Jumaat, 4 Disember 2015

Syilling 20 sen Siri Satu (Siri Parlimen)



Malaysia Coin 20 sen 1977 UNC siri 1 atau lebih dikenali siri parlimen, from first series, also known as Parlimen Series coin.
Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 20 sen.
Diameter: 23.5 mm.
Berat: 5.65 gm.
Bahan Logam: Copper -Nickel.
Sisi: Milled Edge.
Mint: Royal Mint, UK., Hamburg Mint, 
Germany & Kilang Wang Shah Alam.

    Syilling Malaysia Siri pertama yang turut dikenali sebagai Syiling Malaysia siri Parlimen dikeluarkan bermula pada 1967 sehingga 1988, terdiri dari 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. untuk mengenali dengan lebih lanjut mengenai syilling siri Parlimen kali ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai syilling berdenominasi 20 sen. Syilling 20 sen mungkin merupakan denominasi yang paling kerap digunakan dalam edaran lebih lebih lagi pada tahun-tahun 1990 an dan sebelumnya. 

    20 sen merupakan syilling yang pantas beredar, berpindah dari tangan ke tangan menjadikan syilling 20 sen amat penting bagi peniaga dan peruncit. Oleh kerana kerapnya penggunaan syilling ini menyebabkan ianya kurang dikembalikan kepada Bank untuk penggantian, peniaga sering memerlukan syilling 20 sen bagi memulangkan baki bayaran pelanggan, sebagai contoh semasa kekurangan wang 50 sen adalah mudah memberikan 2 keping 20 sen dan sekeping 10 sen berbanding memberikan 5 keping syilling 10 sen, manakala jika baki 60 sen adalah mudah memberikan 3 keping syilling 20 sen berbanding menggunakan syilling 10 sen atau 5 sen begitu juga bagi pelanggan yang membuat bayaran menggunakan syilling, oleh itu ini menjadi faktor mengapa syilling 20 sen Parlimen merupakan denominasi yang masih mudah ditemui dalam edaran.


a very special malaysia coin of 20 sen 1988 with die Gouge Error (Extra Dot)
 Syilling 20 sen 1988 dengan die Gouge Error (Extra Dot)

    Akibat daripada keperluan edaran yang tinggi, amat jarang syilling 20 sen dalam edaran berkadaan baik melainkan terdapat kesan penggunaan calar yang sedikit sehinggalah yang parah rupanya. Ini telah menjadikan syilling ini sukar ditemui dalam keadaan EF atau UNC. Bagi kolektor yang telah awal lagi menyimpan baik syilling ini jumlahnya pula agak kecil, sekaligus bagi kolektor baru yang ingin mendapatkan koleksi dengan gred UNC dan BU ianya adalah misi yang agak mencabar melainkan sanggup keluar modal yang besar. Antara tahun-tahun tempaan syilling 20 sen yang perlu diberikan perhatian adalah Keydate seperti 1970, dan semi keydate seperti tahun 1969, 1971, 1978 dan 1979, berikut merupakan senarai lengkap untuk syilling 20 sen Siri 1.

Senarai Pengeluaran Dan Anggaran Nilai Syilling 20 Sen Malaysia Siri 1 (Siri Parlimen)

Tahun
Mintage
VF
(RM)
EF 
(RM)
UNC
(RM)
Nota
1967
49,560,000
FV
2
8
-
1968
40,440,000
FV
2
8
-
1969
15,000,000
2
8
20
Semi Keydate
1970
1,054,000
30
45
60
Keydate
1971
9,958,419
6
15
35
Semi Keydate
1973
116,075,286
FV
FV
6
-
1976
47,396,373
FV
1
8
-
1977
66,139,363
FV
1
8
-
1978
6,847,062
8
15
25
Semi Keydate
1979
17,345,888
2
6
15
Semi Keydate
1980
32,837,339
FV
1
6
-
1981
144,127,993
FV
FV
6
-
1982
97,904,462
FV
1
6
-
1987
26,225,289
FV
2
8
-
1988
67,218,075
FV
1
6
-

Nota
* Tahun tiada pengeluaran 1972, 1974, 1975, 1983, 1984, 1985, dan 1986
 
** Anggaran harga hanyalah sekadar untuk panduan sahaja (Guideline Only) transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk syilling lama :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan