Khamis, 8 Oktober 2015

Tamadun Islam Dan Warisan Sistem Kewangan Islam



Empayar ketamadunan Islam telah mewariskan sistem kewangan berasaskan wang Dinar emas, dirham perak dan Fulus dari Tembaga atau gangsa sebagai matawang sunnah yang telah digunakan sejak zaman Rasulullah lagi. Dinar dan dirham telah terlahir sebelum tamadun islam bermula lagi malah pada awalnya dinar dan Dirham menerima pengaruh luar dari segi penentuan berat dan rupa bentuk. Dan apabila Ketamadunan islam bertapak kukuh di semenanjung arab Dinar dan dirham ber-evolusi selari dengan syariat Islam, Ciri ciri Islam yang diterapkan ke dalam reka bentuk dinar dan dirham adalah membuang ciri bergambar atau ilustrasi wajah raja pemerintah suatu negeri, tetapi digantikan dengan tulisan arab yang menunjukkan tarikh dan nama khalifah yang memerintah serta nilai wang tersebut.








Tanah semenanjung arab terletak di tengah-tengah laluan perdagangan penting diantara Afrika, benua Eropah, Asia tengah dan Asia Tenggara. Golongan bangsa arab telah terlibat dengan urusan perdagangan diantara empayar empayar di timur dan barat. Seperti perdagangan rempah ratus dari India dan Asia tenggara, atau herba, teh dan sutera dari China.

Kuasa-kuasa barat terpaksa berurusan dengan pedagang arab bagi memperolehi barangan yang mereka perlukan, ini menjadikan pedagang-pedagang arab memperoleh kekayaan dan empayar Islam yang menguasai tanah semenanjung arab menjadi empayar yang kaya dan berkuasa. Kuasa-kuasa barat amat iri hati terhadap kejayaan empayar islam dan mencari jalan untuk memecahkan kuasa monopoli pedagang arab keatas sumber terutamanya rempah ratus dari india dan asia Tenggara, dan ini menjadi titik tolak kearah zaman kolonialis dimana kuasa-kuasa eropah belayar merentasi lautan ke seluruh dunia untuk menjajah kerajaan-kerajaan kecil, disamping mengeksploitasi segala sumber kekayaan tanah jajahan untuk kepentingan kuasa-kuasa barat tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan