Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 5 sen.
Diameter: 16.2 mm.
Berat: 1.41 gm.
Komposisi: Copper-Nickel.
Sisi: Milled Edge
Mint: Royal Mint, UK & Kilang Wang Shah Alam.
Syilling Malaysia Siri pertama adalah Syiling Malaysia siri Parlimen yang dikeluarkan bermula pada 1967 sehingga 1988, terdiri dari 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. untuk mengenali dengan lebih lanjut mengenai syilling siri Parlimen kali ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai syilling berdenominasi 5 sen. 5 sen pada zaman kanak-kanak dan zaman remaja antara syilling penting dalam urusniaga kerana 5 sen masih mempunyai nilai, dengan 5 sen lah saya boleh dapat gula-gula, malah 5 sen yang dikumpul 2-3 keping saya boleh membeli makanan ringan kegemaran saya. Namun pada hari ini setelah masa berlalu 5 sen bagaikan syilling yang kurang penting lagi dan lihatlah sekeliling kita apa yang masih boleh dibeli dengan nilai 5 sen pada hari ini.
Dari sudut numismatik Syiling 5 sen mungkin syilling yang agak kurang diberi perhatian, mungkin kerana syilling ini mempunyai kurang kisah menarik jika dibandingkan syilling denominasi yang lain siri yang sama. Malah syilling yang agak popular dalam kategori denominasi 5 sen mungkin hanya satu iaitu Syilling tempaan 1982 dan lebih spesifik lagi syilling 5 sen 1982 extra dot. Walaupun kurang popular namun bagi seorang kolektor tegar itu bukan alasan untuk tidak mengambil berat terhadap syilling ini, jika anda baru cuba mencari syiling 5 sen pada hari ini anda akan tahu bahawa syilling 5 sen siri satu adalah paling sukar ditemui dalam edaran, jika dibandingkan syilling 10 sen, 20 sen atau 50 sen siri Parlimen yang setakat ini masih mudah ditemui dalam edaran.
5 sen 1982 extra dot
Bukan setakat itu sahaja jika anda ingin memiliki set lengkap syilling ini, dan anda baru mula mengumpul, anda akan mendapati bukan mudah untuk memperolehi syiling 5 sen siri 1 apa lagi untuk menemui syiling semi keydate 5 sen seperti tempaan tahun, 1971, 1977, 1985, dan 1987. Namun jangan risau syilling ini biasanya masih boleh ditemui kalau anda berusaha terutamanya kantin dan kedai runcit di kampung-kampung masih menyimpan syilling ini, dan jika manis budi bahasa dapat free pun boleh, jika anda sanggup keluar modal pula, banyak kolektor yang mempunyai banyak stok dan sanggup menjual pada harga yang masih rendah pada masa kini (2015).
Senarai Pengeluaran Dan Anggaran Nilai Syilling 5 Sen Malaysia Siri 1 (Siri Parlimen)
Tahun
|
Mintage
|
VF
(RM)
|
EF
(RM)
|
UNC
(RM)
|
Nota
|
1967
|
75,464,000
|
1
|
6
|
15
|
-
|
1968
|
74,536,000
|
1
|
6
|
15
|
-
|
1971
|
16,657,712
|
3
|
12
|
20
|
Semi Keydate
|
1973
|
102,942,305
|
FV
|
FV
|
8
|
-
|
1976
|
65,658,870
|
FV
|
FV
|
8
|
-
|
1977
|
10,609,162
|
2
|
10
|
18
|
Semi Keydate
|
1978
|
50,044,123
|
FV
|
1
|
8
|
-
|
1979
|
38,823,711
|
1
|
10
|
15
|
-
|
1980
|
33,893,481
|
1
|
10
|
15
|
-
|
1981
|
51,490,263
|
FV
|
1
|
8
|
-
|
1982
|
118,593,833
|
FV
|
FV
|
8
|
-
|
1982
|
?
|
120
|
180
|
200
|
Extra Dot
|
1985
|
15,553,101
|
3
|
12
|
25
|
Semi Keydate
|
1987
|
16,723,327
|
3
|
12
|
20
|
Semi Keydate
|
1988
|
26,788,183
|
1
|
8
|
15
|
-
|
Nota
* Tahun tiada pengeluaran 1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1983 & 1984
* Tahun tiada pengeluaran 1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1983 & 1984
** Anggaran harga hanyalah sekadar untuk panduan sahaja (Guideline Only)
transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang
saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi
setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk
syilling lama :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan