Sabtu, 5 Disember 2015

Syiling 50 sen Siri Satu (Siri Parlimen)



Malaysia Coin 50 sen 1986 with UNC Grade, this is first series of malaysian coin issued from 1967 untill 1988
Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 50 sen.
Diameter: 27.7 mm.
Berat: 9.33 gm.
Bahan Logam: Copper -Nickel.
Sisi: Security Edge (1967-1969),
 tulisan BANK NEGARA MALAYSIA (1973-1988)
Mint: Royal Mint UK & Kilang Wang Shah Alam.



    Syilling Malaysia Siri pertama adalah Syiling Malaysia siri Parlimen yang dikeluarkan bermula pada 1967 sehingga 1988, terdiri dari 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. untuk mengenali dengan lebih lanjut mengenai syilling siri Parlimen kali ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai syilling berdenominasi 50 sen. Syilling 50 sen siri pertama pada mulanya ditempa dengan ciri keselamatan sisi “Security edge” ini kerana pada sekitar tahun 1967 sehingga 1969 nilai 50 sen amat tinggi dan jika mengambil kira “Inflation Adjustment” 50 sen pada tahun 1967 mempunyai nilai yang setara dengan nilai RM 5 pada hari ini (2015). Sudah tentu ini bakal menarik penjenayah untuk memalsukan syilling ini namun ianya menjadi sukar apabila syilling 50 sen direkabentuk dengan sisi sekuriti yang menjadikanya kelihatan seperti berparit, sehingga diberi gelaran 50 sen berparit atau 50 sen terbelah.

 Perbezaan antara Sisi bergerigi (Milled Edge) dan Sisi Securiti (Security Edge)

   Syilling 50 sen yang mempunyai sisi keselamatan ini sering menjadi perkara kontroversi terutamanya bagi kolektor newbie yang memiliki syillling ini dan beranggapan ianya bernilai ribuan ringgit namun ianya adalah salah faham yang telah saya kupaskan dalam artikel “Syilling Malaysia 50 sen Berparit”.Salah faham ini berlaku kerana sebenarnya syilling 50 sen yang diburu para numis adalah syilling 50 sen Milled Edge yang merupakan syilling error tahun 1967-1969 yang tidak mempunya sisi sekuriti.


Die Gouge error On Obverse of Malaysian coin 50 sen 1979, also known as extra dot by local malaysian numismatis
 Extra Dot (Die Gouge Error) Pada syilling 50 sen 1979

    Kemudian bermula dari tahun 1973 rekabentuk sisi sekuriti ini telah ditinggalkan dan digantikan dengan cetakan huruf BANK NEGARA MALAYSIA melingkari sisi syilling 50 sen siri satu. Ciri cetakan sisi ini kekal sehingga syilling terakhir 50 sen siri satu yang ditempa pada 1988 dan syillling 50 sen baru siri kedua terus ditempa dengan ciri sisi yang sama iaitu cetakan huruf BANK NEGARA MALAYSIA. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah terdapat syilling error yang diminati sebagai contoh syilling 50 sen extra dot yang ditemui pada dua tahun tempaan iaitu tempaan tahun 1979 dan tempaan tahun 1988. Error extra dot sebenarnya adalah “Die Gouge Error” namun terkenal dengan jolokan nama extra dot oleh kolektor tempatan.

Die Gouge error On Obverse of Malaysian coin 50 sen 1988, also known as extra dot by local malaysian numismatis
 Extra Dot (Die Gouge Error) Pada syilling 50 sen 1988

    Jika anda ingin mengumpul syilling ini mengikut tahun keluaran syilling ini sebenarnya masih boleh ditemui dalam edaran akan tetapi bagi menemui syilling yang dikategorikan sebagai Keydate dan semi keydate ianya bukanlah perkara mudah. Ini kerana syilling 50 sen siri satu adalah paling sedikit jumlah tempaanya jika dibandingkan dengan denominasi lain seperti 10 sen dan 20 sen, yang mana jumlah tertinggi tempaan syilling 50 sen siri 1 adalah tempaan tahun 1973 iatu sebanyak 50,134,655, namun ini adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan tampaan syilling 10 sen dan 20 sen yang mencecah 100 juta tempaan dalam stu-satu tahun melainkan syilling keydate dan semi keydate syilling tersebut. Sebagai informasi berikut merupakan jumlah tempaan dan anggaran nilai syilling 50 sen siri pertama.


Senarai Pengeluaran Dan Anggaran Nilai Syilling 50 Sen Malaysia Siri 1 (Siri Parlimen)

Tahun
Mintage
VF
(RM)
EF 
(RM)
UNC
(RM)
Nota
1967
15,000,000
3
12
30
Security Edge
1967
?
900
1200
1800
Milled Edge
1968
12,000,000
3
12
30
Security Edge
1968
?
900
1200
1800
Milled Edge
1969
2,000,000
30
50
120
Security Edge
1969
?
2000
6000
10000
Milled Edge
1971
8,403,563
4
8
15
-
1973
50,134,655 
FV
FV
8
-
1977
17,719,888
3
6
12
-
1978
11,033,439
3
6
12
-
1979
5,361,146
6
12
25
-
1979
?
45
80
200
Extra dot
1980
15,911,367
3
6
12
-
1981
22,969,297
2
4
10
-
1982
20,584,998
2
4
10
-
1983
11,560,300
3
6
12
-
1987
10,193,478
4
8
12
-
1988
26,788,183
2
4
8
-
1988
?
30
45
60
Extra Dot

Nota
*Tahun-tahun tiada pengeluaran syilling 50 sen siri 1, 1970, 1972, 1974, 1975 dan 1976

** Anggaran harga hanyalah sekadar untuk panduan sahaja (Guideline Only) transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk syilling lama :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan