Zaman Penjajahan di tanah melayu bermula sekitar abad ke 15 atau lebih tepat lagi pada tahun 1511 dengan jatuhnya empayar melayu melaka ke tangan Portugis ( Portuguese ). mereka telah menguasai melaka dari tahun 1511 sehingga tahun 1641 dan sepanjang tempoh ini kekayaan Melaka dan kemakmuran perdagangan di Selat Melaka dikuasai sepenuhnya oleh Portugis. Dalam usaha berdagang dengan penduduk tempatan Portugis membawa masuk wang perak dari Portugis dengan tujual berjual beli dengan penduduk tempatan. Namun setelah mereka berjaya menguasai Melaka mereka mengalami kekurangan wang perak, lalu menggunakan bahan tempatan yang boleh diperolehi di sekitar Melaka. Oleh kerana Negeri berhampiran dengan melaka seperti Selangor kaya dengan bijih timah maka Portugis telah menggunakan Timah sebagai Wang untuk kegunaan setempat, wang ini terkenal dengan gelaran Bastardo ( Bastardo Coin ). Wang perak masih wujud namun kuantiti penggunaanya amat terhad.
Selain dari penjelajahan Portugis ke Melaka dalam abad ke 15 penjelajah sepanyol turut keluar belayar ke barat dalam satu experimen mencari laluan lain ke Asia dan mereka menemui benua amerika yang mereka gelarkan sebagai dunia baru “the new world” dan benua amerika rupanya turut menyimpan khazanah kekayaan yang setanding dengan kekayaan di benua asia malah ketamadunan di benua amerika ini lebih kuno dan ketinggalan dari segi persenjataan dan teknologi pelayaran menjadikan mereka lebih mudah ditawan dan dikuasai berbanding cuba menguasai kerajaan-kerajaan di Asia.
Namun apa yang menjadi buruan disini adalah kekayaan tanah tersebut, mereka giat mencari, memujuk, menipu malah membunuh penduduk asal di tanah tersebut bagi mendapatkan maklumat mengenai kewujudan emas dan perak di dalam kerajaan tempatan baik ditimur mahupun di barat. Kuasa-kuasa barat menggelar usaha mereka adalah untuk tiga tujuan utama iaitu “Gold Gospel and Glory” dapat kita terjemahkan disini sebagai “Emas Agama dan kegemilangan”.
Emas adalah ilustrasi keinginan mereka kearah kekayaan dan membawa balik sebanyak mungkin kekayaan ini kembali ke tempat asal mereka untuk dipersembahkan kepada raja-raja yang memerintah di barat. Manakala agama adalah usaha mereka mahu mengembangkan ajaran kristian ke setiap tanah jajahan yang mereka takhluki. Kegemilangan pula adalah merujuk kepada kegemilangan kejayaan kerajaan mereka menakhluki tanah jajahan dimana kerajaan dan raja-raja di Eropah mereka bersaing sesama mereka menakhluk tanah jajahan diluar benua Eropah sebagai satu penanda kejayaan dan kekuatan mereka. Kegemilangan juga adalah manifestasi keinginan mereka dari sudut kegemilangan peribadi penjelajah yang mana mereka mahu diingati sejarah sebagai orang yang berjasa kepada negara mereka.
Zaman penjajahan Melaka bukanlah satu kebanggaan kapada kita tetapi ianya adalah satu sejarah yang harus diambil sebagai pengajaran. Persengketaan dan sikap tmak di kalangan pembesar melayu pada ketika itu telah menjadi punca Melaka menjadi empayar yang lemah dan di ambang kejatuhan. Sikap tamak, tidak amanah dan akhirnya merugikan bangsa Melayu itu sendiri. Portugis bukanlah satu-satunya kuasa yang berjaya menakhluki Tanah Nusantara namun kuasa-kuasa lain seperti Belanda dan British terus mengintai peluang dan akhirnya seperti yang tercatat dalam sejarah kita kedua-dua kuasa ini juga bersaing sesama sendiri dalam menguasai kekayaan Tanah Nusantara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan