Sabtu, 21 November 2015

Syilling 10 sen Siri Satu (Siri Parlimen)


Malaysian Coin 10 sen 1967, proof coin, the first series coin of Malaysia, Value, Harga dan Nilai, info of mintage.
Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 10 sen
Diameter: 19.4 mm
Berat: 2.82 gm.
Bahan LogamCopper-Nickel.
Sisi: Milled Edge

Mint: Royal Mint UK, Kilang Wang Shah Alam 

    Set syilling Malaysia siri pertama telah mula ditempa bermula dari tahun 1967 dan digunakan secara rasminya bermula 12 Jun 1967. Set syilling ini terdiri daripada set syilling 1 Sen, 5 Sen, 10 Sen, 20 Sen dan 50 sen. Kesemua syilling ini mempunyai corak obverse yang sama iaitu bangunan Parlimen Malaysia. Dari sinilah set syilling siri 1 mendapat gelaran syilling Siri Parlimen dikalangan para kolektor tempatan. Mula dikeluarkan pada 1967 Syilling Malaysia Siri 1 telah secara rasminya ditamatkan pengeluaranya dan ditempa buat kali terakhir pada tahun 1988, walaupun pengeluaranya ditamatkan namun syilling ini tidak pernah dibatalkan penggunaanya dan masih sah laku digunakan sebagai syilling untuk kegunaan harian sehingga ke hari ini. 

Obverse of malaysian coin 1st First series, all of malaysian coin 1sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen and 50 sen from 1967 to 1988 has Malaysia Parlimen Building image on the coin obverse.
Imej Bangunan Parlimen Malaysia pada obverse Syilling 10 Sen siri pertama.

    Syilling masih beredar untuk digunakan dalam transaksi jual beli harian sehingga kini namun jumlahnya semakin hari semakin sukar ditemui, ini kerana mana-mana syilling siri satu yang sampai ke bank akan dihantar ke BNM untuk digantikan dengan syilling yang baru, namun faktor utama yang menyebabkan syilling ini semakin berkurangan adalah orang ramai mula menyimpan wang ini dan berasa sayang untuk digunakan kerana faktor sentimental value sekalipun ramai yang mengetahui bukan semua syilling parlimen itu bernilai tinggi kerana hanya syilling-Syiling Keydate dan Semi Keydate sahaja yang mempunyai nilai yang tinggi, Namun demikian jika Syilling itu mempunyai grade yang tinggi seperti UNC dan BU ianya turut dikehendaki oleh kolektor secara tidak langsung memberi nilai yang tinggi sekalipun bukan dari kumpulan syilling Keydate. Oleh itu semakin hari syilling siri parlimen ini semakin hari akan semakin sukar diperolehi dan hanya beredar dari kalangan kolektor sahaja. Berikut Merupakan senarai penuh pengeluaran dan anggaran nilai Syilling Malaysia 10 sen siri 1 :

Senarai Pengeluaran Dan Anggaran Nilai Syilling 10 Sen Malaysia Siri 1(Siri Parlimen)


Tahun
Mintage
VF
(RM)
EF 
(RM)
UNC
(RM)
Nota
1967
106,708,000
FV
2
6
-
1968
128,292,000
FV
2
6
-
1971
32,236
600
1000
1200
Keydate
1973
214,832,756
FV
FV
3
-
1976
148,840,738
FV
2
6
-
1977
52,720,061
1
3
10
-
1978
21,161,891
3
6
18
Semi Keydate
1979
50,633,326
1
3
10
-
1980
51,797,393
1
3
10
-
1981
236,636,957
FV
FV
3
-
1982
145,638,962
FV
2
6
-
1983
30,831,573
1
3
10
-
1988
17,852,262
3
10
20
Semi Keydate

Nota:
*Syilling 10 Sen 1971 adalah syilling Keydate paling rare Syilling Malaysia siri 1, dan setakat ini diketahui mempunyai 3 variety*Tahun-tahun tiada pengeluaran 1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1984, 1985, 1986 & 1987

 

** Anggaran harga hanyalah sekadar untuk panduan sahaja (Guideline Only) transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk syilling lama, LOL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan