Set Siri Pertama dan Siri Kedua Syiling Malaysia adalah dibuat
Dari Logam Cupronickel bagi denominasi 5 sen sehingga 50 sen.
Apabila saya melayari internet untuk mengetahui mengenai jenis logam yang dijadikan syiling saya mendapati logam Copper-Nickel adalah logam yang sangat penting dalam pembuatan syiling-syiling di seluruh dunia, namun tidak banyak blog, atau page numist yang membincangkan mengenai logam ini dari segi asal usul dan permulaan penggunaanya sebagai syiling serta bagaimana logam aloy ini boleh mengambil alih peranan Logam Perak sebagai logam utama dalam pembuatan syiling di seluruh dunia pada masa ini.
Setelah pentadbiran British memperkenalkan Wang kertas yang pada asalnya resit-resit Bank yang menyatakan anda memiliki sejumlah wang emas atau perak disimpan di bank, transaksi yang melibatkan pembayaran besar telah beralih kepada pembayaran menggunakan wang kertas dan transaksi melalui Bank. Namun demikian Wang-wang syiling kecil masih lagi lagi diperbuat dari logam Perak, sebagai contoh sebahagian wang Syiling ( Coin ) British yang dibuat sebelum tahun 1947 adalah dibuat dari sekurang-kurangnya 50% sehingga 92.5% silver. Manakala negara US terus menggunakan perak dalam peratusan 90%, 71% dan 40% silver dalam pembuatan syiling mereka sehingga tahun 1964 dan bermula tahun 1965 semua syiling US adalah syiling saduran ( cladding ) yang langsung tidak mengandungi perak lagi tetapi menggunakan logam aloy Cupronickel.
Komposisi kadar Campuran Copper kepada nickel untuk tujuan Penempaan Syiling
Aloy logam Cupronickel Adalah aloy logam yang yang diperbuat dari campuran Logam Tembaga tulin (copper) 75% dan 25% Logam Nickel, Penggunaan logam ini semakin penting bermula pada penghujung abad ke 18, sebagai logam asas pembuatan Syiling-syiling ini kerana kos pembuatan syilling menggunakan logam berharga seperti emas dan perak semakin tinggi sedangkan keperluan penggunaanya semakin meningkat ekoran dari pesatnya perhubungan dagang antara negara sehingga membawa kearah pengujudan Bank-bank yang beroperasi merentasi sempadan dan bermulalah era perbankan antarabangsa sekaligus meningkatkan keperluan penggunaan matawang di seluruh Asia, China dan tidak terkecuali di Barat.
Pentadbir British Negeri-Negeri Selat mengeluarkan syiling dari Perak sehingga meletusnya
perang dunia kedua dan kemudian kembali mengeluarkan Syiling Perak dibawah pentadbiran "Malaya and British Borneo" sehingga tahun 1946, Manakala bermula 1947 semua denominasi 5 cents sehingga 50 cents digantikan dengan Cupronickel.
Asal usul logam aloy cupronickel dipercayai bermula sejak tahun 1095 Masihi dari China hasil dari ciptaan ahli kimia China dan kewujudan campuran logam nickel secara semulajadi di lombong-lombong tembaga China di daerah Yunnan, Logam ini dikenali sebagai “Paktong” dan terkenal kerana rupanya yang boleh digilap sehingga menyerupai seakan-akan kilauan logam Perak, ianya digunakan sebagai alat senjata dan perhiasan. Logam ini tidak dikenali di Barat walaupun perdagangan antara china dan barat telah memperkenalkan logam Paktong ke Barat seawal abad ke 15 lagi.
Penemuan teknik pembuatan Cupronickel di barat telah bermula sejak abad ke 17 namun hasil kualitinya tidak seragam dan kurang memuaskan. Namun demikian ahli kimia logam German bernama Ernst August Geitner telah berjaya menyempurnakan teknik pembuatanya pada tahun 1823. Antara kegunaan awal logam ini adalah untuk menghasilkan barangan “Silver imitation” atau bahasa kasar saya katakan sebagai Perak Palsu sehingga digelar sebagai "German Silver". Cupronickel juga mempunyai peranan penting pada awal penciptaanya sebagai logam tahan karat dan berguna dalam bidang maritim perkapalan.
Seperti yang telah saya terangkan dalam post blog terdahulu pebagai faktor seperti Kekurangan logam perak di Britain, dan menjimatkan perbelanjaan, British yang pada awalnya menggunakan standard “925 silver” iaitu 92.5% kandungan perak dikenali sebagai “Sterling Silver” mereka kemudian mengurangkan kandungan perak Kepada 90% bagi denominasi British Trade Dollar "One Dollar" dan 50% bagi denominasi di bawah nilai 1 Dollar, dan kemudian memperkenalkan matawang kertas sebagai wang yang sah, kemudian akhirnya mereka menghapuskan sama sekali kandungan perak di dalam pembuatan syiling-syiling dan menggantikan cupronickel yang kelihatan seperti perak sebagai logam ganti untuk syiling-syiling perak yang digunakan di Tanah Melayu dan Borneo dan bermula pada 1948 semua syiling yang dikeluarkan pihak British di Tanah Melayu dan Borneo (Sabah, Sarawak) adalah menggunakan logam cupronickel sepenuhnya untuk denominasi, 5, 10, 20 dan 50 cents,
German Nickel Silver atau juga dikenali "German Silver" terkenal digunakan untuk
membuat barangan "Silver Imitation"
Oleh itu tamatlah sejarah penggunaan perak sebagai wang yang sah di Tanah Melayu dan Boneo pada 1948 sehinggalah kemerdekaan dan penggabungan Sabah, Sarawak bersama Malaya pada 16 September 1963 membentuk negara Malaysia, Bank Negara Malaysia Yang baru ditubuhkan kemudian memperkenalkan matawang rasmi Malaysia yang kita Kenali sebagai Ringgit Malaysia, dan wang syiling rasmi Malaysia dari logam cupronickel bermula dari tahun 1967.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan