Asalamualaikum dan salam perkenalan bagi yang baru mengunjungi laman ini,
Sebenarnya laman ini sudah lama diwujudkan, tapi dek kesibukan maka tertundalah ia sehingga ke hari ini..Oklah di ringkaskan cerita blog ini adalah mengenai Hobi Mengumpul Syilling lama, Syiling Error, Banknote dan Stamp oleh itu kalau ada nak cari resepi tak ade kat sini tapi silalah lawat Blog wife saya " Id@strawberrries " tapi saya tahu anda takkan sampai ke sini jika nak cari resepi ye tak? :-)
Wang? Duit? Fulus? tidak kiralah apa pun gelaran yang diberikan kepada matawang.....apa yang pasti manusia sudah tahu akan kepentingan sistem matawang dalam urusan seharian.
Laman ini adalah hasil idea saya bersama suami dimana ia diwujudan bertujuan sebagai satu tempat untuk berkongsi pengetahuan serba sedikit tentang informasi dan pengetahuan yang tidak seberapa mengenai dunia kewangan, malah sedikit pengetahuan tentang numismatik dan sejarah awal sistem kewangan.
Sejarah ribuan tahun telah membuktikan kepentingan kegunaan wang sebagai satu medium perantara pertukaran komoditi dan barangan keperluan harian. Disini saya akan kongsikan bagaimana sistem kewangan bermula dan bagaimana pada hari ini kita telah terpedaya dengan sistem matawang Fiat yang rumit. Hasil ciptaan ketamadunan barat dimana wang dicetak diatas kertas-kertas kosong yang langsung tidak mempunyai nilai walau sekadar 1% dari nombor yang tercetak diatasnya. Kesan daripada sistem matawang Fiat ini membawa kepada keuntungan yang besar kepada bank-bank secara riba atas kerjasama dengan golongan yang mengawal ekonomi dunia umumnya. Contoh negara yang mengawal ekonomi dunia adalah negara US dan syarikat gergasi perbankan dunia. Golongan ini merampas segala penat lelah usaha kita walhal wang yang kita hasilkan dan simpan semakin hari semakin dihakis inflasi.
Sistem Barter
Sebelum wujudnya wang yang diterima secara umum oleh semua masyarakat, kegiatan masyarakat adalah tertumpu pada keupayaan sara diri iaitu setiap kelompok masyarakat melakukan segala kegiatan berkaitan mengikut keperluan. Seperti pertanian, penternakan dan pembuatan peralatan asas untuk keperluan tersebut. Aktiviti perniagaan telah berlaku namun pada skala yang amat kecil dan bergantung kepada sistem pertukaran barang atau lebih dikenali sebagai sistem "barter".
Sistem barter mempunyai kelemahan dan kekangan yang tersendiri dan keupayaan yang terhad untuk membolehkan suatu transaksi tersebut berjaya. Sistem barter hanya boleh berlaku apabila wujud keadaan kemahuan serentak. Contohnya:
"Ahmad mempunyai 4 biji epal dan mahu menukar dengan Ali yang mempunyai secupak gandum".
Transaksi ini boleh berlaku jika Ahmad mahukan gandum Ali, manakala Ali pula mahukan 4 biji epal Ahmad. Akan tetapi disinilah kelemahan sistem barter ini jika Ahmad mahukan 2 cupak gandum daripada Ali, untuk 4 biji epal, malangnya si Ali hanya mempunyai Secupak gandum sahaja ....maka transaksi tidak berlaku atau sistem barter tidak berjaya. Bayangkan jika situasi seperti ini berlaku di pasar-pasar jika sistem matawang tidak wujud sehingga hari ini? dengan itu muncullah keperluan kepada satu sistem matawang yg boleh memudahkan urusan bermula dengan komoditi emas dan perak sebagai matawang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan