Syilling 1 sen Malaysia siri kedua telah dikeluarkan dari tahun 1989 sehingga 2007, namun bermula dari tahun 2008 syilling 1 sen telah ditamatkan penggunaanya, ini kerana keperluanya dalam pasaran tidak lagi signifikan untuk penentuan harga. kita semua sedar Inflasi yang berlaku semakin hari semakin menghakis kuasa beli nilai matawang kita dan pada masa ini 1 sen cuma tinggal kenangan. semua harga barang telah digenapkan kepada 5 sen atau 10 sen yang terhampir, masih terdapat kedai dan pasaraya masih meletakkan harga dalam nilai seperti RM0.99sen dan sebagainya. Amalan penetapan harga sebegini dibenarkan namun apabila transaksi bayaran dibuat harga akan digenapkan mengikut mekanisma seperti berikut:
BCC telah melengkapkan syilling siri kedua dan kami abadikan dalam blog ini sebagai tatapan generasi akan datang andai anak-cucu kita bertanya mudahlah kita beritahu inilah rupa syilling satu sen yang kita pernah ada suatu masa dulu. Dari segi nilai harga, jangan berharap sangat syiling ini masih banyak di dalam simpanan orang ramai malah ada yang menyimpan berkilo-kilo maka ianya tidaklah bernilai tinggi malah susah nak laku pun kalau nak dijual kerana ianya masih mudah dijumpai, cukuplah sekadar untuk koleksi tatapan peribadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan