Spesifikasi Teknikal
Denomination: 1 dollar
Issued by: Straits Settlements
Diameter: 39 mm
Thickness: 1.9 mm
Weight: 26.95 grams
Coin Shape: Round
Composition: .900 Silver
Coin Edge:Milled
Issued by: Straits Settlements
Diameter: 39 mm
Thickness: 1.9 mm
Weight: 26.95 grams
Coin Shape: Round
Composition: .900 Silver
Coin Edge:Milled
British Trade Dollar adalah syiling perak yang dibuat oleh Syarikat India Timur British untuk berdagang di Asia Tenggara. Syiling ini mula ditempa antara tahun 1895 sehingga 1935 dan diperbuat dari daripada logam perak berketulinan 900 iaitu 90% perak. Syiling ini adalah untuk penggunaan di Pulau Pinang, Singapura dan Hong Kong. pembuatannya dan standard berat adalah diilhamkan dari ciri-ciri Syiling Perak sepanyol ( Spanish Dollar ) Berbanding dengan Portugis dan Belanda buatan Syiling Perak British adalah lebih halus dan berkualiti. manakala Syiling-syiling buatan Portugis dan Belanda adalah kasar buatannya. Ini disebabkan penggunaan teknologi baru penempaan syiling oleh kerajaan British membolehkan mereka mengeluarkan Syiling yang berkualiti buatannya dan menarik perhatian masyarakat setempat kepada penggunaanya.
Penggunaan British Trade Dollar telah menjadikan perdagangan British berjalan lancar dan wang perak ini amat dialu-alukan penggunaanya. namun demikian kejayaan ini juga menyebabkan defisit perdagangan yang teruk kepada British terutamanya perdagangan British dengan China di Hong Kong. Masalah kekurang bekalan perak berlaku di Britain, Pedagang British mengimport banyak barangan terutamanya dari China ini kerana Sutera dan Teh yang dihasilkan di China mendapat permintaan tinggi di Barat tetapi China tidak berminat membeli apa-apa produk dari barat sekaligus menyebabkan perdagangan British china amat menguntungkan China. Bagi memperoleh semula Perak yang dibelanjakan oleh British mereka menggunakan taktik kotor dengan memperkenalkan dadah kepada masyarakat awam China. British telah menyeludup Candu atau juga dikenali sebagai "Opium" .
Gejala menghisap candu memberi kesan buruk kepada Negara china, jenayah dalam negara meningkat, membawa kepada pengharaman pengimportan candu ke China, namun British tidak mengendahkan larangan ini dan terus menyeludup masuk Candu ke china dengan pelbagai taktik kotor termasuk bekerjasama dengan lanun-lanun yang menguasai beberapa pulau-pulau kecil di sekitar Hong Kong. akhirnya kedegilan British ini menyebabkan kemarahan Maharaja China ketika itu sehingga meletusnya peperangan yang dinamakan Perang Candu ( Opium War ) namun Kerajaan China tewas dalam peperangan ini dan British mengukuhkan kekuasaanya ke atas Hong Kong.
Untuk mengetahui Jumlah tempaan (mintage) syilling dan anggaran harga semasa syilling ini anda boleh membaca "Senarai Tahun Pengeluaran British Trade Dollar".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan