British North Borneo 25 Cents Coin
Spesifikasi Teknikal:
Nilai Muka: 25 Cents
Dikeluarkan Oleh: British North Borneo Company, British North Borneo.
Tahun: 1929H
Jumlah Tempaan: 400,000
Mint: Heaton & Sons, Birmingham, England.
Bahan Logam: .500 Silver
Diameter: 18 mm
Berat: 2.83 g
Sisi Syiling: Milled Edge (Sisi Bergerigi)
Pada awal penubuhan "British North Borneo Company" mereka hanya mengeluarkan syiling yang diperbuat dari logam Bronze dan Copper-Nickel sahaja ini kerana syarikat ini tidak memperolehi keuntungan yang cukup ekoran dari kos pelaburan yang tinggi melibatkan kos penerokaan dimana Borneo Utara pada ketika itu terdiri dari sebuah tanah yang belum diteroka, disamping faktor geografinya yang bergunung-ganang. bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut evolusi syiling di Borneo Utara bolehlah pergi ke link "Sejarah Borneo Utara Dari Sudut Numismatik", Syiling 25 cents Merupakan satu-satunya denominasi syiling keluaran "British North Borneo Company" yang diperbuat dari perak. namun demikian ketulinan perak adalah diletakkan pada kadar "500 Silver" iaitu terdiri dari 50% kandungan Silver, oleh itu Syiling ini diperbuat daripada 50% Perak dan 50% bahan logam lain (biasanya Copper) tetapi perkara yang lebih menarik adalah pihak syarikat hanya mengeluarkan syiling ini pada tahun 1929 dan tiada pengeluaran di tahun Lain. Manakala jumlah tempaan (mintage) sangat rendah iaitu 400,000 keping sahaja.
Jumlah tempaan yang sedikit menjadikan Syilling ini dikategorikan sebagai Rare dan mempunyai nilai serta permintaan tinggi di pasaran terutamanya dikalangan numist dan collector luar negara yang meminati syiling era Kolonial British, Bagi valuation semasa, harga Syiling ini kini beredar di sekitar USD 170 untuk Grade EF, dan jika grade lebih tinggi seperti UNC harganya boleh mencecah USD320, manakala syiling yang diletakkan dalam Grading BU nilainya boleh bermula dari USD700 ke atas. Namun sayangnya Syiling grade tinggi seperti ini hanya beredar di pasaran luar negara, kerana mengikut pandangan saya kebanyakan syiling 25 cents yang berada dalam malaysia hanyalah dalam Grade VF dan ke bawah dan puratanya hanya laku untuk harga USD100 dan kurang.
Pst: Harga sengaja saya letak dalam USD kerana nilai dalam USD lebih stabil berbanding dalam Ringgit, malahan lelongan (Auction) coin in banyak dilakukan dengan USD dan Pound. Jika nak tahu nilainya dalam RM anda boleh taip harganya dalam Forex Gadget di sebelah Blog ini >>>>>
Pst: Harga sengaja saya letak dalam USD kerana nilai dalam USD lebih stabil berbanding dalam Ringgit, malahan lelongan (Auction) coin in banyak dilakukan dengan USD dan Pound. Jika nak tahu nilainya dalam RM anda boleh taip harganya dalam Forex Gadget di sebelah Blog ini >>>>>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan