Dengan kejayaan Belanda menguasai Melaka, pengaruh kuasa Portugis di kepulauan Nusantara telah lenyap, dan Belanda menjadi kuasa dominan yang menguasai perdagangan rempah di kepulauan Melayu. Penguasaan Belanda berterusan sepanjang abad ke 17 sehinggalah abad ke 18. British kemudian mula beralih arah kearah mengukuhkan keberadaanya di asia tenggara di mana British mengalihkan perhatiannya ke timur setelah kehilangan kawalan keatas Amerika yang mengistiharkan kemerdekaan dari jajahan British pada 1776. Walaupun British telah berjaya menguasai Bangkahulu (Bengkulu) namun perdagangan di Bangkahulu tidak menguntungkan British, Pengaruh British hanya bermula ketara dan dirasai dengan penguasaan dan pembukaan Pulau Pinang oleh Sir Francis Light pada 1786, dan dalam masa yang sama British telah bekerjasama dengan Belanda dalam urusan perdagangan di kepulauan melayu.
Dengan kebenaran Kedah Sir Francis Light mula membuka penempatan British
Di Pulau Pinang Bermula pada 1786
Tidak Terhenti dengan Pembukaan Pulau Pinang British sekali kemudian telah membuat keputusan mencari satu lagi lokasi untuk tujuan menjamin keselamatan hubungan perdagangan British dengan China, Walaupun memiliki Pulau Pinang yang berjaya menjadi pusat pelabuhan penting dalam urusan perdagangan yang di asia tenggara namun kedudukan pulau pinang yang jauh ke utara Selat Melaka, dan tidak sesuai untuk kapal-kapal yang membawa barang dagangan dari china dan British melihat Singapura sebagai satu lokasi yang strategik untuk tujuan tersebut.
Terkenal sebagi orang yang membuka Singapura Stamford Raffles juga pernah
menjadi Gabenor British bagi Bencoolen (Bengkulu) sebuah penempatan British di Sumatera
Mengambil kesempatan dari perebutan takhta di Johor British melihat perebutan kuasa diantara Sultan Abdul Rahman iaitu Sultan yang diiktiraf belanda dengan Tengku Hussain dan British yang di wakili Stampford Raffles telah menandatangani perjanjian pada 6 januari 1819, dimana British mengiktiraf kedudukan Tengku Hussain sebagai Sultan Johor dan British dibenarkan membuka Singapura. Peristiwa ini telah meningkatkan lagi permusuhan antara Belanda dan British dan akhirnya bagi menjaga kepentingan masing-masing British dan Belanda telah menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824 dimana kedua-dua kuasa tersebut memperakukan kekuasaan masing-masing dan Belanda bersetuju menyerahkan Melaka kepada British dan British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda. Dengan termetrainya perjanjian ini, kedua kuasa tersebut telah mengekalkan penguasaan Belanda dan British di Kepulauan Nusantara sehinggalah Kemerdekaan di capai oleh Malaysia dan Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan