Statistik Harga 1 Troy Ounce Perak dari 1976 hingga 2015
Telah banyak perkara yang saya ulas dalam post Bahagian 1, dan saya syorkan anda membaca artikel Bahagian 1 jika belum lagi membacanya untuk memahami pendapat saya mengenai topik ini. Saya menulis artikel ini untuk menerangkan sebab-sebab saya memilih untuk melabur/menyimpan dalam bentuk logam berharga seperti emas dan perak. Dimana saya tidak sekali-kali menyatakan bahawa pelaburan emas dan perak adalah yang terbaik apalagi mengatakan ianya bebas risiko. Saya Cuma memilih pelaburan emas dan perak sebagai sesuatu yang sesuai dengan diri saya dan minat saya secara peribadi. Minat saya terhadap syilling emas dan perak mungkin telah lama tertanam dalam diri saya yang mungkin telah berasal dari imaginasi semasa kanak-kanak lagi. Mungkin anda juga pernah melalui zaman kanak-kanak dan berangan-angan menjumpai Harta Karun yang berisi dengan wang emas dan perak dan memang sejak dari zaman kanak-kanak saya sering menjumpai syilling lama seperti syilling Petak yang merupakan Syilling “1 sen Malaya And British Borneo” dan pelbagai syilling lagi dimana semakin saya menginjak usia dewasa banyak koleksi zaman kanak-kanak ini telah hilang dari simpanan.
Kini saya mula mendalami pengetahuan Numismatik mula mengumpul semula syilling-syilling yang rare dan unik dimana akan saya tulis dan kongsikan secara berperingkat di Blog ini apa jua pengetahuan berkaitan dunia Numismatik serta pelaburan emas dan perak. Baiklah berbalik pada pelaburan emas dan perak, saya telah memilih pelaburan dalam bentuk Syilling (Coin, Round, Bullion) Emas dan Perak kerana dipengaruhi faktor Minat, dan faktor kedua ialah ianya mampu millik, kerana coin dibuat dalam pebagai variety saiz dan kita boleh memilih berdasarkan kemampuan budget kita. Pada masa ini saya lebih menumpukan kepada syilling-syilling perak atas faktor harga Perak yang masih sangat rendah sedangkan permintaan sangat tinggi dan perbekalan pula adalah terhad. Walaupun saya memilih pelaburan logam berharga berbentuk syilling namun ini bukanlah bermaksud pelaburan emas dalam bentuk yang lain seperti bentuk Bar atau berbentuk barang kemas tidak baik, ianya hanyalah pilihan masing-masing, setiap satu pilihan tetap ada kelebihan mahupun kekurangan yang tersendiri .
Jika melihat dari Segi Harga banyak logam berharga berbentuk Bar dibuat dalam pelbagai variety namun kebanyakannya dalam jumlah berat yang agak mahal untuk dimiliki. Ini kerana Logam berbentuk Bar atau yang juga kita kenali sebagai “Jongkong” biasanya dalam berat yang bermula dari 100 gram, sehingga 1 killo dan lebih, maka sudah tentu harganya juga “mampu lihat” sahaja terutamanya bagi golongan pertengahan macam saya. Namun pada masa sekarang banyak pengeluar dan syarikat yang mempromosikan pelaburan emas dan perak ini mula mengeluarkan Bar yang lebih kecil malah sehingga 1 gram sahaja, namun dari segi harga saya melihat premium yang tinggi telah ditambah dalam harga bar-bar yang bersaiz kecil menjadikan ianya kurang sesuai sebagai medium pelaburan, Namun ianya tetap suatu pilihan mengikut kemampuan masing-masing.
Gold Bar, Public Gold 1 Gram
Jika bentuk syilling pula, iaitu bentuk pelaburan yang saya pilih, dari segi harga ianya tidak banyak berbeza dengan bentuk bar, namun dari segi pasaran syilling (coin) ini bukan sahaja dikehendaki oleh pelabur emas dan perak tetapi juga mendapat permintaan tinggi dari kalangan kolektor peminat numismatik oleh itu bagi saya ianya adalah bonus selain dari keuntungan dari turun naik harga emas dan perak, nilai numismatik seperti design dan rarity syilling ini juga turut diambil kira dan boleh menyumbang pada peningkatan nilainya di masa hadapan. Dengan syarat Syilling-syilling ini mestilah disimpan dan dijaga rapi agar mengekalkan gradenya sebaik-baiknya dalam “Briliant Uncirculated” (BU condition) maka letaklah dalam kapsul-kapsul plastik khas agar kilauanya kekal dan tidak perlu di polish yang sudah pasti boleh menjejaskan nilainya. Namun demikian sekiranya faktor numismatik tidak menyebelahi anda dan syilling berkenaan dicetak dengan banyak, jangan risau kerana ianya tetap emas dan perak, hasil lombong-lombong emas dan perak pada hari ini semakin kurang sedangkan wang dicetak semakin banyak, hatta Negara US sendiri berbelanja secara deficit dan menanggung hutang bertrillion dollar maka saya yakin 10 hingga 50 tahun akan datang Emas dan Perak akan meningkat nilainya.
Hala tuju Nilai Emas dan Perak
Walaupun berdasarkan trend semasa harga emas pada masa ini menurun dari kemuncak harganya pada penghujung 2010 dimana kita melihat nilai emas per ounce mencecah sehingga USD 1,600 dan kini walaupun berlaku penurunan harganya tetap berada diatas paras USD 1,100 per ounce, namun kajatuhan harga ini sebenarnya adalah manipulasi pasaran terutamanya oleh gergasi perbankan di negara Amerika Syarikat (Gold And Silver Price Manipulation) Mengapa saya yakin Nilai USD akan jatuh dan nilai emas akan terus kukuh, ini adalah jika kita melihat Kuasa-kuasa besar ekonomi dunia seperti China dan India (India and China Buying Gold ) mereka telah cuba mengelak dari terus bergantung pada penggunaan Dollar dan berlumba-lumba meningkatkan rizab emas Negara masing-masing serta menggalakkan rakyat mereka terus membeli dan menyimpan emas.
Bank-Bank gergasi dunia sanggup mengeluarkan modal yang banyak semata-mata untuk memanipulasikan dan menjatuhkan harga emas dan perak, kerana sekiranya nilai matawang seperti USD terus Jatuh maka keyakinan orang ramai dan masyarakat dunia terhadap matawang Dollar akan terhakis, dan ramai orang akan berebut-rebut mengumpul emas dan mula melambakan matawang terutamanya US dollar ke dalam pasaran dan boleh mengakibatkan inflasi semakin tidak terkawal. Manakala keuntunggan Bank akan terjejas kerana Bank amat bergantung pada keuntungan dari Riba-riba kadar faedah yang dikenakan keatas matawang yang dipinjamkan kepada individu, organisasi mahupun Negara.
Penurunan Harga Emas dan Perak Adalah Peluang
Dengan kejatuhan harga logam berharga yang diakibatkan oleh manipulasi pasaran, China dan India langsung tidak mempedulikan keadaan pasaran dan terus menambah rizab emas masing-masing malah import emas dalam pelbagai bentuk terus meningkat ke India dan China untuk pasaran biasa seperti emas-emas pelaburan atau perhiasan. Bank-Bank gergasi di barat sedar keadaan ini dan mereka tahu bahawa manipulasi yang mereka rancang tidak akan bertahan selama-lamanya. Maka kejatuhan harga logam berharga ini seharusnya dilihat sebagai peluang “Opportunity” yang terbuka untuk mendapatkan logam berharga ini pada harga yang berpatutan, kerana sama ada cepat atau lambat apabila manipulasi pasaran ini berakhir siapa tahu kemana halatuju harga emas, dan kemana halatuju nilai matawang.
Pilihan yang ada adalah sama ada kita ingin menyimpan fizikal emas atau kita ingin menyimpan kertas yang pada bila-bila masa boleh hilang nilai jika krisis ekonomi melanda lagi, atau Krisis matawang melanda lagi, malah risiko hiper inflasi juga tidak mustahil berlaku. Sedangkan emas dan perak telah sempurna sifat sebagai logam berharga Anugerah Dari Allah S.W.T untuk kegunaan kita. Semua Pilihan ada ditangan kita sendiri baik buruk pilihan kita, apapun kaedah menyimpan yang kita pilih, apapun pelaburan yang kita buat risiko tetap ada, terpulanglah kepada kebijaksanaan masing-masing untuk menilai dan membuat keputusan yang kita rasa terbaik untuk diri kita sendiri mahupun kebaikan untuk ahli keluarga kita di kemudian hari.
Sekian.
Pilihan yang ada adalah sama ada kita ingin menyimpan fizikal emas atau kita ingin menyimpan kertas yang pada bila-bila masa boleh hilang nilai jika krisis ekonomi melanda lagi, atau Krisis matawang melanda lagi, malah risiko hiper inflasi juga tidak mustahil berlaku. Sedangkan emas dan perak telah sempurna sifat sebagai logam berharga Anugerah Dari Allah S.W.T untuk kegunaan kita. Semua Pilihan ada ditangan kita sendiri baik buruk pilihan kita, apapun kaedah menyimpan yang kita pilih, apapun pelaburan yang kita buat risiko tetap ada, terpulanglah kepada kebijaksanaan masing-masing untuk menilai dan membuat keputusan yang kita rasa terbaik untuk diri kita sendiri mahupun kebaikan untuk ahli keluarga kita di kemudian hari.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan