Sabtu, 28 November 2015

Syilling 5 sen Siri Satu (Siri Parlimen)



Malaysian Coin 5 sen 1967 first series, 5 sen siri 1, siri parlimen. malaysian coin info

 Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 5 sen.
Diameter: 16.2 mm.
Berat: 1.41 gm.
Komposisi: Copper-Nickel.
Sisi: Milled Edge
Mint: Royal Mint, UK & Kilang Wang Shah Alam.



    Syilling Malaysia Siri pertama adalah Syiling Malaysia siri Parlimen yang dikeluarkan bermula pada 1967 sehingga 1988, terdiri dari 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. untuk mengenali dengan lebih lanjut mengenai syilling siri Parlimen kali ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai syilling berdenominasi 5 sen. 5 sen pada zaman kanak-kanak dan zaman remaja antara syilling penting dalam urusniaga kerana 5 sen masih mempunyai nilai, dengan 5 sen lah saya boleh dapat gula-gula, malah 5 sen yang dikumpul 2-3 keping saya boleh membeli makanan ringan kegemaran saya. Namun pada hari ini setelah masa berlalu 5 sen bagaikan syilling yang kurang penting lagi dan lihatlah sekeliling kita apa yang masih boleh dibeli dengan nilai 5 sen pada hari ini.

    Dari sudut numismatik Syiling 5 sen mungkin syilling yang agak kurang diberi perhatian, mungkin kerana syilling ini mempunyai kurang kisah menarik jika dibandingkan syilling denominasi yang lain siri yang sama. Malah syilling yang agak popular dalam kategori denominasi 5 sen mungkin hanya satu iaitu Syilling tempaan 1982 dan lebih spesifik lagi syilling 5 sen 1982 extra dot. Walaupun kurang popular namun bagi seorang kolektor tegar itu bukan alasan untuk tidak mengambil berat terhadap syilling ini, jika anda baru cuba mencari syiling 5 sen pada hari ini anda akan tahu bahawa syilling 5 sen siri satu adalah paling sukar ditemui dalam edaran, jika dibandingkan syilling 10 sen, 20 sen atau 50 sen siri Parlimen yang setakat ini masih mudah ditemui dalam edaran.

Malaysia Coin of 5 sen 1982 die gouge error, Syilling 5 sen 1982 extra dot error yang terkenal diantara syilling 5 sen. malaysian coin info
 5 sen 1982 extra dot

   Bukan setakat itu sahaja jika anda ingin memiliki set lengkap syilling ini, dan anda baru mula mengumpul, anda akan mendapati bukan mudah untuk memperolehi syiling 5 sen siri 1 apa lagi untuk menemui syiling semi keydate 5 sen seperti tempaan tahun, 1971, 1977, 1985, dan 1987. Namun jangan risau syilling ini biasanya masih boleh ditemui kalau anda berusaha terutamanya kantin dan kedai runcit di kampung-kampung masih menyimpan syilling ini, dan jika manis budi bahasa dapat free pun boleh, jika anda sanggup keluar modal pula, banyak kolektor yang mempunyai banyak stok dan sanggup menjual pada harga yang masih rendah pada masa kini (2015).


Senarai Pengeluaran Dan Anggaran Nilai Syilling 5 Sen Malaysia Siri 1 (Siri Parlimen)

Tahun
Mintage
VF
(RM)
EF 
(RM)
UNC
(RM)
Nota
1967
75,464,000
1
6
15
-
1968
74,536,000
1
6
15
-
1971
16,657,712
3
12
20
Semi Keydate
1973
102,942,305
FV
FV
8
-
1976
65,658,870
FV
FV
8
-
1977
10,609,162
2
10
18
Semi Keydate
1978
50,044,123
FV
1
8
-
1979
38,823,711
1
10
15
-
1980
33,893,481
1
10
15
-
1981
51,490,263
FV
1
8
-
1982
118,593,833
FV
FV
8
-
1982
?
120
180
200
Extra Dot
1985
15,553,101
3
12
25
Semi Keydate
1987
16,723,327
3
12
20
Semi Keydate
1988
26,788,183
1
8
15
-

Nota
* Tahun tiada pengeluaran 1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1983 & 1984

 ** Anggaran harga hanyalah sekadar untuk panduan sahaja (Guideline Only) transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk syilling lama :-)

Rabu, 25 November 2015

Syilling 1 sen Siri Satu (Siri Parlimen)


Spesifikasi Teknikal
Nilai muka: 1 sen.
Diameter: 17.7 mm.
Berat: 1.94 gm.
Ketebalan: 1.26 mm
Bahan Logam: Copper (1967-1973) 
Copper Clad Steel (1973-1988).
Sisi Syilling : Plain.


    Syilling Malaysia Siri pertama iaitu Syiling siri Parlimen yang dikeluarkan bermula pada 1967 sehingga 1988 adalah terdiri dari syilling denominasi 1 sen, 5 Sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. untuk mengenali dengan lebih lanjut mengenai syilling kali ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai syilling 1 sen siri Parlimen. Syilling 1 sen Malaysia ini agak menarik dan mempunyai banyak kisah tersembunyi disebalik tahun-tahun pengeluaran syilling ini. Pada Awalnya syilling siri Parlimen Malaysia ditempa di kilang luar negara iaitu dari Hamburg Mint German, dan juga Royal Mint UK iaitu antara tahun 1967 hingga 1970, dan bermula 1971 BNM telah Membuka Kilang pemprosesan Syilling kita sendiri iaitu Kilang Wang Shah Alam. 
 
    Bagi syiling 1 sen siri pertama tempaan 1967 sehingga 1970 syilling kita ditempa mengunakan bahan logam Copper akan tetapi harga bahan logam copper yang melambung tinggi sekitar tahun 1968-1970 memaksa BNM mencari alternatif lain untuk pengeluaran syilling 1 sen pada ketika itu. Dan bermula pada tahun 1973 BNM telah mula mencetak 1 sen menggunakan bahan logam Copper Clad Steel dan menjadikan syilling 1 sen bersifat magnetic iaitu melekat magnet. Perkara yang menarik semasa tempoh peralihan ini beberapa kesilapan telah berlaku, dan kesilapan-kesilapan (Transitional Error) ini telah menjadikan syilling satu sen ini menjadi begitu istimewa dari segi kisah dan sejarahnya. Sebagai contoh syiling 1 sen 1973 terdapat 2 variety iaitu yang ditempa dengan copper dan yang ditempa dengan Copper clad steel, dan daripada mintage 21,400,385 syiling 1 sen 1973 tidak diketahui berapa banyak adalah Copper dan berapa banyak adalah Copper clad steel, akan tetapi adalah dipercayai syilling 1973 copper adalah lebih sedikit jumlahnya. Perkara ini berlaku kerana Semasa tempaan syilling menggunakan copper clad steel ditempa, masih terdapat baki planchet copper yang tidak digunakan dan turut digunakan bagi menempa syilling 1973.
Malaysian 1 sen 1970 keydate coin, minted in Germany by Hamburg Mint.
 Syilling Keydate 1 sen 1970 Copper

    Kisah syiling 1 sen tidak terhenti setakat itu sahaja, terdapat syilling 1970 yang sepatutnya 100% tempaan adalah menggunakan bahan logam copper tetapi telah didapati ditempa menggunakan Copper clad steel, kesilapan ini amat ganjil mengambil kira bahawa syilling 1970 ditempah di Hamburg Mint German dan jumlah tempaan pula adalah cuma berjumlah 2,535,000 dan BNM belum memutuskan untuk menggunakan bahan copper clad steel bagi menggantikan penggunaan copper. Namun demikian satu teori yang saya rasa munasabah adalah BNM telah sengaja menempa syilling copper clad steel pada tahun 1970 untuk tujuan Syilling contoh (Pattern Coin) dalam bilangan sedikit untuk kegunaan penilaian sebelum memuktamadkan penggunaanya dan setelah masa berlalu syilling-syiling Pattern ini terlepas ke dalam edaran dan ditemui oleh orang awam dan kolektor, namun demikian jumlahnya sangat sedikit malah jumlah yang disahkan adalah 4 keping syilling copper clad steel 1 sen 1970, namun terdapat juga cerita-cerita tetang kolektor lain yang turut menemui syilling ini namun jumlahnya masih terlalu sedikit, menjadikan syilling 1 sen 1970 copper clad steel adalah antara syiling malaysia yang bernilai tinggi. 


blank 1 sen copper planchet
Planchet kosong 1 sen sukar dibezakan daripada planchet kosong Copper Clad Steel
cara terbaik membezakanya adalah dengan menggunakan magnet dimana 
hanya Copper clad Steel tertarik kepada magnet

    Pada tahun 1976 satu lagi kesilapan telah berlaku iaitu apabila terdapat syilling 1 sen tahun 1976 didapati dibuat daripada copper dan tidak tertarik kepada magnet, sedangkan semua syilling 1 sen tahun  1976 sepatutnya dibuat hanya menggunakan copper clad steel. Punca ianya berlaku ialah apabila pekerja di kilang Wang Shah Alam melakukan pembersihan lantai, blank planchet yang terjatuh akan dikumpulkan di asingkan mengikut saiz dan jenis planchet. Dalam kes ini Planchet kosong satu sen yang dikutip telah digunakan untuk menempa syiling tahun 1976 akan tetapi tanpa disedari terdapat planchet copper telah dicampur bersama planchet Copper Clad Steel secara tidak sengaja.

Senarai Pengeluaran Dan Anggaran Nilai Syilling 1 Sen Malaysia Siri 1 (Siri Parlimen)
Tahun
Mintage
VF
(RM)
EF 
(RM)
UNC
(RM)
Nota
1967
45,000,000
4
10
20
Copper
1968
10,500,000
40
60
100
Keydate / Copper
1970
2,535,000
45
80
140
Keydate / Copper
1970
?
1000
1800
2500
Copper Clad Steel
1971
47,861,539
2
6
12
Copper
1973
21,400,385
6
15
30
Copper
1973
?
25
40
80
Coper Clad Steel
1976
27,406,103
4
10
20
Coper Clad Steel
1976
?
1800
2000
4000
Copper
1977
21,751,468
4
10
20
Coper Clad Steel
1978
30,843,905
2
6
12
Coper Clad Steel
1979
15,713,562
6
15
30
Coper Clad Steel
1980
16,150,902
6
15
30
Coper Clad Steel
1981
24,633,307
4
10
20
Coper Clad Steel
1982
37,295,136
2
6
12
Coper Clad Steel
1983
19,333,233
6
15
30
Coper Clad Steel
1984
26,267,290
4
10
20
Coper Clad Steel
1985
52,401,608
2
6
12
Coper Clad Steel
1986
48,920,034
2
6
12
Coper Clad Steel
1987
35,284,103
2
6
12
Coper Clad Steel
1988
56,748,750
2
6
12
Coper Clad Steel


Nota
* Tahun tiada pengeluaran 1969, 1972, 1974, 1975,
* Copper (Tidak Melekat Magnet)
* Copper Clad Steel (Melekat Magnet)


** Anggaran harga hanyalah sekadar untuk panduan sahaja (Guideline Only) transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk syilling lama :-)