Rabu, 14 Oktober 2015

Sejarah Borneo Utara ( Sabah ) Dari Sudut Numismatik

a collection of British North Borneo Chattered Company Coin of 5 cent, 1 cent, 2 1/2 cent, 1/2 cent ( half cent ) and picture of Company Coats Of Arms.
Set Syiling-Syiling Yang dikeluarkan oleh British North Borneo Chartered Company



    Apabila Baron Von Overbeck gagal mendapatkan sokongan kerajaan Austria untuk usaha pelaburan dan pembangunan Konsesi Borneo Utara, lalu dia telah menarik diri dari rakan kongsi Syarikat Konsesi Borneo Utara (North Borneo Chatered Company) pada 1879. maka Alfred Dent dan rakan kongsinya di London menjadi pemilik kepada konsesi sebuah wilayah yang besar di Borneo Utara. Pada awal 1881, Alfred Dent dan rakan kongsinya menubuhkan syarikat “British North Borneo Provisional Association Limited” untuk mengambil alih semua kepentingan dan tuntutan Overbeck keatas Borneo Utara sekaligus mendapatkan Perkenan Diraja (Royal Charter) dari kerajaan British untuk menubuhkan dan mengiktiraf “British North Borneo Company” sebagai pemegang hak ke atas konsesi Borneo utara.





Chattered Territory of British North Borneo Company, estimated 31,000 square kilometer and now known as Sabah The Land Below The Wind

Peta menunjukan wilayah di bawah pentadbiran syarikat yang mana pada hari ini kita kenali sebagai Sabah Negeri di Bawah Bayu. 






    Dan termetrai pada 1 November 1881, London telah memberi kebenaran diraja kepada “North Borneo Chartered Company” yang juga dikenali sebagai “British North Borneo Company” Syarikat yang memegang konsesi dan pentadbir wilayah Borneo Utara yang sah mengikut perundangan British. Dan pada 21 July 1882, Syarikat ini dianugerahkan lambang rasmi iaitu “Coat of Arms” dari College of Arms iaitu sebuah organisasi yang mengeluarkan lambang rasmi untuk kerajaan British seperti yang termetrai di bahagian “Obverse” syiling keluaran syarikat..

reverse of 25 cent coin made from 500 silver (50% Silver) of north borneo chattered company displaying company official coats of arms with company moto of Pergo Et Perago

Logo Rasmi Syarikat  British North Borneo Company di belakang Syiling 25 cent Perak







    Alfred Dent dan rakan kongsinya berhasrat memperkenalkan system matawang sendiri terdiri dari syiling yang dikeluarkan oleh ‘North Borneo Chattered Company” di borneo utara sejak seawal tahun 1879 lagi. Sebagai percubaan “Birmingham Mint Limited” menempa satu corak Syiling cadangan (Pattern Coin) yang dipercayai sebagai syiling 1/4 cent, 1/2 cent dan 1 cent dengan lubang ditengah serta tulisan jawi di kedua-dua permukaan.



Patern coin of North Borneo proposed as official currency of north Borneo
Syiling Cadangan (Patern Coin) Syarikat British North Borneo Company


    Pada permukaan hadapan (obverse) Tertera tulisan jawi yang tertulis nama Sultan Muhammad Jamala'l-a'zam 1295A.H. (1878). Walaubagaimanapun tiada Sultan yang mempunyai nama Miuhammad Jamala'l-a'zam yang diketahui wujud sama ada dalam kesultanan Sulu atau Brunei pada ketika syiling cadangan berkenaan ditempa. Sultan Sulu yang memerintah ketika itu adalah Sultan jamulul-a'lam. Besar kemungkinan nama diatas syiling percubaan ini adalah nama rekaan bagi tujuan percubaan sahaja dan sebagai pengakuan syarikat yang maklum mengenai kaedah pemerintahan kesultanan sebelum syarikat dan Alfred Dent mengambil alih. Rekabentuk Syiling ini kemudianya ditolak pada 1880, dan mengeluarkan corak syilling Baru bercirikan syiling barat dengan Lambang Syarikat sebagai corak Obverse coin .



British North Borneo Chartered Company coin of 1 & half cent made from copper

Syiling 1 Cent dan 1/2 Cent (Copper) British North Borneo Company




    Pada 1882, syarikat “British North Borneo Chartered Company” telah memperkenalkan syiling tembaga (copper) 1 cent diikuti dengan pengenalan syiling 1/2 cent pada 1885. Pada masa tersebut, Syarikat “British North Borneo Company” tidak mengeluarkan sebarang syiling perak kerana tidak mendapat keuntungan yang cukup ekoran dari perbelanjaan penerokaan yang tinggi. Sistem kewangan awal bagi Borneo utara adalah berdasarkan wang perak Mexico dan Spanyol “ Spanish Silver Dollar ” (8 Reales). Walaubagaimanapun sejak penubuhanya pada 1881, “British North Borneo Chartered Company” mula menyerap sistem dan standard kewangan berdasarkan ketetapan pentadbiran Negeri-negeri selat (Straits Settlements). Dan kemudia dengan kelulusan Ordinance No.3 pada 1914, Wang Perak Straits Settlements ( British trade Dollar ) diwartakan sebagai matawang sah Borneo utara untuk penggunaan tidak melebihi 10 dollar. 




Bermula pada 1903 North British Borneo Company mengeluarkan Syiling 1 cent, 2 1/2, dan 5 cents menggunakan Logam aloy CoproNickel .



    Menjelang tahun 1903 dan 1904 Syiling 1 cent, 2 1/2 cents dan syiling 5 cents dikeluarkan menggunakan logam CuproNickel iaitu Aloy logam campuran Copper dan Nickel yang sama dengan syiling Siri 1 (parlimen) dan 2 (Bunga Raya) Malaysia. Sehingga pada 1929 Syarikat telah mengeluarkan syiling 25 cents dibuat daripada Perak dan syiling 25 Sen inilah satu-satunya wang perak yang dikeluarkan oleh Syarikat bagi penggunaan di Borneo Utara. Syiling ini dikeluarkan secara berselang mengikut keperluan bekalan bermula pada tahun 1929 sehingga 1941. Semua syiling ini adalah ditempa di “mint of Ralph Heaton and sons Limited” yang turut dikenali sebagai “Birmingham Mint Limited”. Had penggunaan yang sah bagi penggunaan syiling “British North Borneo Chartered Company” adalah ditetapkan seperti berikut.


Syilling 1/2 cent & 1 cent (copper), Sah digunakan sehingga had $2
Syilling 1 cent, 2 1/2 cents, & 5 cents ( Cupro-Nickel ) & 25 cents (silver): Sah digunakan sehingga had $5

    Pada 31 December 1941, tentera jepun telah menawan Jesselton (Kota Kinabalu). Dan ekoran dari itu semua syiling keluaran syarikat “North Borneo Chattered company” ditamatkan sebagai wang yang sah pada 1941 dan digantikan dengan Matawang cetakan tentera Jepun. Namun demikian selepas jepun menyerah kalah pada 1945, Kedudukan syiling-syiling ini dikembalikan sebagai matawang sah untuk urusniaga manakala wang Jepun ditamatkan penggunaanya. dan kemudian sisitem kewangan diantara Semenanjung tanah melayu (Malaya) dan sabah sarawak diseragamkan sistem kewanganya oleh "The Board of Commissioners of Currency, Malaya and British Borneo" dan syililing-syilling baru dengan catatan "Malaya and British Borneo" diperkenalkan dan digunakan sehingga Sabah, Sarawak dan Malaya bersama Singapura mencapai Kemerdekaan.

Japanese Invasion money also known as Japanese Occupation Money, printed by Japanese army to be used as legal tender in the occupied territory Namely Malaya, Sarawak, North Borneo, and Indonesia
Terkenal dengan Gelaran Duit Pokok Pisang, Wang Jepun Memberikan pengalaman pahit Masyarakat tempatan yang dilanda Inflasi teruk apabila Tentera jepun Mencetak matawang ini tanpa Kawalan. 




    Kedudukan Borneo Utara sebagai wilayah pentadbiran yang terasing dibawah kawalan British North Borneo Company telah ditamatkan pada 15 July 1946 dan dijadikan sebagai Tanah jajahan British secara Rasmi pada 9 September 1948. Kemudian pergerakan-pergerakan politik yang menuntut kemerdekaan di Borneo utara bersetuju dengan cadangan penubuhan Persekutuan Malaysian serta mengambil nama Sabah pada 1963 sebagai sebuah wilayah dalam Persekutuan Malaysia bersama Singapura, Sarawak dan Malaya, Dengan itu tertubuhlah Sabah  sebagai sebahagian dari Negara Malaysia bermula 16 september 1963 dan dengan itu kita mengadaptasi matawang Ringgit Malaysia secara rasmi pada 12 Jun 1967.

This is picture of Malaysia first Series Coins, Starting 12 jun 1967 Malaysia has isued its own currency called Ringgit Malaysia or RM or known internationaly MYR

Set Syiling Proof siri pertama tahun 1967



Read more: http://www.obsoletecoin.com/2014/08/british-north-borneo-coins-history.html#ixzz3oQ7g63zV
Under Creative Commons License: Attribution
Source: Wikipedia, Saran Singh "The Encyclopaedia of the coins of Malaya Singapore and Brunei 1400-1967".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan