Isnin, 9 November 2015

Wujudkah Syilling 10 sen 1972?

Syilling Malaysia 10 sen 1972 fake PMJ, PMD coin, Malaysia keydate coin.
Photoshopped  10 sen 1972, Syilling Tahun yang tidak dikeluarkan oleh BNM

    Adakah anda seorang kolektor dan ingin memiliki koleksi syilling yang lengkap mencakupi semua tahun pengeluaran syilling Malaysia. Sebelum ini saya pernah berusaha melengkapkan koleksi saya tanpa pengetahuan, sehingga menyebabkan saya memburu syilling yang tidak wujud, sebagai contoh zaman remaja saya diisi dengan usaha mencari syilling tahun 1972 sedangkan hakikatnya Bank Negara Tidak mengeluarkan walau sekeping pun syilling 10 sen tahun 1972 maka sudah pasti masa saya terbuang mencari sesuatu yang tidak wujud, dan jika ada sekalipun 100% saya berani mengatakan ianya syilling palsu . Tetapi ada di luar sana yang mengatakan mereka ada syilling ini yang konon rare dan berasal dari alam ghaib, maaflah sekalipun sebagai orang islam kita wajib beriman pada perkara yang ghaib, namun tidak sekali-kali saya dapat menerima alam bunian bersusah payah mengeluarkan syilling palsu Bank Negara Malaysia 1972 yang mana semua itu adalah kerja-kerja scammer yang mencari mangsa yang kurang pengetahuan dan akibatnya bukan sedikit kes penipuan ribuan ringgit, yang kadangkala melibatkan mangsa golongan profesional maka disinilah apabila ketamakan melebihi kewarasan maka terserlahlah kebodohan yang akhirnya memakan diri sendiri.

     Modus operandi, atau kaedah penipuan biasanya sangat simple namun banyak yang terpedaya, seseorang akan menceritakan kepada bakal mangsa mereka memerlukan syilling yang rare (sebagai contoh syilling 10 sen 1972) untuk pelbagai tujuan kadang-kadang nak tarik duitlah, nak berubatlah, macam macam alasan ada dan merka menawarkan wang puluhan ribu untuk membelinya jika ada. Dengan tidak disangka seorang individu lain menemui mangsa beberapa hari kemudian mengatakan bahawa dia memiliki syilling tersebut yang konon pusaka diwarisi, dan sekarang ada hal kecemasan nak jual dalam RM 2-3 Ribu, mangsa yang beranggapan dia ada pembeli lain yang sanggup membayar harga lebih tinggi akhirnya membeli syilling palsu ini dan kemudian kedua-dua scammer ini tidak dapat dihubungi lagi, atau scammer yang satu akan mengatakan soryllah dia dah dapt satu syilling ni dan mangsa terlambat sedikit sahaja,meloponglah mangsa dengan syilling palsu di tangan dan wang 2-3 Ribu dah terbang.

Tahun-Tahun Tiada Pengeluaran Syilling 10 Sen Siri 1 (Parlimen) 
1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1984, 1985, 1986 & 1987 
(Tak Payah nak Cari Memang tak Jumpa, Kalau jumpa pun memang Palsu Punya)

    Dalam bidang Numismatik ini Carilah ilmu jangan sampai jadi mangsa scammer, jadikanlah ini hobi yang bermanfaat dan bukan Hobi yang beri tekanan. Hargai koleksi yang ada dan kumpul ikut kemampuan jangan pula sampai leka dan terover budget mengejar koleksi yang rare akhirnya dapur pula tak berasap.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan