Spesifikasi Teknikal
Canada 5 Dollar Maple Leaf Silver Bullion
Denominasi: 5 Dollars
Dikeluarkan Oleh: Canada
Mint: Royal Candian Mint
Bahan Logam: Perak 99.99% (Silver 9999)
Diameter: 38 mm
Berat: 31.10 Gram ( One Troy Ounce)
Berat: 31.10 Gram ( One Troy Ounce)
Ketebalan: 3.15 mm
Minat? Hobi? Pelaburan? mengapa tidak kesemuanya sekali? Pelaburan logam berharga, atau "Precious Metal Investment" yang telah lama
popular di negara-negara maju, cuma di negara kita bidang ini agak ketinggalan mungkin kerana ramainya orang negara kita lebih tertarik dengan skim-skim yang menawarkan keuntungan mudah yang berlipat kali ganda walaupun bunyinya sendiri tidak masuk akal. sering kecoh di media sekian ramai golongan warga kita yang tertipu puluhan ribu kerana godaan skim cepat kaya, yang akhirnya menjadi skim cepat miskin. biarlah biarkan mereka dengan dunia mereka, dunia skim cepat kaya dan dunia perniagaan berbilang peringkat "Multi Level Marketing" (MLM).
Ciri-ciri anti pemalsuan, Permukaan syilling mempunyai corak garis halus
dan lambang kecil daun Maple (Privy Mark) berada pada bahagaian bawah
daun Maple utama.
Tahun (Mintage)
Berbalik Pada kisah Syiling perak Maple leaf, ianya dikeluarkan oleh Kerajaan Canada sebagai bullion pelaburan logam berharga yang dijual kepada orang ramai dan boleh disimpan sebagai medium pelaburan. Syilling ini telah dikeluarkan sejak tahun 1988 dan dekeluarkan secara tahunan sehingga ke hari ini. Syilling ini unik dari segi pengeluaranya berbanding pengeluaran syilling perak keluaran syarikat swasta kerana syilling di iktiraf sebagai matawang yang sah bagi negara Canada (Legal Tender). Statusnya sebagai matawang yang sah adalah satu kelebihan bagi seorang kolektor yang mahu keunikan pada koleksinya.
Canada 5 Dollar Maple Leaf dengan ketebalan 3.15 mm dan mempunyai sisi Milled Edge
Sebagai syilling yang mempunyai status "Legal Tender" pemalsuan syilling ini adalah satu perbuatan jenayah bagi negara tersebut, dan jika ada negara asing yang memalsukanya maka ianya boleh dianggap sebagai satu pengistiharan perang keatas negara tersebut. maka disinilah terletaknya keunikan status Canada Maple Leaf sebagai syilling unik dan dilindungi dibawah kedaulatan negara tersebut. Begitu juga halnya dengan cetakan syilling-syilling peringatan yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) semuanya dikeluarkan secara sah sebagai wang yang sah diperlakukan bagi nilai yang tercetak diatasnya. akan tetapi BNM amat jarang mengeluarkan syilling dari logam berharga seperti emas dan Perak untuk tujuan koleksi dan pelaburan melainkan syilling-syilling peringatan dari logam copper-nickel dan juga "Nordic Gold" yang sebenarnya merupakan logam aloy biasa.
Turun Naik nilai 1 "Troy Ounce" Perak di pasaran sejak tahun 1976
Kepuasan memiliki Syilling perak tulin adalah sukar digambarkan bagi peminat numismatik seperti diri saya, dari masa ke semasa hobi ini akan diteruskan jumlah koleksi akan terus ditambah, dan siapa tahu nilai perak akan terus meningkat dari masa ke semasa, dan jika bernasib baik peminat syilling canada Maple leaf akan terus bertambah dan disitulah bermula nilai Syilling perak ini akan terus meningkat jauh melepasi nilai perak, seperti Syilling Maple leaf keluaran tahun 1997 jika berdasarkan harga pasaran 1 Troy Ounce Perak adalah sekitar USD 15-20, namun bagi Syilling tahun 1997 ianya dijual sehingga USD 90 satu pelaburan yang baik untuk seorang yang membelinya pada sekitar harga USD10 pada tahun 1997. Sebagai rujukan berikut merupakan tahun pengeluaran dan Mintage Syilling Perak Canada Maple Leaf:
Jumlah Tempaan (Mintage) One Troy Ounce, Canadian Silver Maple Leaf Bullion.
Tahun (Mintage)
2014 (29,245,000)
2013 (28,222,061)
2012 (18,132,297)
2011 (23,129,966)
2010 (17,799,992)
2009 (9,727,592)
2008 (7,909,161)
2007 (3,526,052)
2006 (2,464,727)
2005 (955,694)
2004 (680,925)
2003 (684,750) 2002 (576,196)
2001 (398,563) (Semi Key Date)
2000 (403,652)
1999 (1,229,442)
1998 (591,359)
1997 (100,970) (Key Date)
1996 (250,445) (Key Date)
1995 (326,244) (Semi Key Date)
1994 (889,946)
1993 (1,133,900)
1992 (343,800) (Semi Key Date)
1991 (644,300)
1990 (1,708,800)
1989 (3,332,200)
1988 (1,062,000)
*Masih Banyak Tahun-tahun tempaan yang belum BCC miliki, harganya pun dan jauh naik, Hmm Sabar jelah.
Penulis: AshRizal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan