Isnin, 12 Oktober 2015

Apabila Kertas Lebih Bahaya Dari Dadah

Tindakan British menyeludup Candu (opium) ke China memberi kesan buruk kepada permasalahan sosial rakyatnya.

Tindakan British menyeludup Candu (opium) ke China memberi kesan buruk kepada permasalahan sosial rakyatnya.


    Pada awal perdagangan British dengan Nusantara dan China matawang perak  ( British Trade Dollar ) digunakan dengan meluas, malah matawang emas turut digunakan, ini kerana kedua dua logam berharga tersebut diterima baik oleh golongan pedagang. Namun demikian menjelang abad ke 19 Britain mengalami masalah kekurangan matawang perak yang serius ekoran dari perdagangan defisit yang berlaku berabad lamanya. Defisit perdagangan berlaku apabila nilai import suatu negara melebihi nilai eksportnya. Seperti yang kita maklum kuasa-kuasa barat melakukan penjajahan adalah untuk menguasai kekayaan sumber semulajadi seperti bijih timah dan rempah dari nusantara.manakala sutera dan teh dari china. Untuk mendapatkan kesemua sumber tersebut British perlu membelinya dari pedagang tempatan atau membayar upah kepada pekerja untuk bekerja di lombong-lombong dan ladang. Mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk mendapatkan barangan tersebut, dan kemudian membawa semua barangan tersebut ke Barat dijual untuk mendapatkan keuntungan, dan semua proses tersebut berulang-ulang selama berabad lamanya sedangkan barangan dari barat hanya mendapat sedikit permintaan dari china mahupun dari Nusantara.



    Antara usaha British untuk mengimbangi perbelanjaan matawang perak mahupun emas adalah dengan cara kotor menyeludup candu ( Dadah yang dikenali sebagai Opium ) ke China, malah candu turut diperkenalkan di Nusantara ini kerana Candu mendapat permintaan yang tinggi dari golongan yang terjebak dalam gejala ketagihan menghisap candu. Namun British mendapati sekalipun melakukan taktik kotor ianya kurang berkesan untuk mengurangkan defisit matawang perak sehingga berlaku beberapa kali dalam sejarah British kehabisan wang perak untuk membayar kepada pembekal-pembekal bahan perdagangan dengan British. Maka peristiwa-pristiwa ini telah menjadi titik tolak kepada bermulanya penggunaan matawang kertas yang lahirnya berpunca dari pihak penjajah cuba mengawal penggunaan wang perak yang semakin hari semakin susut.



Wang Kertas Straits Settlements 10 Dollar ( Ten Dollar )

Wang Kertas Straits Settlements 10 Dollar ( Ten Dollar )

    British yang licik menipu telah terus berusaha menipu dan pada hari ini kita semua telah jauh hanyut tertipu dalam penipuan yang berabad lamanya. Wang kertas terlahir dari sejarah perbankan yang panjang, Wang emas dan perak disimpan di dalam Bank dan kemudian Bank memberikan resit sebagai bukti simpanan, kemudian resit-resit bank ini telah mula digunakan untuk berurusniaga dan akhirnya tiada siapa melihat emas atau perak lagi. Urusan perniagaan dan pembayaran telah digantikan dengan bayaran dengan resit resit bank. Pemikiran Penjajah yang pada mulanya sekadar mahu meneruskan urusan dagang dengan cara berhutang kerana kehabisan wang perak dan emas akhirnya telah memulakan era matawang kertas di tanah-tanh jajahanya. Berlindung disebalik urusan perbankkan British mula membayar para pembekal-pembekal tempatan dengan matawang kertas yang dicetak cantik, dan para pembekal hanya perlu menuntut wang tersebut dari Bank tertentu untuk mendapatkan emas dan perak, namun dalam masa yang sama wang kertas itu sendiri boleh digunakan sebagai ganti wang perak dan emas untuk pembayaran kepada peniaga-peniaga lain. Urusan telah menjadi mudah dengan pengenalan wang kertas ini yang dipercayai disandarkan kepada emas dan perak mengikut nilai nombor yang dicetak di atasnya. Cetakannya yang cantik hanya sekadar mengaburi mata masyarakat yang menggunakanya. Hakikatnya British tidak mempunyai emas dan perak yang mencukupi untuk disandarkan keatas setiap keping wang kertas yang mereka gunakan untuk membayar kepada masyarakat, sama ada untuk membayar gaji, atau membayar belian bekalan dagangan.


Setiap keping matawang kertas “one Dollar” adalah satu janji untuk membayar sekeping wang perak dengan jumlah satu Dollar wang Perak

Setiap keping matawang kertas “one Dollar” adalah satu janji untuk membayar sekeping wang perak dengan jumlah satu Dollar wang Perak


    Wang kertas mula digunakan dengan meluas di negeri-negeri straits Settlement ( Negeri-negeri selat ) dan urusan pembayaran majoritinya telah dibayar hanya menggunakan matawang kertas walaupun wang perak dan emas masih wujud dan turut sama digunakan namun masyarakat yang selesa menggunakan wang kertas yang ternyata lebih mudah dibawa, ringan dan mudah disimpan menjadikan mereka lalai, leka dan akhirnya terjebak dalam perangkap penjajah yang pakar melakukan muslihat. Masyarakat akhirnya dengan rela hati menyerahkan wang emas dan perak mereka kepada bank-bank yang dikawal pihak British dan mengambil wang kertas sebagai gantinya tanpa perlu dipaksa oleh sesiapa. Akhirnya emas dan perak kekayaan negeri kita telah diangkut semuanya ke Britain menjadikan negara mereka kaya raya, sedangkan masyrakat kita merasa kaya dengan himpunan kepingan-kepingan wang kertas yang dibayar penjajah.

    Betapa liciknya penipuan penjajah British yang menggunakan wang kertas untuk menipu kita semua, Wang kertas berjaya mengatasi masalah defisit perdagangan British, Malah lebih berjaya dari penipuan mereka dengan bersusah payah menyeludup candu, sehingga terpaksa menanggung kos perang yang tinggi dengan China. Ya tidak keterlaluan jika saya mengatakan Wang kertas yang diperkenalkan penjajah British lebih berbahaya dari Candu, lebih berbahaya dari Dadah yang hampir meranapkan negara China. Dengan membayar penduduk tempatan menggunakan wang kertas, Mereka membeli bijih timah, mereka membayar gaji pekerja ladang,malah mereka membeli emas dan perak milik ngara kita dengan kepingan kepingan kertas yang mereka cetak dengan mudah, dan semua kekayaan hasil bumi kita semuanya di angkut ke barat tanpa perlu risau akan defisit perbelanjaan, jika kurang wang cuma perlu cetak dan bayar sahaja, kerana masyarakat percaya bahawa satu dolar wang kertas itu sama nilainya dengan 1 dollar wang perak, sedangkan hakikatnya British mula mengangkut setiap keping emas, setiap keping wang perak itu kembali ke London, dan langsung tidak berniat mahu memulangkanya kepada pemilik yang menyimpanya ke dalam Bank-Bank yang di kawal British, dan akhirnya sehingga ke hari ini kita semua masih terbelenggu dengan kertas-kertas bernombor, dan tidak mudah untuk melepaskan diri dari pengaruh kertas-kertas ini. Kita tiada pilihan kita tak mampu mengubah sejarah namun pesanan saya janganlah kita menjadi hamba kertas-kertas bernombor ini Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan