skim-skim penipuan pelaburan seperti skim piramid,
MLM dan pelbagai bentuk skim penipuan yang berleluasa dalam negara
kita Malaysia. Oleh itu dapatkanlah ilmu pengetahuan mengenai
pelaburan, bezakan antara Asset dan Liabiliti, bezakan antara
keperluan dan kehendak, yang penting dan tidak. Apabila anda mula
menikmati pulangan dari pendapatan pasif yang dijana daripada asset
yang anda miliki jangan cepat gelojoh anda perlu terus membajai
pelaburan anda dengan pulangan tersebut, sebagai contoh jika anda
berjaya menyimpan dalam pelaburan ASB sehingga maximum RM250,000
dividend setiap tahun boleh mencecah RM15,000 (Contoh kadar 6%
setahun) dengan jumlah ini anda seharusnya perlu melabur semula ke
skim yang lain sama ada skim pelaburan di bawah PNB ataupun Unit
Trust mana-mana Bank yang anda pilih. Dan jika pendapatan tahunan
anda telah mencapai satu tahap yang anda rasakan telah membolehkan
anda berhenti bekerja dan asset anda telah menjana pendapatan yang
lebih dari keperluan anda maka itulah yang dikatakan Kebebasan
Kewangan (Financial Freedom) dimana kita tidak lagi perlu bekerja
untuk wang tetapi wang akan bekerja untuk kita.
Tahap Kebebasan Kewangan mungkin
berbeza bagi individu berbeza, seperti saya sendiri saya cuba untuk
menjana RM5000 pendapatan pasif sebulan dan matlamat ini saya
tetapkan untuk dicapai dalam tempoh 20 tahun. Untuk mencapai matlamat
ini saya akan kekal dengan Motosikal kesayangan yang telah habis
hutang, memandu kereta terpakai, Mengunakan telefon smartphone
sederhana seperti Lenovo sahaja, dan meminimumkan liabiliti. Kemudian
setelah menolak perbelanjaan perlu sedikit wang untuk ibu/bapa,
perbelanjaan dan keperluan, kesemua baki akan digunakan untuk
pelaburan. Dengan cara ini matlamat ini adalah boleh dicapai (
Achievable) dengan disiplin yang tinggi. Akhir kata kita hanya
merancang tuhan Menentukan, oleh itu jangan lupa 3B Berdoa, Berusaha,
dan Bertawakal Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan