Spesifikasi Teknikal
Face Value: 50 sen.
Diameter: 27.7 mm.
Weight: 9.33 gm.
Composition: Copper-Nickel
Edge: Security Edge,
Sebelum Komen “Saya ada syiling ini PM saya kalau nak beli” bacalah dulu dan fahami cerita sebenar kisah Syiling ini. “Berapa harga syiling saya” inilah soalan sering diajukan terutamanya bagi orang yang bukan collector tetapi ada memiliki Syiling berparit / terbelah atau dalam bahasa numismatic kita kenali sebagai “Security edge” syiling 50 sen Malaysia yang di tempa pada tahun 1967, 1968 dan 1969 adalah mempunyai sisi “security edge” yang membuatkan syiling ini kelihatan seolah olah berparit di bahagian sisi syiling. Mengenai harganya , dapat saya terangkan bahawa Syiling 50 sen berparit mempunyai nilai yang tinggi daripada nilai muka namun ianya "TIDAK" bermaksud bernilai Ribuan Ringgit sekeping. Adalah perlu di fahami Faktor harga adalah dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran, Syiling 50 Sen security edge masih banyak dalam simpanan orang ramai malah jumlah tempaan atau mintage syiling ini tinggi sedangkan para pengumpul profesional pula telah awal-awal lagi menyimpan syiling ini malah menjaga rapi syiling tersebut sehingga jika dilihat seolah bagaikan baru dikeluarkan dari bank, jadi tidak mungkin mereka akan membeli sekeping syiling yang pudar atau bercalar-calar dengan harga ribuan ringgit kerana ianya akan berbalik kepada kondisi Grade syiling tersebut.
Mintage atau Jumlah Tempaan Syiling 50 sen Parlimen
( Syiling siri 1 Security Edge ).
1967-15, 000 000 Keping.
1968- 12, 000 000 Keping
1969- 2, 000 000 Keping
( Syiling siri 1 Security Edge ).
1967-15, 000 000 Keping.
1968- 12, 000 000 Keping
1969- 2, 000 000 Keping
Oleh itu Harga syiling 50 sen (tempaan 1967 dan 1968) berparit dalam grade sederhana pada hari ini (tahun 2015) beredar dijual sekitar RM3 sehingga RM 25, ada juga penjual yang meletakkan harga lebih tinggi dari itu tetapi ikut nasiblah kalau ada yang mahu membeli. Namun demikian bagi syiling berparit tempaan 1969 harganya adalah lebih tinggi, bergantung pada kondisi grade syiling tersebut harganya boleh bermula dari RM20 hingga dan lebih tinggi jika kondisi syiling tersebut sangat baik, ini disebabkan jumlah tempaan yang rendah iaitu berjumlah 2 juta keping sahaja, dan semua penerangan ini hanya berkenaan syiling 50 sen berparit sahaja, kerana adakah anda tahu bahawa terdapat syiling 50 sen keluaran tahun 1967 hingga 1969 ini tidak mempunyai parit (security edge) iaitu mempunyai sisi bergerigi (milled edge) sahaja ini berlaku kerana kesilapan pengeluaran iaitu dikategorikan sebagai coin error dan syiling error inilah yang menjadi buruan dikalangan collector profesional sehingga sanggup membayar harga ribuan ringgit.
Pasti ada yang pernah mendengar Syiling 50 sen malaysia terjual dengan harga SGD 32,200 iaitu bersamaan RM81,846 (Mengikut kadar tukaran pada Oktober 2014) yang terjual pada 04 oktober 2014 di Singapore Coins & Banknotes Auction. Ababila berita ini tersebar maka ramailah membelek setiap kepingan syiling yang ada dan memeriksa tabung tabung duit dengan harapan ada duit syiling yang sama. Maka ramailah yang mengatakan bahawa mereka ada duit syiling berparit tidak kiralah keluaran tahun 1967, 1968 atau 1969 dan mula memikirkan aku pun nak jual RM10,000 pun jadilah walhal ramai tidak mengetahui syiling bidaan tersebut adalah 50 sen “Milled edge” syiling eror yang sangat “Rare” unik dan sukar di temui maka sebab itulah harganya mencecah harga sebegitu disamping kondisi Grade yang tinggi MS65 mengikut standard American Numismatic Guarantee Corporation (NGC). Fakta mengenai harga jualan tersebut adalah Syiling tersebut merupakan Syiling 50 sen keluaran 1969 di mana pada tahun tersebut syiling 50 sen yang ditempa berjumlah 2 juta sahaja dan dalam 2 juta tempaan tersebut hanya sedikit syiling yang merupakan sisi bergerigi tanpa parit “Milled edge non security edge”
Contoh Syiling Milled Edge 1967 Yang Mendapat Pengredan MS65 dari NGC
Sekiranya kebetulan ada pembaca yang memiliki Syiling 50 sen Milled edge ini tidak kiralah tempaan 1967, 1968, atau 1969 tahniah kerana anda memiliki Silling unik dan “rare” dan sekiranya anda berhasrat menjualnya saya nasihatkan anda berhubung dengan Malaysia Numismatic Society (MNS) kerana mereka sering mengaturkan acara lelongan syiling rare setiap beberapa bulan sekali. Namun jangan pula berharap harganya boleh mencecah harga RM80k lebih-lebih lagi bila kondisi syiling anda telah pudar dan bercalar. Akan tetapi saya yakin syiling milled edge yang sederhana sekalipun mungkin dijual antara RM200 ke RM600 bergantung pada permintaan collector.
Pst, Saya tak ada coin 50 sen Milled edge, tapi saya tak sanggup nak beli sampai Ribu-ribu, Kalau ada jual murah seratus ke dua ratus pun kena tunggulah kalau ada rezki lebih bila nak beli.
Penulis: AshRizal
Penulis: AshRizal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan