Selepas kejayaan portugis menakhluk Melaka maka ini menarik minat kuasa-kuasa lain di barat untuk turut sama menakhluki tanah jajahan di Asia Tenggara. Kuasa barat seperti Belanda dan British juga amat berminat terhadap kekayaan negeri negeri di kepulauan Nusantara, Belanda pada asalnya ketinggalan dalam perlumbaan kuasa-kuasa barat menakhluki tanah jajahan di luar benua eropah ini kerana Belanda sendiri berhadapan dengan konflik dengan sepanyol yang sering melakukan serangan keatas kapal kapal perdagangan Belanda.
Belanda telah berjaya sampai ke kepulauan melayu sekitar tahun 1559 dan pada peringkat awal mereka berminat untuk berdagang dan membawa balik barang dagangan ke Belanda. Namun memiliki pelabuhan sendiri dan memiliki tanah jajahan mempunyai banyak kelebihan jangka panjang kepada Belanda. Oleh itu pada tahun 1602 Belanda menubuhkan syarikat Veerenigde Oostindische Compagnie ( VOC ) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda, ianya adalah sebagai satu strategi menguasai perdagangan rempah di asia tenggara. Belanda telah bertapak di Tanah Melayu dengan pembukaan Kota Belanda di Pulau Pangkor, namun nama Kota Belanda yang dikenali ramai bukanlah nama sebenar yang diberikan Belanda tetapi dinamakan sebagai Kota Dindingh dan dibina pada tahun sekitar tahun 1670. Terlebih dahulu Belanda telah berjaya menguasai Betawi (Jakarta)pada 1619 dan mula mengatur strategi untuk memecahkan penguasaan Portugis di selat Melaka dan selepas beberapa kali serangan Belanda akhirnya berjaya menguasai Melaka pada 1641 setelah bekerjasama dengan kerajaan Melayu Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan