Khamis, 8 Oktober 2015

Kemunculan Emas dan Perak Sebagai Wang



Setelah suatu tempoh dalam sejarah masyarakat telah beradaptasi terhadap permasalahan sistem barter dimana sistem wang awal menggunakan komoditi sebagai satu bentuk wang. Pada peringkat awal komoditi seperti beras, gandum, haiwan ternakan dan bahan logam seperti emas dan perak yang berbentuk ketulan dan butiran yang tidak mempunyai saiz ukuran tetap telah dijadikan sebagai wang dan membolehkan aktiviti perniagaan berjalan lebih lancar.








Evolusi kewangan berlaku secara hampir serentak diseluruh dunia pada masa tersebut kerana perkembangan ilmu pengetahuan dan bermulanya zaman pelayaran merentas lautan maka bermulalah era baru dalam sistem ekonomi. Emas dan perak menjadi buruan setiap kerajaan dan jatuh bangun sesebuah empayar amat berkait rapat dengan kejayaan atau kegagalan suatu empayar menguruskan kekayaan negara mereka.


Syiling terawal dalam sejarah ditemui di bandar lama Ephesus sebuah tempat di Barat Turkey pada hari ini. Syiling ini dipercayai dihasilkan pada sekitar tahun 650 sebelum masihidan dibuat dari logam yang digelar Electrum yang mana sebenarnya merupakan campuran logam emas dan perak tanpa mempunyai standard tetap nisbah peratusan emas atau perak, sesetengah syiling ini tinggi dengan kandungan emas manakala sesetengah pula tinggi kandungan perak, sekalipun terdapat kelemahan namun ini telah menjadi satu langkah awal ke arah sistem kewangan yang lebih baik bagi generasi-generasi berikutnya.









Ahli arkeologi telah menemui spesimen awal wang dihasilkan dengan logam emas atau perak tulin di sebuah tempat bernama Croesus dan ianya berlaku hampir seabad selepas wang pertama dari logam electrum di Ephesus. Dan tidak lama selepas itu kerajaan-kerajaan yang bersempadan dengan kerajaan Croesus seperti Greek, Lydia dan Persia mengambil langkah sama memperkenalkan matawang emas dan perak masing-masing. Ekoran daripada itu perdagangan antara empayar ini mula berkembang dan menjana ekonomi dan dalam masa yang sama menyebabkan persaingan merebut kuasa serta mengawal laluan perdagangan yang penting. Dengan itu bermulalah satu era baru diman ketamadunan manusia mula menggunakan emas sebagai matawang yang diterima di seluruh dunia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan