Syilling ini sebenarnya telah lama berada dalam milikan BCC namun sehingga kini saya sendiri kurang pasti jenis error yang berlaku terhadap syilling ini, Pada mulanya saya beranggapan ini adalah "Double Die" (DD) error namun apa yang menjadi keraguan bagi BCC adalah DD error biasanya ciri-ciri gandaan akan berlaku pada hampir semua corak pada permukaan syilling seperti pada huruf, tahun dan nombor denominasi syilling. Namun bagi syilling ini semua ciri lain berada dalam keadaan normal melainkan terdapat gandaan nombor 2 pada bahagian tahun syilling ini sahaja. penelitian imej dibawah microscope juga agak menarik:
Zoom in:
Image gandaan 2 jelas kelihatan dan kedudukanya sedikit ke atas
dari Garis Kedudukan tarikh penuh 2013
Zoom selanjutnya garis Merah menunjukkan kedudukan Tahun sebenar
manakala garis kuning menunjukkan kedudukan image gandaan 2.
Close Up Zoom, Image gandaan juga menunjukkan angka "0" walaupun kurang jelas
yang bertindih dengan no "2" pada angka tahun 2013
Obverse syilling ini kelihatan normal tanpa sebarang gandaan Image.
Rarerity saya sendiri tidak pasti dan setakat ini, inilah satu-satunya 10 sen S3 2013 milik saya yang mempunyai error sebegini mungkin ada diluar sana dalam milikan collector yang lain, tentang harga? hanya jauhari mengenal manikam maksudnya nilainya terpulang pada penilainya bagi saya syilling ini "tidak dijual" simpan tetap simpan...
Penulis: AshRizal
Penulis: AshRizal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan