Sabtu, 31 Oktober 2015

Syilling Error Malaysia 10 Sen S3 Tahun 22013 (2013)

a malaysian coin with 10 sen denomination with suspected DDR error display a year of 22013 wich actually year of 2013

    Syilling ini sebenarnya telah lama berada dalam milikan BCC namun sehingga kini saya sendiri kurang pasti jenis error yang berlaku terhadap syilling ini, Pada mulanya saya beranggapan ini adalah "Double Die" (DD) error namun apa yang menjadi keraguan bagi BCC adalah DD error biasanya ciri-ciri gandaan akan berlaku pada hampir semua corak pada permukaan syilling seperti pada huruf, tahun dan nombor denominasi syilling. Namun bagi syilling ini semua ciri lain berada dalam keadaan normal melainkan terdapat gandaan nombor 2 pada bahagian tahun syilling ini sahaja. penelitian imej dibawah microscope juga agak menarik:

Zoom in:
a suspected double die error (DDR Error) a coin of Malaysian 10 sen year of 2013.
Image gandaan 2 jelas kelihatan dan kedudukanya sedikit ke atas  
dari Garis Kedudukan tarikh penuh 2013

a suspected double die error (DDR Error) a coin of Malaysian 10 sen year of 2013.
Zoom selanjutnya garis Merah menunjukkan kedudukan Tahun sebenar
manakala garis kuning menunjukkan kedudukan image gandaan 2.


a suspected double die error (DDR Error) a coin of Malaysian 10 sen year of 2013.
Close Up Zoom, Image gandaan juga menunjukkan angka "0" walaupun kurang jelas
yang bertindih dengan no "2" pada angka tahun 2013 


 Obverse syilling ini kelihatan normal tanpa sebarang gandaan Image.
Rarerity saya sendiri tidak pasti dan setakat ini, inilah satu-satunya 10 sen S3 2013 milik saya yang mempunyai error sebegini mungkin ada diluar sana dalam milikan collector yang lain, tentang harga? hanya jauhari mengenal manikam maksudnya nilainya terpulang pada penilainya bagi saya syilling ini "tidak dijual"  simpan tetap simpan...

Penulis: AshRizal

Jumaat, 30 Oktober 2015

Syilling 20 sen 1988 Extra Dot

a Malaysian 20 sen Die gouge error and struck through grease, 2 in 1 error coin
Syilling 20 Sen Siri pertama Parlimen yang mempunyai 2 error dalam 1
iaitu "die chip error", dan "Worn Die"

    Die Chip error adalah error yang berlaku disebabkan kerosakan pada permukaan die dimana kemungkinan kerosakan berlaku semasa proses polishing permukaan atau kerosakan yang berlaku akibat dari proses hentaman semasa proses penempaan syilling. manakala "Worn Die" adalah error yang berlaku apabila permukaan die semakin lusuh akibat dari kesan penggunaan mengakibatkan permukaan syilling yang ditempa menjadi tidak rata dan kasar. Saya agak bertuah kerana menemui sekeping syilling 20 sen 1988 siri satu Parlimen yang mempunyai kedua-dua error ini 
20 sen 1988 worn die and die chip error

Penelitian Dibawah Microscope mendedahkan tekstur permukaan syilling yang tidak rata
namun amat menarik dan unik coraknya.


Kesan "Worn Die" bukan hanya ada di permukaan Obverse tetapi juga pada bahagian Reverse syilling.

20 sen 1988 extra dot and struck trough grease error.
 Perbandingan antara permukaan syilling normal dengan syilling 20 sen
1988 extra dot + Worn die.


Malaysia 20 sen coin 1988 with die gouge error and struck through grease error.
Zoom pada tarikh syilling, coraknya juga menunjukkan sedikit tekstur yang kasar

Syilling Malaysia 20 sen extra dot, ataupun juga dikenali sebagai die gouge error, serta struck through grease error
terdapat 2 extra dot pada syilling ini yang terletak di celah-celah bucu bintang

Syilling extra dot 50 sen 1988 dan 1979 terkenal dan banyak diperkatakan walaupun agak banyak berada dipasaran, namun bagi syilling 20 sen 1988 extra dot agak jarang saya dengar namun tuah menyebelahi saya bila syilling yang kurang famous tetapi rare ini telah dapat di tangan saya mungkin satu hari syilling ini juga akan sefamous yang lain, menyertai bintang-bintang kategori extra dot syilling Malaysia, walau apapun simpan tetap simpan..........

Penulis: AshRizal

Khamis, 29 Oktober 2015

Malaysia Coin 50 sen s3 Die Chip Error

Malaysia Coin Error 50 sen 2013 and 50 sen 2014, die gouge

    Syilling 50 sen Malaysia Siri ke 3, dua Syilling yang ditempa pada tahun berbeza iaitu 2013 dan 2014, walaupun ditempa pada tahun yang berbeza error yang berlaku adalah hampir sama. Saya telah berusaha mencari error serupa dari tahun 2012 dan 2015 namun hanya tahun 2013 dan 2014 yang pada masa ini sampai ke tangan. dari segi Rarerity error ini agak mudah diperolehi bagi syilling 50 sen 2014 (ada beberapa keping dalam simpanan saya) namun bagi 2013 agak sukar ditemui.

Malaysia Coin 50 sen s3 die gouge error "Extra Dot" 2013 and 2014
Close Up Zoom (under Microscope 50x) 

   Dalam bahasa numist error jenis ini digelar sebagai Die Chip error namun ramai pengumpul coin suka menggelar error seperti ini sebagai extra dot, error ini boleh berlaku apabila terdapat kecacatan pada die yang digunakan dan meninggalkan lebihan logam apabila die menghentam Planchet coin, dalam kes ini lebihan logam berada pada lengkung nombor 5 syilling tahun 2013 dan 2014. Error ini juga berlaku pada syilling siri pertama dan ke 2, contohnya syilling 50 sen Parlimen Extra dot 1988, dan juga syilling 20 sen Bunga Raya Extra dot 1993. Jika dijual syilling 50 sen S3 error sebegini tidaklah terlalu bernilai tinggi, sekadar dalam lingkungan RM 3 - RM 5 sahaja, tapi siapa tahu 2-3 tahun lagi kan, apa-apa pun simpan.........


Penulis: AshRizal

Rabu, 28 Oktober 2015

Digital Microscope My New Numismatic Toy

Digital Microscope

    Digital microscope gadget terbaru saya untuk mengenali suatu syilling, dimana saya boleh melihat ciri-ciri suatu syilling terutamanya syilling "error" sehingga ke tahap "Milimeter". Mempunyai kuasa pembesaran sehingga 500x digital microscope tidak mempunyai masaalah untuk melihat ciri-ciri yang terselindung dari pandangan mata kasar kita. Sebagai contohnya gambar-gambar di Bawah:

Ciri Keselamatan Syiling Malaysia Siri ke 3
 
Malaysian coin 20 sen version 3 Security feature
Ciri-Ciri Keselamatan Syilling 20 Sen Malaysia Siri ke 3 


Malaysia Coin 50 sen Security feature
Ciri-Ciri Keselamatan Syilling 50 Sen Malaysia Siri ke 3

Coin Error, di Bawah Microscope

Malaysia Coin Error 10 sen 2008, minor DDO
Coin Error, 10 sen 2008 Minor DDO

Malaysia Coin Error 50 sen 2014, die gouge
Coin Error, 50 sen 2014 Die Gouge (bahasa Pasarnya Extra Dot)


    Dengan adanya Digital Microscope ini, pastinya lebih banyak cerita dan foto-foto menarik dapat saya kongsikan bersama anda dan para peminat numismatik Malaysia selepas ini. Nantikan post post selanjutnya.

Penulis: AshRizal

Keistimewaan Syilling 10 sen 1971


A Malaysian Coin of 10 sen 1971, from Parlimen Series minted at Kilang Wang Shah Alam Malaysia and the mintage only 32,236 piece
Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 10 sen. (1971)
Jumlah Tempaan: 32,236
Diameter: 19.4 mm.
Berat: 2.82 gm.
Komposisi: Copper-Nickel
Sisi: Milled Edge.
Mint: Kilang Wang Shah Alam.


    Syilling Malaysia 10 sen keluaran tahun 1971 adalah dari syilling Malaysia siri pertama yang kita gelarkan sebagai syilling siri Parlimen. Syilling ini menjadi buruan para numist dan kolektor syilling Malaysia kerana ianya adalah syilling paling sukar dijumpai dalam edaran melainkan berada ditangan-tangan numist dan kolektor. Jika anda baru berkecimpung dalam hobi ini adalah penting anda mengetahui latar belakang syilling key date yang paling hot dalam dunia numismatik Malaysia. Harga Syilling 10 sen 1971 jika diperolehi sekitar tahun 2000 ke 2011 penjual biasanya meletakkan harga antara RM200 ke RM300 sahaja, namun jika anda membuat keputusan untuk memilikinya pada tahun ini 2015 harganya telah bergerak sehingga RM600 dan boleh mencecah harga RM1000 bergantung pada kondisi dan grade nya.

    Jadi apa keistimewaan syilling ini sehingga ianya menjadi Buruan? Ianya adalah syilling keydate yang “rare” dimana Bank Negara Malaysia menempa syilling ini dengan bilangan yang terlalu sedikit sehingga menjadi misteri kepada para numist. Syilling 10 Sen 1971 mengikut perangkaan rasmi Bank Negara hanya ditempa sebanyak 32,236 keping, sebagai perbandingan 10 sen 1968 telah ditempa sebanyak 128,292,000 keping (tiada tempaan syilling 10 sen pada 1969 dan 1970). Oleh itu adalah menjadi tanda tanya apa rasionalnya tempaan syilling 10 sen 1971 dibuat hanya sebanyak 32,236 keping? Pelbagai teori dibuat, seperti pengeluaran terhenti kerana Banjir di Kilang wang Royal Mint Shah Alam, dan ada juga teori menyatakan syilling ini ditempa sebagai syilling cenderahati “limited edition” sempena pembukaan Kilang wang Royal Mint Shah Alam, Namun Bank Negara tidak pernah memberi kenyataan rasmi mengenainya dan akhirnya Syilling 10 sen 1971 ini dilepaskan ke dalam edaran tanpa dijual sebagai syilling cendera hati.

Malaysia coin 10 sen 1971 V1, V2 and V3
Perbezaan antara Variety 1, Variety 2, dan Variety 3, Syilling 10 sen 1971
Syilling V1 Biasanya berkeadaan lusuh kesan dari edaran dan penggunaan
Manakala V2, berkeadaan baik, dan mempunyai dot kecil di hadapan huruf L, Dalam
Perkataan "Malaysia" , Dan V3 pula boleh dikenali dari kesan lekuk dalam bulatan dalam nombor "0"

   Walau apapun cerita disebalik syilling ini disebabkan oleh kerana faktor Rarity Syilling 10 sen 1971 ianya menjadi item buruan para numist tempatan mahupun para numist dari seberang, harganya pula telah meningkat jauh dari nilai muka syilling ini, para kolektor sanggup membayar harga yang tinggi untuk memperoleh syilling ini dan melengkapkan variety koleksi mereka kerana minat dan ada juga yang menyimpan dengan harapan harganya akan terus meningkat, sehingga hari ini Syilling 10 sen 1971 akan terus menjadi buruan para kolektor dan para numist tempatan dan para numist asia khususnya warga singapura.

Penulis: AshRizal

Selasa, 27 Oktober 2015

Pelaburan Syilling Emas dan Perak (Bhg 2)

Historical Silver Price chart  per 1 troy ounce since 1976 until Oktober 2015
Statistik Harga 1 Troy Ounce Perak dari 1976 hingga 2015


    Telah banyak perkara yang saya ulas dalam post Bahagian 1, dan saya syorkan anda membaca artikel Bahagian 1 jika belum lagi membacanya untuk memahami pendapat saya mengenai topik ini. Saya menulis artikel ini untuk menerangkan sebab-sebab saya memilih untuk melabur/menyimpan dalam bentuk logam berharga seperti emas dan perak. Dimana saya tidak sekali-kali menyatakan bahawa pelaburan emas dan perak adalah yang terbaik apalagi mengatakan ianya bebas risiko. Saya Cuma memilih pelaburan emas dan perak sebagai sesuatu yang sesuai dengan diri saya dan minat saya secara peribadi. Minat saya terhadap syilling emas dan perak mungkin telah lama tertanam dalam diri saya yang mungkin telah berasal dari imaginasi semasa kanak-kanak lagi. Mungkin anda juga pernah melalui zaman kanak-kanak dan berangan-angan menjumpai Harta Karun yang berisi dengan wang emas dan perak dan memang sejak dari zaman kanak-kanak saya sering menjumpai syilling lama seperti syilling Petak yang merupakan Syilling “1 sen Malaya And British Borneo” dan pelbagai syilling lagi dimana semakin saya menginjak usia dewasa banyak koleksi zaman kanak-kanak ini telah hilang dari simpanan.

a picture of 1 oz Canada Maple leaf Gold Bullion
Canada Maple Leaf silver and Gold 1 Troy Ounce Bullion 
(Buat masa ni saya kumpul silver je)

    Kini saya mula mendalami pengetahuan Numismatik mula mengumpul semula syilling-syilling yang rare dan unik dimana akan saya tulis dan kongsikan secara berperingkat di Blog ini apa jua pengetahuan berkaitan dunia Numismatik serta pelaburan emas dan perak. Baiklah berbalik pada pelaburan emas dan perak, saya telah memilih pelaburan dalam bentuk Syilling (Coin, Round, Bullion) Emas dan Perak kerana dipengaruhi faktor Minat, dan faktor kedua ialah ianya mampu millik, kerana coin dibuat dalam pebagai variety saiz dan kita boleh memilih berdasarkan kemampuan budget kita. Pada masa ini saya lebih menumpukan kepada syilling-syilling perak atas faktor harga Perak yang masih sangat rendah sedangkan permintaan sangat tinggi dan perbekalan pula adalah terhad. Walaupun saya memilih pelaburan logam berharga berbentuk syilling namun ini bukanlah bermaksud pelaburan emas dalam bentuk yang lain seperti bentuk Bar atau berbentuk barang kemas tidak baik, ianya hanyalah pilihan masing-masing, setiap satu pilihan tetap ada kelebihan mahupun kekurangan yang tersendiri .

a picture of Gold Bar made and sold by Public Gold 100 Gram
Gold Bar Public Gold 100 Gram (bilalah nak dapat satu :-)

    Jika melihat dari Segi Harga banyak logam berharga berbentuk Bar dibuat dalam pelbagai variety namun kebanyakannya dalam jumlah berat yang agak mahal untuk dimiliki. Ini kerana Logam berbentuk Bar atau yang juga kita kenali sebagai “Jongkong” biasanya dalam berat yang bermula dari 100 gram, sehingga 1 killo dan lebih, maka sudah tentu harganya juga “mampu lihat” sahaja terutamanya bagi golongan pertengahan macam saya. Namun pada masa sekarang banyak pengeluar dan syarikat yang mempromosikan pelaburan emas dan perak ini mula mengeluarkan Bar yang lebih kecil malah sehingga 1 gram sahaja, namun dari segi harga saya melihat premium yang tinggi telah ditambah dalam harga bar-bar yang bersaiz kecil menjadikan ianya kurang sesuai sebagai medium pelaburan, Namun ianya tetap suatu pilihan mengikut kemampuan masing-masing.

Gold Bar, Public Gold 1 Gram

    Manakala bagi bentuk barang kemas ianya mengandungi tambahan premium harga seperti kos upah yang tinggi menjadikan pelaburan logam berharga dalam bentuk barang kemas adalah paling mahal jika dinisbahkan kepada berat logam tersebut tidak kira Emas mahupun perak. Walau yang demikian jika pembelian dibuat kerana faktor praktikaliti iaitu ingin digunakan sebagai perhiasan tiada salahnya membeli, mengunakan dan melabur dalam masa yang sama, kerana ianya adalah pilihan masing-masing mengikut kemampuan masing-masing, dan akhirnya emas dan perak tetap logam berharga, dan nilainya Insya-Allah akan kekal sehingga akhir zaman, sedangkan Inflasi tetap akan berlaku dan tiada satu pun Negara dalam Dunia ini yang boleh lari dari permasalahan Inflasi termasuklah Negara kita Malaysia.

    Jika bentuk syilling pula, iaitu bentuk pelaburan yang saya pilih, dari segi harga ianya tidak banyak berbeza dengan bentuk bar, namun dari segi pasaran syilling (coin) ini bukan sahaja dikehendaki oleh pelabur emas dan perak tetapi juga mendapat permintaan tinggi dari kalangan kolektor peminat numismatik oleh itu bagi saya ianya adalah bonus selain dari keuntungan dari turun naik harga emas dan perak, nilai numismatik seperti design dan rarity syilling ini juga turut diambil kira dan boleh menyumbang pada peningkatan nilainya di masa hadapan. Dengan syarat Syilling-syilling ini mestilah disimpan dan dijaga rapi agar mengekalkan gradenya sebaik-baiknya dalam “Briliant Uncirculated” (BU condition) maka letaklah dalam kapsul-kapsul plastik khas agar kilauanya kekal dan tidak perlu di polish yang sudah pasti boleh menjejaskan nilainya. Namun demikian sekiranya faktor numismatik tidak menyebelahi anda dan syilling berkenaan dicetak dengan banyak, jangan risau kerana ianya tetap emas dan perak, hasil lombong-lombong emas dan perak pada hari ini semakin kurang sedangkan wang dicetak semakin banyak, hatta Negara US sendiri berbelanja secara deficit dan menanggung hutang bertrillion dollar maka saya yakin 10 hingga 50 tahun akan datang Emas dan Perak akan meningkat nilainya.


Hala tuju Nilai Emas dan Perak

Kenyataan Zhang Jianhua, Director, Hangzhou Central Sub-branch, People’s Bank of China
    
    Walaupun berdasarkan trend semasa harga emas pada masa ini menurun dari kemuncak harganya pada penghujung 2010 dimana kita melihat nilai emas per ounce mencecah sehingga USD 1,600 dan kini walaupun berlaku penurunan harganya tetap berada diatas paras USD 1,100 per ounce, namun kajatuhan harga ini sebenarnya adalah manipulasi pasaran terutamanya oleh gergasi perbankan di negara Amerika Syarikat (Gold And Silver Price Manipulation) Mengapa saya yakin Nilai USD akan jatuh dan nilai emas akan terus kukuh, ini adalah jika kita melihat Kuasa-kuasa besar ekonomi dunia seperti China dan India (India and China Buying Gold ) mereka telah cuba mengelak dari terus bergantung pada penggunaan Dollar dan berlumba-lumba meningkatkan rizab emas Negara masing-masing serta menggalakkan rakyat mereka terus membeli dan menyimpan emas.

    Bank-Bank gergasi dunia sanggup mengeluarkan modal yang banyak semata-mata untuk memanipulasikan dan menjatuhkan harga emas dan perak, kerana sekiranya nilai matawang seperti USD terus Jatuh maka keyakinan orang ramai dan masyarakat dunia terhadap matawang Dollar akan terhakis, dan ramai orang akan berebut-rebut mengumpul emas dan mula melambakan matawang terutamanya US dollar ke dalam pasaran dan boleh mengakibatkan inflasi semakin tidak terkawal. Manakala keuntunggan Bank akan terjejas kerana Bank amat bergantung pada keuntungan dari Riba-riba kadar faedah yang dikenakan keatas matawang yang dipinjamkan kepada individu, organisasi mahupun Negara.


Penurunan Harga Emas dan Perak Adalah Peluang

USD Price Statistic Chart of Gold Price per 1 troy ounce
Carta harga Emas dari 2011 sehingga Oktober 2015

    Dengan kejatuhan harga logam berharga yang diakibatkan oleh manipulasi pasaran, China dan India langsung tidak mempedulikan keadaan pasaran dan terus menambah rizab emas masing-masing malah import emas dalam pelbagai bentuk terus meningkat ke India dan China untuk pasaran biasa seperti emas-emas pelaburan atau perhiasan. Bank-Bank gergasi di barat sedar keadaan ini dan mereka tahu bahawa manipulasi yang mereka rancang tidak akan bertahan selama-lamanya. Maka kejatuhan harga logam berharga ini seharusnya dilihat sebagai peluang “Opportunity” yang terbuka untuk mendapatkan logam berharga ini pada harga yang berpatutan, kerana sama ada cepat atau lambat apabila manipulasi pasaran ini berakhir siapa tahu kemana halatuju harga emas, dan kemana halatuju nilai matawang.

Pilihan yang ada adalah sama ada kita ingin menyimpan fizikal emas atau kita ingin menyimpan kertas yang pada bila-bila masa boleh hilang nilai jika krisis ekonomi melanda lagi, atau Krisis matawang melanda lagi, malah risiko hiper inflasi juga tidak mustahil berlaku. Sedangkan emas dan perak telah sempurna sifat sebagai logam berharga Anugerah Dari Allah S.W.T untuk kegunaan kita. Semua Pilihan ada ditangan kita sendiri baik buruk pilihan kita, apapun kaedah menyimpan yang kita pilih, apapun pelaburan yang kita buat risiko tetap ada, terpulanglah kepada kebijaksanaan masing-masing untuk menilai dan membuat keputusan yang kita rasa terbaik untuk diri kita sendiri mahupun kebaikan untuk ahli keluarga kita di kemudian hari.

Sekian.





Ahad, 25 Oktober 2015

Pelaburan Syilling Emas dan Perak (Bhg 1)

Gold coin of 5 dinar, 10 dinar, and a gold bar, from Public Gold Malaysia, a suplier of Gold bar and Gold Bullion in Malaysia
Gold Bullion (Syilling Emas Dinar) dan Gold Bar Keluaran Syarikat Public Gold

     Pelaburan logam berharga pada hari ini telah menjadi satu trend baru yang menjadi ikutan ramai, ini kerana ramai orang telah sedar akan kesan-kesan inflasi yang pada beberapa tahun kebelakangan ini amat dirasai ramai orang. Wang kertas seperti yang kita tahu tidak mempunyai “Intrinsic Value” atau harga pada bahan buatannya iaitu kertas. Malah nilainya juga bukanlah terletak pada nombor-nombor yang tertulis diatas kertas tersebut, sekalipun duit kertas tersebut dijamin sah laku oleh kerajaan mengikut nilai nombor yang tercatat di atasnya. Sebagai contoh Inflasi teruk yang melanda Indonesia sekitar tahun 1966 telah memadamkan nilai kuasa beli wang rupiah dan sekali lagi Inflasi teruk melanda Indonesia semasa krisis matawang Asian 1998. Manakala pada masa ini adakah anda pernah melihat matawang Zimbabwe? Inflasi teruk melanda apabila wang dicetak secara melampau semata-mata untuk menampung perbelanjaan defisit kerajaan yang penuh dengan ketirisan disana-sini, akibatnya matawang Zimbabwe mengalami inflasi sehingga ke tahap melampau dan wang terpaksa dicetak dengan angka sehingga Zim Dollar 100,000,000,000,000 iaitu 100 Trillion Zimbabwe Dollar sekarang adakah anda tahu apa yang boleh dibeli dengan wang 100 Trillion dollar di Zimbabwe? Cuma 3 biji telur ayam.


hiperinflation of Zimbabwe has make zimbawe dollar is the higest denomination currency in the world
Matawang Zimbabwe dengan denominasi 100 Trillion Dollar

    Sekarang kita melihat dari sudut Matawang US pula, US Dollar (USD) adalah wang perdagangan antarabangsa, ianya digunakan terutamanya untuk import dan export minyak mentah Dunia, malah USD digunakan hampir untuk semua urusan import dan eksport barangan komoditi mahupun hasil perkilangan dan industri, betapa hebatnya matawang US namun adakah USD barjaya bertahan dari kesan Inflasi? Tidak sama sekali malahan jika dibandingkan dengan Emas dan Perak USD telah jauh susut nilai ekorang dari Inflasi. Suatu masa dahulu matawang US diterima pakai kerana ianya ditambat dengan Emas iaitu USD35 dollar adalah ditambat dengan 1 ounce Emas (31 Gram Emas), kerana yakin dengan nilai USD yang kukuh ditambat dengan emas kebanyakan negara mula berdagang dengan matawang ini dan beranggapan bahawa mereka boleh menukar dengan 1 ounce emas untuk setiap 35 dollar. Pada permulaanya negara US menunaikan janji mereka dimana negara-negara asing boleh menuntut emas tersebut namun hakikatnya mereka mencetak terlalu banyak wang kertas berbanding emas yang ada dalam rizab mereka. Akhirnya US telah menamatkan tambatan ini dan wang kertas ini tidak lagidisandarkan dengan emas serta tiada lagi negara yang boleh menuntut emas dari perbendaharaan US, oleh itu matawang US dollar telah menjadi matawang Fiat sepenuhnya bermula pada 15 August 1971.


the chart of 30 years of 1 oz gold price in USD from 1974 to 2015
Statistik harga 1 Ounce Emas berbanding US Dollar dari tahun 1974 sehingga 2015

    Oleh itu jika dilihat dari sudut inflasi pada awalnya matawang USD yang ditambat pada Emas dengan kadar USD35 bersamaan “1 ounce” emas, pada hari ini “1 ounce” emas telah bernilai USD1,200 per ounce. Satu nilai yang sangat jauh berbeza, kesan dari inflasi yang cuma bermula beberapa dekad yang lalu, jadi dapatkan kita meneka kemana halatuju nilai USD dalam 10-50 tahun akan datang? Dan bagaimana pula nasib matawang kita sendiri Ringgit Malaysia? Adakah anda seorang pakar dalam pelaburan saham yang mampu menjangka pergerakan turn naik suatu saham dan mendapat keuntungan bersih jutaan ringgit setahun dan tidak perlu risau dengan kesan inflasi? Dan jika anda bukan pakar pelaburan saham apakah dengan menyimpan wang di bank dan mendapat faedah atau dividen 3-5% dapat menghindarkan anda dari kesan inflasi yang secara purata bergerak pada kadar yang hampir sama? Dan jika tidak adalah jawapan anda pada semua persoalan ini, maka apa pilihan yang ada? Oleh itu pilihan paling mudah adalah pelaburan logam berharga seperti Emas dan Perak, oleh itu jika saya ingin membuat simpanan emas dan perak apakah pilihan terbaik?

 
Apa Pilihan Saya
coin of Canada Maple leaf Silver 5 dollar
Syilling 5 dollar Canada Maple Leaf
Dibuat dari Silver berketulinan 99.99% 

   Emas dan Perak pada dasarnya tetap berharga walau apa pun bentuknya, namun bagi saya saya memilih emas dan perak yang berbentuk Bullion, Round, atau juga dikenali Syilling Emas dan Perak kerana bagi saya selain dari mempunyai “intrinsic value” syilling emas dan perak ini mempunyai nilai dari segi “numismatic value”. Terdapat pelbagai pilihan diluar sana pelbagai syarikat yang menawarkan pelbagai pakej pelbagai cara pelaburan malah ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan pelaburan ini sebagai skim cepat kaya dengan memanipulasi mereka yang tidak bersedia, kurang pengetahuan dan mudah dipengaruhi sehingga sanggup menyerahkan wang ribuan ringgit dengan mengharapkan pulangan segera yang banyaknya tidak masuk akal. Hakikatnya Semua bentuk pelaburan mempunyai risiko kerugian sama-ada saham, Unit Amanah, Hartanah hatta pelaburan logam berharga seperti emas dan perak juga mempunyai risiko dari segi ketidak tentuan harga pasaran.

10 Dirham of Kelantan
Syilling Perak 10 Dirham Kelantan


10 Dirham Public gold
Syilling Perak 10 Dirham Keluaran Public Gold

   Telah banyak artikel lain di dalam page blogger-blogger lain yang telah memperincikan mengenai kaedah pelaburan sebenar dan amat baik dibaca sebagai pengetahuan tambahan sebelum menceburkan diri dalam pelaburan logam emas dan perak. Sebagai contoh penulisan saudara “Muhamad Zulkifli” yang memilih Public Gold sebagai syarikat kerpercayaan untuk urusan pelaburan emas fizikal. Bagi saya pula saya lebih melihat pelaburan ini sebagai satu cara menyimpan yang baik disamping memenuhi minat saya pada koleksi yang bercirikan coin dan syilling sebagai koleksi numismatik. Sebagai contoh saya telah menyimpan syilling-syilling Dirham Perak keluaran “Kelantan Gold Trade” saya juga mengumpul Dirham Perak keluaran Syarikat “Public Gold” malah saya turut mengumpulkan Syilling perak “Canada Maple Leaf” yang terkenal sebagai pelaburan Bullion Perak terlaris didunia, yang mana Selain merupakan logam berharga ianya juga memiliki nilai numismatik tersendiri seperti Syilling Perak Canada Maple leaf ada peminatnya yang tersendiri dan sanggup membayar harga yang lebih tinggi dari nilai Perak untuk mengumpul koleksi ini dari tahun ke tahun, Kenaikan nilai perak merupakan satu keuntungan dalam usaha melabur logam berharga manakala kenaikan harga atas sebab Rarity suatu produk pula merupakan bonus bagi orang-orang yang menyimpan bullion berharga ini.


(Bersambung Bahagian 2)

Rabu, 21 Oktober 2015

Syilling British North Borneo ½ Cent (Half Cent)


British Nroth Borneo Company 1/2 cent or half cent coin year of 1891
Spesifikasi Teknikal 
Nilai Muka: 1/2 cent 
Dikeluarkan Oleh: British North Borneo Company 
Mint: Heaton & Sons, Birmingham, England. 
Tahun Pengeluaran : 1885H, 1886H, 1887H, 1891H, 1907H
Mint: Heaton & Sons, Birmingham, England.
Bahan Logam: Gangsa ( Bronze )
Diameter : 28.5 mm 
Berat: 4.629 gram  
Sisi Syiling: Plain ( Tanpa Gerigi )

    Syilling berdenominasi 1/2 cent merupakan syilling kedua diperkenalkan di Borneo Utara selepas syilling 1 cent Bronze dikeluarkan. syilling 1/2 cent dikeluarkan secara rasmi bermula pada 1885, iaitu dua tahun selepas pengenalan syilling 1 cent Bronze.  Syilling Half Cent (Bronze) British North Borneo adalah syilling yang dikategorikan rare (RRR) dan dikeluarkan sebanyak 5 kali sahaja iaitu pada 1885, 1886, 1887, 1891, dan 1907. Syilling ini mendapat perhatian dan permintaan tinggi dari kolektor luar Malaysia, jumlah mintage yang rendah juga menjadi faktor syilling ini mendapat tawaran harga yang Baik. Berikut Merupakan jumlah tempaan mengikut tahun, dan anggaran harga bagi syilling ini:

Mintage, dan Anggaran Nilai Syilling British North Borneo 1/2 Cent Bronze
(Tahun: Mintage: Anggaran Harga Mengikut Grade)
1884H: (Trial Strike/Specimen) EF USD 900, UNC USD 1200, BU USD 2000, Proof -NIL-
1885H: 1,000,000: EF USD 135, UNC USD 320,  BU USD 650, Proof USD 1200
1886H: 1,000,000: EF USD 135, UNC USD 320, BU USD 650, Proof USD 1200
1887H: 5,000,000: EF USD 90, UNC USD 280, BU USD 600,  Proof -NIL-
1891H: 2,000,000: EF USD 100, UNC USD 300, BU USD 550, Proof USD 900
1907H: 1,000,000: EF USD 285, UNC USD 600, BU USD 1300, Proof USD 1400

** Harga hanyalah sekadar untuk panduan sahaja (Guideline Only) transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk syilling lama, :-)

Anda Juga boleh membaca lanjut mengenai Syilling British North Borneo "Cupronickel" (1 cent), (2 1/2), dan (5 cents), anda juga boleh melawat "Sejarah Borneo Utara (Sabah) Dari Sudut Numismatik" untuk mengetahui serba sedikit mengenai sejarahnya.

PST: Nak tahu Penilaian harga dalam RM? Gunakan je Currency Converter Gadjet (Not Available in Mobile Mode) yang dah letak kat sebelah post ni >>>>>

Selasa, 20 Oktober 2015

Senarai Tahun Pengeluaran British Trade Dollar.



British Trade Dollar Silver coin, one dollar, 1 Dollar, satu dollar British, Syilling Perak.

Spesifikasi Teknikal
Denominasi: 1 dollar
Pengeluar: Straits Settlements
Diameter: 39 mm
Berat: 26.95 grams
Bahan Logam: .900 Silver
Sisi Syilling: Milled Edge.


    Post ini adalah khas untuk menyenaraikan tahun tempaan, jumlah mintage dan anggaran harga pasaran British Trade Dollar, untuk mengetahui latar belakang dan sedikit sejarah mengenainya anda boleh membaca " Sejarah British Trade Dollar" Syilling ini ditempa atas permintaan British Straits Settlement, dimana syilling ini ditempa dari 3 tempat berbeza yang boleh dikenalpasti melalui mint mark pada syilling.

Bombay Mint: Mint Mark (B)
Calcuta Mint: Mint Mark (C)
Royal Mint London, (Tiada Mint Mark)

Berikut merupakan senarai Mintage, dan Anggaran Nilai Syilling British Trade Dollar 1 Dollar.
[Tahun (Mint Mark): Mintage: Anggaran Harga Mengikut Grade]

1895: -Tidak Diketahui- : VF USD 170, EF USD 280, UNC USD 470, Proof USD 6000
1895(B): 3,316,036: VF USD 200, EF USD 450, UNC USD 900, Proof USD 6000
1896(B):6,135,617: VF USD 140, EF USD 250, UNC USD 900, Proof USD 6000
1897: -Tidak Diketahui-: VF USD 25, EF USD 50, UNC USD 160, Proof USD -NIL-
1897(B): 21,286,427: VF USD 25, EF USD 50, UNC USD 160, Proof USD 6000
1897(Overstamp 0n 1896B: -Tiada Rekod-: VF USD 140, EF USD 200, UNC USD 560,
1898: -Tidak Diketahui-: VF USD 25, EF USD 50, UNC USD 160, Proof USD -NIL-
1898(B): 21,545,564 : VF USD 25, EF USD 50, UNC USD 160, Proof USD 20,000
1899(B): 30,743,159 : VF USD 25, EF USD 50, UNC USD 160, Proof USD 6000
1900: 363,372 : VF USD 1200, EF USD 1900, UNC USD 4000, Proof USD -NIL-
1900(B): 9,106,619: VF USD 25, EF USD 50, UNC USD 160, Proof USD 6000
1900(C): 1,513,685: VF USD 900, EF USD 1400, UNC USD 2800, Proof USD -NIL-
1900(Overstamp on 1890B): VF USD 500, EF USD 1500, UNC USD 3000, Proof USD -NIL-
1901(B): 25,684,971: VF USD 25, EF USD 50, UNC USD 160, Proof USD 6000
1901(C): 1,513,685: VF USD 50, EF USD 150, UNC USD 350, Proof USD -NIL-
1902(B): 30,404,499: VF USD 25, EF USD 50, UNC USD 160, Proof USD 6000
1902(C): 1,266,618: VF USD 50, EF USD 150, UNC USD 350, Proof USD -NIL-
1903(B): 3,955,647: VF USD 40, EF USD 110, UNC USD 280, Proof USD -NIL-
1903(Overstamp on 1902B): VF USD 150, EF USD 350, UNC USD 900, Proof USD -NIL-
1904(B): 648,847: VF USD 140, EF USD 300, UNC USD 1100, Proof USD 6000
1904(Overstamp on 1898B): VF USD 300, EF USD 600, UNC USD 1100, Proof USD -NIL-
1904(Overstamp on 1900B):VF USD 300, EF USD 600, UNC USD 1100, Proof USD -NIL-
1904(Overstamp on 1903B): VF USD 300, EF USD 600, UNC USD 1100, Proof USD -NIL-
1907(B): 1,945,726: VF USD 40, EF USD 110, UNC USD 250, Proof USD -NIL-
1908(B): 6,870,741: VF USD 40, EF USD 110, UNC USD 250, Proof USD -NIL-
1908(Overstamp on 1903B): VF USD 100, EF USD 200, UNC USD 400, Proof USD -NIL-
1908(Overstamp on 1907B): VF USD 100, EF USD 200, UNC USD 400, Proof USD -NIL-
1909B: 5,954,218: VF USD 25, EF USD 50, UNC USD 160, Proof USD -NIL-
1909(Overstamp on 1908B): VF USD 100, EF USD 200, UNC USD 400, Proof USD -NIL-
1910(B): 5,552,910: VF USD 25, EF USD 50, UNC USD 160, Proof USD -NIL-
1910(Overstamp on 1900B): VF USD 40, EF USD 110, UNC USD 250, Proof USD -NIL-
1911(B): 37,470,509: VF USD 35, EF USD 110, UNC USD 250, Proof USD -NIL-
1912(B): 5,672,075: VF USD 35, EF USD 110, UNC USD 250, Proof USD -NIL-
1913(B): 1,566,693: VF USD 110, EF USD 280, UNC USD 1000, Proof USD -NIL-
1921(B): 50,211: (Hanya 5 Keping Masih Wujud) VF -NIL-, EF USD 12,000, UNC USD 31,000, Proof -NIL-
1925: 6,869,853: VF USD 35, EF USD 110, UNC USD 250, Proof USD -NIL-
1929(B): 5,100,036: VF USD 35, EF USD 110, UNC USD 250, Proof USD 6000.
1930: 6,664,865: VF USD 35, EF USD 110, UNC USD 250, Proof USD -NIL-
1930(B): 10,401,032: VF USD 35, EF USD 110, UNC USD 250, Proof USD 6000
1934(B): 17,335,205: VF USD 150, EF USD 200, UNC USD 500, Proof USD 6000
1935(B): 6,811,995: (Hanya 25 Keping Masih Wujud) VF USD 3500, EF USD 9000, UNC USD 25000, Proof 50000

** Harga hanyalah sekadar untuk panduan sahaja (Guideline Only) transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk syilling lama, LOL.

PST: Nak tahu Penilaian harga dalam RM? Gunakan je Currency Converter Gadjet (Not Available in Mobile Mode) yang dah letak kat sebelah post ni >>>>>

Isnin, 19 Oktober 2015

Syilling British North Borneo Coin of 1 cent (Bronze)


a pictur of British North Borneo 1889 1 cent Bronze Coin

Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka: 1 cent
Dikeluarkan Oleh: British North Borneo Company
Tahun Pengeluaran: 1882H, 1884H, 1885H, 1886H, 1887H, 
1888H, 1889H, 1890H, 1891H, 1894H, 1896H, 1907H
Mint: Heaton & Sons, Birmingham, England.
Bahan Logam: Bronze
Diameter: 29 mm
Berat: 9.303 g (Weight)
Sisi Syiling: Plain (Tanpa Gerigi)

    Corak rekaan Syilling 1 cent Bronze adalah sedikit berbeza dari corak Rekaan set Syilling British North Borneo Cupronickel dimana bahagian Reverse tercatat perkataan "BRITISH NORTH BORNEO C" secara membulat dan dihiasi corak Bunga Padi di lingkaran dalam dengan denominasi syiling tercatat dalam bahasa Inggeris "ONE CENT" dan Tulisan Cina yang bermaksud "satu sen" manakala tulisan jawi di sudut bawah syilling adalah perkataan Melayu "Satu Sen". Bahagian Obverse Syilling adalah sama seperti Syilling Cupronickel 5 cents, 2 1/2 cents dan 1 cents, iaitu lambang rasmi syarikat British North Borneo.

    Setelah mendapat Perkenan Diraja British, Alfred Dent selaku pemilik konsesi Borneo Utara melalui British North Borneo Company, telah melakukan perancangan untuk meningkatkan aktiviti perniagaan dan melicinkan urusan urusniaga diantara penduduk tempatan dan syarikat serta pedagang lainya. Borneo Utara sememangnya kaya dengan hasil bumi yang mendapat permintaan tinggi di Barat mahupun China, sebagai contoh Borneo Utara merupakan pengeksport utama Sarang Burung, serta herba perubatan yang mendapat permintaan tinggi dari China, Borneo Utara juga menjadi pusat pembalakan penting terutamanya di daerah Sandakan, Lahad Datu, dan Tawau. dengan kata lain jika disenaraikan kekayaan hasil bumi Borneo Utara (Sabah) adalah terlalu banyak untuk diceritakan disini, maka untuk membolehkan Syarikat Borneo Utara mengekploitasi semua kekayaan ini, mereka perlu memperkenalkan sistem kewangan yang diterima pakai oleh penduduk setempat bagi tujuan membeli barangan, mahupun membayar upah gaji mereka, malah untuk tujuan percukaian yang menjadi punca pertentangan dari kalangan pemimpin tempatan yang tidak bersetuju dikenakan cukai. Jika dihurai lebih lanjut sempai esok pun belum tentu habis he he, dipendekkan cerita berikut merupakan maklumat tempaan (mintage) syilling mengikut tahun dan Anggaran harga bagi Syilling ini:

Mintage, dan Anggaran Nilai Syilling British North Borneo 1 Cents Bronze
(Tahun: Mintage: Anggaran Harga Mengikut Grade)
1882: 2,000,000: EF USD 60, UNC USD 300, BU USD 600, Proof USD 900
1884: 2,000,000: EF USD 60, UNC USD 300, BU USD 600, Proof USD 900
1885: 1,000,000: EF USD 60, UNC USD 300, BU USD 600, Proof USD 900
1886: 5,000,000: EF USD 60, UNC USD 300, BU USD 600, Proof USD 900
1887: 6,000,000: EF USD 60, UNC USD 300, BU USD 600, Proof USD 900
1888: 6,000,000: EF USD 60, UNC USD 300, BU USD 600, Proof USD 900
1889: 9,000,000: EF USD 60, UNC USD 300, BU USD 600, Proof USD 900
1890: 8,000,000: EF USD 60, UNC USD 300, BU USD 600, Proof USD 900
1891: 3,000,000: EF USD 60, UNC USD 300, BU USD 600, Proof USD 900
1894: 1,000,000: EF USD 120, UNC USD 400, BU USD 800
1896: 1,000,000: EF USD 120, UNC USD 400, BU USD 800
1907: 1,000,000: EF USD 280, UNC USD 700, BU USD 1200, Proof USD 5000

** Harga hanyalah sekadar untuk panduan sahaja (Guideline Only) transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk syilling lama, LOL.

Untuk maklumat lanjut mengenai sejarahnya anda boleh melawat "Sejarah Borneo Utara (Sabah) Dari Sudut Numismatik"

PST: Nak tahu Penilaian harga dalam RM? Gunakan je Currency Converter Gadjet (Not Available in Mobile Mode) yang dah letak kat sebelah post ni >>>>>

Penulis:AshRizal

Syilling British North Borneo 1 Cent (Cupronickel)

British North Borneo 1 Cent coin made from Cupronickel (Copper-Nickel)

Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka: 1 cent
Dikeluarkan oleh: British North Borneo Company, British North Borneo.
Tahun Pengeluaran: 1904H, 1921H, 1935H, 1938H, 1941H
Mint: Heaton & Sons, Birmingham, England.
Bahan Logam: Copper-Nickel
Diameter: 20 mm
Berat: 3.120 g
Sisi Syiling: Plain (Tanpa Gerigi)


Syilling 1 Cent ini terkenal dikalangan numismatic barat sebagai British North Borneo  1 Cent Nickel. Syarikat British North Borneo pada awalnya telah memperkenalkan dua denominasi syilling daripad logam Bronze iaitu syilling 1 cent dan ½ cent (Half Cent) sebelum memperkenalkan Syilling-syilling daripada Cupronickel 1 cent, ½ cents dan 5 cents bermula pada 1903. Walaupun British North Borneo Company mula memperkenalkan set syilling Cupronickel mereka pada 1903 namun bagi syilling 1 cent ianya hanya mula dikeluarkan pada tahun 1904 iaitu setahun setelah Syilling ½ cents dan 5 cents mula dikeluarkan. adalah diandaikan bahawa pihak syarikat konsesi mahu menamatkan pengeluaran syilling 1 cent bronze yang kali terakhir ditempa pada 1896 dengan pengenalan syilling 1 cent Nickel pada 1904. Namun demikian 1 cent Bronze telah ditempa sekali lagi pada 1907 dan itu merupakan tahun terakhir Syilling 1 cent Bronze di tempa. Secara keseluruhan  1 cent Nickel telah ditempa sebanyak lima kali sahaja diantara 1904 sehingga 1941. Mengenai informasi jumlah tempaan (mintage) dan anggaran harga semasa syilling ini adalah seperti berikut:

Mintage, dan Anggaran Nilai Syilling British North Borneo 1 Cents Cupronickel
(Tahun: Mintage: Anggaran Harga Mengikut Grade)
1904: 2,000,000: EF USD 20, UNC USD 110, BU USD 250
1921: 1,000,000: EF USD 25, UNC USD 150, BU USD 350
1935: 1,000,000: EF USD 20, UNC USD 110, BU USD 250
1938: 1,000,000: EF USD 20, UNC USD 110, BU USD 250
1941: 1,000,000: EF USD 20, UNC USD 110, BU USD 250

** Harga hanyalah sekadar untuk panduan sahaja (Guideline Only) transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk syilling lama, LOL.

Untuk maklumat lanjut mengenai sejarahnya anda boleh melawat "Sejarah Borneo Utara (Sabah) Dari Sudut Numismatik"

PST: Nak tahu Penilaian harga dalam RM? Gunakan je Currency Converter Gadjet (Not Available in Mobile Mode) yang dah letak kat sebelah post ni >>>>>

Ahad, 18 Oktober 2015

Syilling British North Borneo 2 ½ Cents Coin



This Is British North Borneo 2 and half cents, at the obverse the written of State Of North Borneo with Date below the denomination 2 1/2 cents

British North Borneo 2 ½ Cents Coin
Spesifikasi Teknikal:
Nilai Muka: 2 1/2 Cents
Dikeluarkan oleh: British North Borneo Company.
Tahun Pengeluaran: 1903H, 1920H
Mint: Heaton & Sons, Birmingham, England. 
Bahan Logam: Copper-Nickel
Diameter: 25 mm 
Berat: 4.97 gram 
Sisi Syilling: Plain (Tanpa Gerigi)



    Antara Rangkaian rekabentuk syiling yang dikeluarkan oleh Syarikat British North Borneo Company denominasi 2 ½ cents (Two And Half Cents) adalah salah satu daripada 3 denominasi keluaran syilling yang menggunakan logam Cupronickel di mana 2 denominasi lain set syiling ini adalah 1 Cent dan 5 cents. kesemua set syiling siri ini mempunyai rekabentuk serupa iaitu pada permukaan reverse tertulis perkataan "State Of North Borneo" melingkari denominasi  syilling ini dan tahun tempaan pada bawah denominasi 2 ½ Cents dengan mint mark H yang menunjukkan syilling ini ditempa di "Heaton & Son, Birminggham England". Manakala pada bahagian Obverse tertera Lambang rasmi Syarikat British North Borneo. Syiling ini adalah istimewa dari segi sejarah pensyillingan Borneo Utara kerana pertama angka denominasi yang ganjil iaitu 2 ½ Cents. Manakala dari segi Mintage pula syiling ini cuma dikeluarkan dua kali iaitu pada tahun 1903 dan 1920 satu jarak tempoh yang mencecah 18 tahun antara dua pengeluaran tempaan tersebut. apa punca syilling ini tidak dikeluarkan untuk tempoh yang lama tidak pula jelas sebabnya, namun adalah menjadi perkara biasa bagi pentadbir tanah kolonial seperti Negeri-Negeri Selat hanya menempah syilling mengikut keperluan semasa bagi melicinkan urusan transaksi perniagaan. Unttuk maklumat lanjut anda boleh membaca post blog saya mengenai "Sejarah Borneo Utara (Sabah) Dari Sudut Numismatik", jumlah tempaan dan Anggaran Nilai adalah seperti berikut:

Mintage, dan Anggaran Nilai Syilling British North Borneo 2 ½ Cents
(Tahun: Mintage: Anggaran Harga Mengikut Grade)

1903: 2,000,000: EF USD 40, UNC USD 250, BU USD 450, Proof USD 950
1920; 1,000,000: EF USD 110, UNC USD 350, BU USD 750, 
** Harga hanyalah sekadar untuk panduan (Guideline) sahaja transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk syilling lama, LOL. 

PST: Nak tahu Penilaian harga dalam RM? Gunakan je Currency Converter Gadjet (Not Available in Mobile Mode) yang dah letak kat sebelah post ni >>>>>

Sabtu, 17 Oktober 2015

Syilling British North Borneo 5 cents

the picture of British North Borneo Company 5 cents coin with denomination of 5 cents on the obverse and company coat of arms on the reverse with famous latin quote "Pergo Et Perago" wonder what the price and valuation of this coin today.


Spesifikasi Teknikal
Face Value: 5 Cents
Dikeluarkan Oleh: British North Borneo Company, British North Borneo.
Tahun Pengeluaran: 1903H, 1920H, 1921H, 1927H, 1928H, 1938H, 1940H, 1941H
Mint: Heaton & Sons, Birmingham, England. 
Bahan Logam: Copper-Nickel
Diameter: 28 mm
Berat: 7.360 g 
Sisi Syilling: Plain



Seperti yang telah diperbincangkan dalam post saya mengenai "Sejarah Borneo Utara dari sudut Numismatik" Syarikat British North Company tidak berkemampuan mengeluarkan syiling dari logam Perak ekoran dari mereka belum dapat menjana keuntungan tinggi disebabkan oleh kos penerokaan yang tinggi dan syarikat hanya dapat mengeluarkan satu satunya syilling perak mereka bagi denominasi 25 cents pada tahun 1929. Namun demikian bagi melicinkan urusan pentadbiran wilayah tadbir mereka di Borneo Utara satu standard sistem kewangan perlu diwujudkan bagi memudahkan transaksi perniagaan dan perdagangan antara syarikat dan orang tempatan mahupun pedagang luar yang lain, sekaligus memulakan asas kepada sistem percukaian keatas wilayah konsesi Borneo Utara yang di tadbir pihak Syarikat.


Oleh itu Syarikat pada tahun 1903 telah mula Mengeluarkan Syilling dengan Nilai 5 cents, 2 1/2 Cents dan 1 Cent dari logam Cupronickel, ternyata rupa syiling ini yang menyerupai warna perak mendapat sambutan baik dari penduduk tempatan. Rekabentuk Syilling 5 cents ini mempunyai muka reverse yang tertera denominasi angka 5 Cents, dengan perkataan State of North Borneo melingkari angka 5 cents dan tertera tahun penempaan syilling di bawah angka 5 cents tersebut. Manakala bahagian obverse tertera lambang rasmi syarikat British North Borneo. Jumlah tempaan dan anggaran harga semasa adalah seperti berikut.


Mintage, dan Anggaran Nilai Syilling British North Borneo 5 Cents
(Tahun: Mintage: Anggaran Harga Mengikut Grade)
1903: 1,000,000: EF USD 50, UNC USD 100, BU USD 250.
1920: 100,000: EF USD 80, UNC USD 200, BU USD 350.
1921: 500,000: EF USD 30, UNC USD 120, BU USD 250
1927: 150,000: EF USD 30, UNC USD 120, BU USD 250
1928: 151,000: EF USD 20, UNC USD 60 BU USD 100
1938: 500,000: EF USD 15, UNC USD 30, BU USD 80
1940: 500,000: EF USD 15, UNC USD 30, BU USD 80
1941: 1,000,000: EF USD 15, UNC USD 30, BU USD 60

** Harga hanyalah sekadar untuk panduan (Guideline) sahaja transaksi sebenar boleh berlaku lebih atau kurang dari anggaran yang saya berikan kerana faktor permintaan dan penawaran dan tiada lagi setakat ini mana-mana Kementerian meletakkan harga kawalan untuk syilling lama, LOL.

Pst: Harga sengaja saya letak dalam USD kerana nilai dalam USD lebih stabil berbanding dalam Ringgit, malahan lelongan (Auction) coin in banyak dilakukan dengan USD dan Pound. PST: Nak tahu Penilaian harga dalam RM? Gunakan je Currency Converter Gadjet (Not Available in Mobile Mode) yang dah letak kat sebelah post ni >>>>>