Ahad, 25 Oktober 2015

Pelaburan Syilling Emas dan Perak (Bhg 1)

Gold coin of 5 dinar, 10 dinar, and a gold bar, from Public Gold Malaysia, a suplier of Gold bar and Gold Bullion in Malaysia
Gold Bullion (Syilling Emas Dinar) dan Gold Bar Keluaran Syarikat Public Gold

     Pelaburan logam berharga pada hari ini telah menjadi satu trend baru yang menjadi ikutan ramai, ini kerana ramai orang telah sedar akan kesan-kesan inflasi yang pada beberapa tahun kebelakangan ini amat dirasai ramai orang. Wang kertas seperti yang kita tahu tidak mempunyai “Intrinsic Value” atau harga pada bahan buatannya iaitu kertas. Malah nilainya juga bukanlah terletak pada nombor-nombor yang tertulis diatas kertas tersebut, sekalipun duit kertas tersebut dijamin sah laku oleh kerajaan mengikut nilai nombor yang tercatat di atasnya. Sebagai contoh Inflasi teruk yang melanda Indonesia sekitar tahun 1966 telah memadamkan nilai kuasa beli wang rupiah dan sekali lagi Inflasi teruk melanda Indonesia semasa krisis matawang Asian 1998. Manakala pada masa ini adakah anda pernah melihat matawang Zimbabwe? Inflasi teruk melanda apabila wang dicetak secara melampau semata-mata untuk menampung perbelanjaan defisit kerajaan yang penuh dengan ketirisan disana-sini, akibatnya matawang Zimbabwe mengalami inflasi sehingga ke tahap melampau dan wang terpaksa dicetak dengan angka sehingga Zim Dollar 100,000,000,000,000 iaitu 100 Trillion Zimbabwe Dollar sekarang adakah anda tahu apa yang boleh dibeli dengan wang 100 Trillion dollar di Zimbabwe? Cuma 3 biji telur ayam.


hiperinflation of Zimbabwe has make zimbawe dollar is the higest denomination currency in the world
Matawang Zimbabwe dengan denominasi 100 Trillion Dollar

    Sekarang kita melihat dari sudut Matawang US pula, US Dollar (USD) adalah wang perdagangan antarabangsa, ianya digunakan terutamanya untuk import dan export minyak mentah Dunia, malah USD digunakan hampir untuk semua urusan import dan eksport barangan komoditi mahupun hasil perkilangan dan industri, betapa hebatnya matawang US namun adakah USD barjaya bertahan dari kesan Inflasi? Tidak sama sekali malahan jika dibandingkan dengan Emas dan Perak USD telah jauh susut nilai ekorang dari Inflasi. Suatu masa dahulu matawang US diterima pakai kerana ianya ditambat dengan Emas iaitu USD35 dollar adalah ditambat dengan 1 ounce Emas (31 Gram Emas), kerana yakin dengan nilai USD yang kukuh ditambat dengan emas kebanyakan negara mula berdagang dengan matawang ini dan beranggapan bahawa mereka boleh menukar dengan 1 ounce emas untuk setiap 35 dollar. Pada permulaanya negara US menunaikan janji mereka dimana negara-negara asing boleh menuntut emas tersebut namun hakikatnya mereka mencetak terlalu banyak wang kertas berbanding emas yang ada dalam rizab mereka. Akhirnya US telah menamatkan tambatan ini dan wang kertas ini tidak lagidisandarkan dengan emas serta tiada lagi negara yang boleh menuntut emas dari perbendaharaan US, oleh itu matawang US dollar telah menjadi matawang Fiat sepenuhnya bermula pada 15 August 1971.


the chart of 30 years of 1 oz gold price in USD from 1974 to 2015
Statistik harga 1 Ounce Emas berbanding US Dollar dari tahun 1974 sehingga 2015

    Oleh itu jika dilihat dari sudut inflasi pada awalnya matawang USD yang ditambat pada Emas dengan kadar USD35 bersamaan “1 ounce” emas, pada hari ini “1 ounce” emas telah bernilai USD1,200 per ounce. Satu nilai yang sangat jauh berbeza, kesan dari inflasi yang cuma bermula beberapa dekad yang lalu, jadi dapatkan kita meneka kemana halatuju nilai USD dalam 10-50 tahun akan datang? Dan bagaimana pula nasib matawang kita sendiri Ringgit Malaysia? Adakah anda seorang pakar dalam pelaburan saham yang mampu menjangka pergerakan turn naik suatu saham dan mendapat keuntungan bersih jutaan ringgit setahun dan tidak perlu risau dengan kesan inflasi? Dan jika anda bukan pakar pelaburan saham apakah dengan menyimpan wang di bank dan mendapat faedah atau dividen 3-5% dapat menghindarkan anda dari kesan inflasi yang secara purata bergerak pada kadar yang hampir sama? Dan jika tidak adalah jawapan anda pada semua persoalan ini, maka apa pilihan yang ada? Oleh itu pilihan paling mudah adalah pelaburan logam berharga seperti Emas dan Perak, oleh itu jika saya ingin membuat simpanan emas dan perak apakah pilihan terbaik?

 
Apa Pilihan Saya
coin of Canada Maple leaf Silver 5 dollar
Syilling 5 dollar Canada Maple Leaf
Dibuat dari Silver berketulinan 99.99% 

   Emas dan Perak pada dasarnya tetap berharga walau apa pun bentuknya, namun bagi saya saya memilih emas dan perak yang berbentuk Bullion, Round, atau juga dikenali Syilling Emas dan Perak kerana bagi saya selain dari mempunyai “intrinsic value” syilling emas dan perak ini mempunyai nilai dari segi “numismatic value”. Terdapat pelbagai pilihan diluar sana pelbagai syarikat yang menawarkan pelbagai pakej pelbagai cara pelaburan malah ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan pelaburan ini sebagai skim cepat kaya dengan memanipulasi mereka yang tidak bersedia, kurang pengetahuan dan mudah dipengaruhi sehingga sanggup menyerahkan wang ribuan ringgit dengan mengharapkan pulangan segera yang banyaknya tidak masuk akal. Hakikatnya Semua bentuk pelaburan mempunyai risiko kerugian sama-ada saham, Unit Amanah, Hartanah hatta pelaburan logam berharga seperti emas dan perak juga mempunyai risiko dari segi ketidak tentuan harga pasaran.

10 Dirham of Kelantan
Syilling Perak 10 Dirham Kelantan


10 Dirham Public gold
Syilling Perak 10 Dirham Keluaran Public Gold

   Telah banyak artikel lain di dalam page blogger-blogger lain yang telah memperincikan mengenai kaedah pelaburan sebenar dan amat baik dibaca sebagai pengetahuan tambahan sebelum menceburkan diri dalam pelaburan logam emas dan perak. Sebagai contoh penulisan saudara “Muhamad Zulkifli” yang memilih Public Gold sebagai syarikat kerpercayaan untuk urusan pelaburan emas fizikal. Bagi saya pula saya lebih melihat pelaburan ini sebagai satu cara menyimpan yang baik disamping memenuhi minat saya pada koleksi yang bercirikan coin dan syilling sebagai koleksi numismatik. Sebagai contoh saya telah menyimpan syilling-syilling Dirham Perak keluaran “Kelantan Gold Trade” saya juga mengumpul Dirham Perak keluaran Syarikat “Public Gold” malah saya turut mengumpulkan Syilling perak “Canada Maple Leaf” yang terkenal sebagai pelaburan Bullion Perak terlaris didunia, yang mana Selain merupakan logam berharga ianya juga memiliki nilai numismatik tersendiri seperti Syilling Perak Canada Maple leaf ada peminatnya yang tersendiri dan sanggup membayar harga yang lebih tinggi dari nilai Perak untuk mengumpul koleksi ini dari tahun ke tahun, Kenaikan nilai perak merupakan satu keuntungan dalam usaha melabur logam berharga manakala kenaikan harga atas sebab Rarity suatu produk pula merupakan bonus bagi orang-orang yang menyimpan bullion berharga ini.


(Bersambung Bahagian 2)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan