Rabu, 25 November 2015

Syilling 1 sen Siri Satu (Siri Parlimen)


Spesifikasi Teknikal
Nilai muka: 1 sen.
Diameter: 17.7 mm.
Berat: 1.94 gm.
Ketebalan: 1.26 mm
Bahan Logam: Copper (1967-1973) 
Copper Clad Steel (1973-1988).
Sisi Syilling : Plain.


    Syilling Malaysia Siri pertama iaitu Syiling siri Parlimen yang dikeluarkan bermula pada 1967 sehingga 1988 adalah terdiri dari syilling denominasi 1 sen, 5 Sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. untuk mengenali dengan lebih lanjut mengenai syilling kali ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai syilling 1 sen siri Parlimen. Syilling 1 sen Malaysia ini agak menarik dan mempunyai banyak kisah tersembunyi disebalik tahun-tahun pengeluaran syilling ini. Pada Awalnya syilling siri Parlimen Malaysia ditempa di kilang luar negara iaitu dari Hamburg Mint German, dan juga Royal Mint UK iaitu antara tahun 1967 hingga 1970, dan bermula 1971 BNM telah Membuka Kilang pemprosesan Syilling kita sendiri iaitu Kilang Wang Shah Alam. 
 
    Bagi syiling 1 sen siri pertama tempaan 1967 sehingga 1970 syilling kita ditempa mengunakan bahan logam Copper akan tetapi harga bahan logam copper yang melambung tinggi sekitar tahun 1968-1970 memaksa BNM mencari alternatif lain untuk pengeluaran syilling 1 sen pada ketika itu. Dan bermula pada tahun 1973 BNM telah mula mencetak 1 sen menggunakan bahan logam Copper Clad Steel dan menjadikan syilling 1 sen bersifat magnetic iaitu melekat magnet. Perkara yang menarik semasa tempoh peralihan ini beberapa kesilapan telah berlaku, dan kesilapan-kesilapan (Transitional Error) ini telah menjadikan syilling satu sen ini menjadi begitu istimewa dari segi kisah dan sejarahnya. Sebagai contoh syiling 1 sen 1973 terdapat 2 variety iaitu yang ditempa dengan copper dan yang ditempa dengan Copper clad steel, dan daripada mintage 21,400,385 syiling 1 sen 1973 tidak diketahui berapa banyak adalah Copper dan berapa banyak adalah Copper clad steel, akan tetapi adalah dipercayai syilling 1973 copper adalah lebih sedikit jumlahnya. Perkara ini berlaku kerana Semasa tempaan syilling menggunakan copper clad steel ditempa, masih terdapat baki planchet copper yang tidak digunakan dan turut digunakan bagi menempa syilling 1973.
Malaysian 1 sen 1970 keydate coin, minted in Germany by Hamburg Mint.
 Syilling Keydate 1 sen 1970 Copper

    Kisah syiling 1 sen tidak terhenti setakat itu sahaja, terdapat syilling 1970 yang sepatutnya 100% tempaan adalah menggunakan bahan logam copper tetapi telah didapati ditempa menggunakan Copper clad steel, kesilapan ini amat ganjil mengambil kira bahawa syilling 1970 ditempah di Hamburg Mint German dan jumlah tempaan pula adalah cuma berjumlah 2,535,000 dan BNM belum memutuskan untuk menggunakan bahan copper clad steel bagi menggantikan penggunaan copper. Namun demikian satu teori yang saya rasa munasabah adalah BNM telah sengaja menempa syilling copper clad steel pada tahun 1970 untuk tujuan Syilling contoh (Pattern Coin) dalam bilangan sedikit untuk kegunaan penilaian sebelum memuktamadkan penggunaanya dan setelah masa berlalu syilling-syiling Pattern ini terlepas ke dalam edaran dan ditemui oleh orang awam dan kolektor, namun demikian jumlahnya sangat sedikit malah jumlah yang disahkan adalah 4 keping syilling copper clad steel 1 sen 1970, namun terdapat juga cerita-cerita tetang kolektor lain yang turut menemui syilling ini namun jumlahnya masih terlalu sedikit, menjadikan syilling 1 sen 1970 copper clad steel adalah antara syiling malaysia yang bernilai tinggi. 


blank 1 sen copper planchet
Planchet kosong 1 sen sukar dibezakan daripada planchet kosong Copper Clad Steel
cara terbaik membezakanya adalah dengan menggunakan magnet dimana 
hanya Copper clad Steel tertarik kepada magnet

    Pada tahun 1976 satu lagi kesilapan telah berlaku iaitu apabila terdapat syilling 1 sen tahun 1976 didapati dibuat daripada copper dan tidak tertarik kepada magnet, sedangkan semua syilling 1 sen tahun  1976 sepatutnya dibuat hanya menggunakan copper clad steel. Punca ianya berlaku ialah apabila pekerja di kilang Wang Shah Alam melakukan pembersihan lantai, blank planchet yang terjatuh akan dikumpulkan di asingkan mengikut saiz dan jenis planchet. Dalam kes ini Planchet kosong satu sen yang dikutip telah digunakan untuk menempa syiling tahun 1976 akan tetapi tanpa disedari terdapat planchet copper telah dicampur bersama planchet Copper Clad Steel secara tidak sengaja.

Senarai Pengeluaran Dan Anggaran Nilai Syilling 1 Sen Malaysia Siri 1 (Siri Parlimen)
Tahun
Mintage
VF
(RM)
EF 
(RM)
UNC
(RM)
Nota
1967
45,000,000
4
10
20
Copper
1968
10,500,000
40
60
100
Keydate / Copper
1970
2,535,000
45
80
140
Keydate / Copper
1970
?
1000
1800
2500
Copper Clad Steel
1971
47,861,539
2
6
12
Copper
1973
21,400,385
6
15
30
Copper
1973
?
25
40
80
Coper Clad Steel
1976
27,406,103
4
10
20
Coper Clad Steel
1976
?
1800
2000
4000
Copper
1977
21,751,468
4
10
20
Coper Clad Steel
1978
30,843,905
2
6
12
Coper Clad Steel
1979
15,713,562
6
15
30
Coper Clad Steel
1980
16,150,902
6
15
30
Coper Clad Steel
1981
24,633,307
4
10
20
Coper Clad Steel
1982
37,295,136
2
6
12
Coper Clad Steel
1983
19,333,233
6
15
30
Coper Clad Steel
1984
26,267,290
4
10
20
Coper Clad Steel
1985
52,401,608
2
6
12
Coper Clad Steel
1986
48,920,034
2
6
12
Coper Clad Steel
1987
35,284,103
2
6
12
Coper Clad Steel
1988
56,748,750
2
6
12
Coper Clad Steel


Nota
* Tahun tiada pengeluaran 1969, 1972, 1974, 1975,
* Copper (Tidak Melekat Magnet)
* Copper Clad Steel (Melekat Magnet)


** Anggaran harga hanyalah sekadar untuk panduan sahaja (Guideline Only) transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk syilling lama :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan